Connect with us

Scroll Artikel Penuh Di Bawah

Nak Elak Bayar R M 150 Selama 14 Hari Kvarantin Ramai Bergegas Pulang Dari Sempadn

Published

on

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambutan Aidiladha hujung bulan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pada masa ini keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha juga kekal.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berubah jika berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini.

“Semuanya bergantung kepada angka kes j4ngkitan baharu dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat?

“Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Pelitup Muka Wajib Dipakai Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Yang Bersesak Mulai 1 Ogos

Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat yang disarankan oleh kerajaan untuk mengurangkan j4ngkitan wab4k Covid-19 ini.

Hal ini telah dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan mewajibkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti semasa menaiki kenderaan awam dan berada di tempat sesak iaitu di pasar dan pusat membeli belah.

Susulan dengan itu, perkara ini perlu dititikberatkan untuk semua orang dan sangat penting untuk memutuskan rantaian j4ngkitan Covid-19 ini. Seperti yang kita tahu, angka kes positif semakin meningkat dari satu angka kepada dua angka sejak kebelakangan ini.

Jadi, secara tegas Datuk Ismail Sabri menasihatkan kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebagai langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

50 peratus rakyat pulang dari luar negara tak patuh SOP

KERAJAAN memandang serius insiden tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah selepas mendapati 50 peratus daripadanya tidak mematuhinya.

Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti yang diumumkannya sebelum ini, kuarantin wajib tidak lagi dibuat di rumah dan semua yang pulang ke tanah air akan dikuarantinkan di stesen kuarantin dikenal pasti kerajaan sama ada di hotel atau institut latihan awam (ILA) bermula esok.

Menurutnya, ia akan dikuatkuasakan kepada rakyat negara ini sama ada yang tiba ke tanah air melalui udara, laut atau darat.

Katanya, ia membabitkan mereka yang tiba melalui penerbangan di mana-mana lapangan terbang antarabangsa bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Begitu juga melalui jalan darat seperti melepasi Tambak Johor yang tiba dari Singapura ke Johor Bahru, sesiapa yang tiba dari mana-mana sekalipun akan dikuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan,” katanya ketika sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya hari ini.

Sumber : Rentas Asia / m star

Antaranya lagi

Md Rayhan Akan Diusir, Senarai Hit4m Ke Malaysia Selamanya.” Imigresen

Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.”

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka.” 

Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak di sini.

Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

Bernama semalam melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan penahanan itu berkata suspek berumur 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang semalam.

Sumber : Bernama

ARTICLE BERLAINAN :

Wanita Jual Gelang Cegah C0vid-19 Dikompaun RM50,000

Putrajaya: Seorang ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 kerana mempromosikan gelang tangan di laman sosial yang didakwa mampu mencegah jangkitan C0VID-19.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya telah mengesan satu isu yang tular di laman sosial Facebook berkenaan promosi produk gelang tangan berharga RM580 yang dikatakan mampu mencegah wabak itu.

Ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 jual gelang cegah COVID-19 ...

Katanya bertindak atas aduan tersebut, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat seorang wanita iaitu ejen sebuah syarikat jualan langsung yang mempromosikan produk gelang tangan berkenaan melalui laman Facebook miliknya.

Ejen jualan langsung didenda RM50,000 jual gelang cegah Covid-19 ...

“Tindakan wanita itu yang telah mempromosikan produk dengan memberi pernyataan mengelirukan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan seterusnya kompaun maksimum sebanyak RM50,000 telah ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar Halim berkata sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, individu terbabit akan dituduh di mahkamah.

Jelasnya, penalti bagi kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 25 Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Wanita dikompaun RM50,000 jual gelang didakwa cegah COVID-19 ...

Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, katanya.

“KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau pernyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk,” katanya.

Selain itu, katanya semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber :  BERNAMA, Berita Harian, Sinar Harian

 

Hiburan

Kecoh Kamal lamar Uqasha, Sekali PU Rahmat Minta Melamar Secara Macam Tu Dihentikan

Published

on

By

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan lamaran yang dilakukan oleh pelakon kacak, Kamal Adli kepada aktres popular, Uqasha Senrose di pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME).

Lamaran beserta sebentuk cincin yang diberikan telah disaksikan jutaan penonton di kaca televisyen serta rakan artis dan para krew acara membuatkan ramai yang bersorak riang apabila Uqasha menerima lamaran tersebut.

Boleh mengaibkan kedua2 pihak

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian seorang pendakwah muda di media sosial, beliau berharap agar budaya tersebut tidak dijadikan amalan kerana bertentangan dengan agama serta budaya masyarakat Melayu.

Menerusi muat naiknya di Facebook, PU Rahmat Ikhsan telah mengutarakan beberapa sebab mengapa lamaran secara terang-terangan dielakkan dalam Islam.

Antaranya bagi memastikan wanita tersebut tidak berada dalam tekanan ketika memberikan jawapan. Selain itu, beliau turut memaklumkan larangan tersebut adalah bagi menjaga air muka lelaki andai kata lamaran tersebut ditolak.

Pada sebab yang terakhir, PU Rahmat menegaskan bahawa perkahwinan bukan hanya pencantuman dua jiwa sahaja, tetapi melibatkan dua buah keluarga.

Bukan budaya kita

Susulan daripada itu, beliau memberi pesanan agar kita semua tidak mengikut trend barat dengan meniru gaya lamaran sebegitu.

Walau bagaimanapun, pendakwah muda terbabit tetap berasa gembira dengan kejayaan Kamal Adli melawar Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka.

“Saya gembira atas kejayaan lamaran kamal adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.”

Sekadar memberi nasihat

Tindakkkannya menegur perkara itu adalah sebagai nasihat supada tred melamar secara terangan tidak dijadikan budaya dalam kehidupan masyakat Islam.

“Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.
Romantiklah dgn syariat , InsyaAllah berkat.”

Walau bagaimanapun, beliau hanya menyampaikan apa yang sepatutnya diketahui umum dan sama sekali tidak berniat untuk mengecam tindakan lamaran yang dibuat oleh selebriti tersebut di pentas AME2020 semalam.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber : PU Rahmat Ikhsan / mediabawang

Continue Reading

Scroll Artikel Penuh Di Bawah

Harga Emas Turun ‘Kaw Kaw’ Buatkan Banyak Kedai Diserbu. Pemilik Kedai Tampil Beri Nasihat Untuk Yang Nak Datang

Published

on

By

KOTA BHARU: Penurunan harga emas sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di bandar ini diserbuu orang ramai bagi mengambil peluang membeli barang kemas yang kini berada pada harga antara RM 223 hingga RM 234 per gram.

Tinjauan mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabailkan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur 0perasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes C0VID 19 semakin menlngkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

“Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

“Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan k0mpaun dua kali termasuk semalam.

“Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mngsa.

“Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kess C0vid-19 semakin menlngkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan k0mpaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga pnjarakan fizikal.

“Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kess di Kelantan semakin menlngkat.

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian C0VID 19.

Reaksi Orang Ramai

Bnyk ckp skg kesempiltan duit masa covit tapi beli emas harga ratus2 mc mampu dn ramai yg p membeli…..hihihihihi..apa2 pun patuhi la sop..jgn sampai ada klauster baru lg.

Nak komen susah…tak komen pun teringat je…nanti komen kalau org2 tu lalu kat komen kita siap dikecmnya kita nanti. Apa2 pun patuhi la SOP yg sedia ada.

Harini gelang emas tangan kanan. Minggu depan gelang pink tangan kiri. Semoga sentiasa dilindungi.

Sumber : BHOnline

Continue Reading

Scroll Artikel Penuh Di Bawah

VIDE0 : Rider ‘Delivery’ Bantu T0lak Kereta Dalam B4njir, Motosikal Sendiri ‘Berenang’ Dalam Air

Published

on

By

Cuaca hujan berterusan boleh menyebabkan air bertakung dan berlaku banj1r.

Bila keadaan ini berlaku, ada kenderaan yang berada dalam banj1r pun akan turut terjej4s.

Pada 25 November 2020, pemilik akaun Twitter @illynaibrahim telah memuat naik satu ciapan.

Perkongsian itu memberitahu bahawa pemilik akaun berhasrat untuk mencari penghantar makanan yang dipanggil sebagai Ako dan Jidin, kerana telah membantunya men0lak kereta dalam air banj1r.

Pemilik akaun Twitter tersebut kemudiannya berkongsi video yang menunjukkan motosikal yang digunakan Ako dan Jidin pula sedang ‘berendam’ dalam air banj1r.

Pencarian wanita tersebut khabarnya telah berjaya setelah beliau menemui insan-insan mulia yang membantunya.

Menurut pemilik akaun iaitu Puan Illyna, kejadian itu bermula setelah beliau baru pulang dari sebuah klinik, dan telah melalui satu kawasan banj1r yang menyebabkan enjin keretanya m4ti.

Kemudian, beliau turun dari kereta bersama bayinya yang berusia dua bulan.

Pada waktu itu, terdapat tiga orang insan mulia yang membantunya men0lak kereta dalam banj1r.

Puan Illyna yang tidak sempat berterima kasih pada waktu kejadian berharap, semoga mereka yang membantunya sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Diharapkan perkara baik seperti ini dapat dicontohi, dan mereka ini diberi balasan baik atas perbuatan mereka.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.

Sumber : Twitter Puan Illyna Ibrahim / HOTFM

Continue Reading

Trending