Connect with us

Semasa

Najlb Kena tr0ll Svper Ring, Ni komen balas B0ssku

Published

on

Warga maya mengambil kesempatan ‘menganjing’ Najib Razak setelah beliau disabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan terlibat dalam pengubahan wang haram oleh mahkamah.

Tidak terkecuali, pemimpin pembangkang dan wakil-wakil rakyatnya turut berbuat demikian selepas bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman 72 tahun penjara dan denda RM210 juta.

“Satu Super Ring satu pertuduhan, berapa Super Ring ada di tangan saya?” soal exco kerajaan tempatan Ng Sze Han sambil menunjukkan bagaimana makanan itu diletakkan di tujuh jarinya (gambar atas).

Najib terkenal dengan troll Super Ring selepas memulakannya pada Mei lalu sejurus selepas Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada Bersatu.

Sementara itu, daripada parlimen, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik gambarnya dengan empat bungkus makanan ringan rakyat Malaysia itu.

“Malam ni balik lewat sikit. Masih di parlimen siapkan ucapan perbahasan esok.

“Layan Super Ring dulu. Sedap,” tulisnya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi pula memuat naik gambarnya bersama tiga lagi wakil rakyat Pakatan Harapan di Selangor dengan kapsyen “Super Ring, anyone? (Siapa mahu Super Ring?”

Turut sama dalam gambar itu ialah Adun PH Selangor iaitu Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati), Wong Siew Ki (Balakong) dan Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama).

Najib pilih Shamsul

Sementara itu, Najib di Facebooknya hari ini ternyata sedar dengan semua troll itu.

Mengaku “seronok” dengan serangan itu, dia bagaimanapun tidak menjawab kesemua serangan itu tetapi memilih Shamsul sebagai sasaran balas.

“Shamsul, jangan lebih. Jaga diet!” tulisnya.

Najib berkata dia belum pasti ke penjara kerana masih mempunyai peluang di peringkat mahkamah lebih tinggi dengan hujah yang kuat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International bernilai RM42 juta.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara dilaksanakan serentak.

Hukuman ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di mahkamah lebih tinggi

Ini Kenyataan Dari Pemimpin PAS

Sebaik keputusan mhkamah dibacakan di mana Najib didapati bersaIah semalam, kenyataan dari pemimpin P A S antara yang paling dinantikan.

P A S menegaskan komitmennya terhadap kerjasama dengan U M N O susulan keputusan bersaIah yang dijatuhkan mhkamah terhadap bekas presiden U M N O Najib Razak semalam.

Perkara itu disuarakan Presiden P A S Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan semalam.

” P A S mengambil sikap akur dengan keputusan Mhkamah Tinggi dalam kes Najib hari ini (semalam).

” Walau dalam apa keadaan sekalipun, P A S menzahirkan komitmen bersama U M N O dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuh kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Semalam, Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersaIah terhadap kesemua tujuh pertduhan satu saIah guna kuasa, tiga pcah amanah dan tiga pengubahan wang hram berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendkwaan.

Najib dijatuhkan hkuman pnjara 72 tahun bagi 7 pertduhan jnayah membabitkan S R C International 10 tahun pnjara bagi tiga kesaIahan untuk kes pecah amanah, dan 10 tahun pnjara bagi tiga kesaIahan pengubahan wang hram, dan 12 tahun bagi satu kesaIahan saIah guna kuasa.

Hkuman itu akan dijalankan serentak, yang menjadikan tempoh sebenar hkuman pnjara ialah 12 tahun. Najib juga didenda RM210 juta.

Bagaimanapun hakim membenarkan hkuman ditangguh sementara menunggu rayuan Najib.

Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata pihaknya yakin Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mhkamah di peringkat rayuan nanti.

” P A S menghormati proses mhkamah yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerajaan PN,” katanya lagi.

Najib terima kunjungan Hadi

Sementara itu, Najib mengongsikan kunjungan Hadi bersama pemimpin P A S lain semalam.

Pemimpin P A S lain yang turut hadir ialah timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan anggota Jawatankuasa P A S Pusat Dr Khairuddin Aman Razali.

” Sahabat sejati bukan saja mereka yang bersama susah atau senang, tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.

” Sahabat sejati sukar ditemui. Saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.

Susulan keputusan semalam, Presiden U M N O Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu “keputusan politik besar”.

Sumber : kec0hape

Semasa

Guan Eng dakwa tidak adil, Sekali penyokong Bosku kata bosku pun kena macam tu

Published

on

By

MALAYSIA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memuat naik status tidak berpuashati kerana telah diperlakukan dengan ‘tidak adil’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Ketua Menteri Kewangan berkata dirinya cukup pilu dan pedih kerana isterinya juga telah ditahan oleh SPRM walaupun Betty Chew didakwanya tidak berkaitan dengan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang mahupun perkara berkaitan kerajaan.

“Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak SPRM walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan,” tulisnya dalam laman Facebook malam ini.

Beliau turut memuat naik gambar beliau dengan Betty berpelukan dalam keadaan penuh emosi.

Sambung Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu, dirinya cukup lega kerana Betty telah dilepaskan dan tidak perlu ‘mengharungi’ kesusahan dilalui olehnya dalam lokap ‘sempit’ SPRM malam tadi.

“Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.

“Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,” katanya.

Tambah Guan Eng lagi, dirinya sebenarnya telah menjadi mangsa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menekannya tanpa tuduhan berasas.

“Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.

“Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan,” tegasnya.

Bagaimanapun kenyataan Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya kerana sebentar tadi Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula mengatakan sebaliknya.

Bercakap dengan salah sebuah portal berita di sini, Azam berkata, Guan Eng bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap serta ditahan semalaman oleh agensi tersebut.

Sebaliknya kata Azam Baki, sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan beberapa lagi ditahan pihaknya sebelum dituduh di mahkamah keesokan harinya.

Kata beliau lagi, dalam kes Guan Eng, pihaknya telah memanggil beliau sekitar jam 3 petang namun kerana menghormati sidang Parlimen, pihaknya memberi kelonggaran kepada Ahli Parlimen Bagan.

“Beliau janji akan sampai selepas sesi Parlimen. Jika ada yang tidak puas hati, silalah tampil buat aduan atau bawa ianya ke mahkamah,” tegasnya.

Guan Eng yang ditahan sekitar 9.30 malam Khamis kemudian di bawa ke Mahkamah Seksyen di sini untuk didakwa atas kesalahan meminta suapan 10 peratus dari projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah dan memohon di bicarakan selain di perintahkan membayar wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selain menyerahkan pasportnya ke mahkamah. –MalaysiaGazette

Isham Jalil kata Najib pun bermalam di SPRM

Tadi selepas keluar lokap SPRM, untuk meraih simpati, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata:

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.

Lim Guan Eng kata Dato’ Seri Najib tidak pernah bermalam di lokap.

Ini adalah satu lagi penipuan Lim Guan Eng.

Najib pernah disumbat dan tidur lokap SPRM pada 19 September 2018. Zahid Hamidi juga pernah tidur lokap SPRM pada 18 Oktober 2018.

Saya sendiri dan rakan-rakan berada di luar bangunan SPRM pada kedua-dua malam tersebut menuntut pembebasan Najib dan Zahid. Bukti video pun ada.

Lim Guan Eng ini sudah masuk lokap pun lagi mahu tipu

Sumber : mysumber

Continue Reading

Semasa

Selepas Guan Eng, isteri pula kena sekali. Peguamnya beritahu sebab kenapa

Published

on

By

ISTERI kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng iaitu Betty Chew ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town, Pulau Pinang, pada Jumaat.

Chew yang dipanggil untuk disoal siasat, ditahan dan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000.

“SPRM menahan Chew selepas saya temankan dia untuk diambil keterangannya,” kata peguam Chew, Lee Khai.

Chew dilihat memasuki pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, ditemani keluarga Guan Eng dan setiausaha DAP negeri, Senator Lim Hui Ying pada pukul 10.45 pagi.

Lee Khai berkata, Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan beliau membuat jaminan setelah Chew ditahan.

Chew dijangka didakwa bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon di mahkamah SPRM di Butterworth, minggu depan.

Terdahulu pada Jumaat malam, Guan Eng ditahan SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut

Guan Eng mengaku tak bersalah, diikat jamin RM1 juta

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah berkaitan projek terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan, dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Zulkifli.

Zarul adalah pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC), firma yang memperoleh projek itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Guan Eng di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda hingga lima kali nilai suapan atau RM10,000, dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta agar jaminan ditetapkan pada jumlah RM2 juta, dengan mengatakan bahawa rasuah adalah barah bagi masyarakat.

Peguam yang mewakili Guan Eng, Gobind Singh Deo kemudian meminta jaminan yang lebih rendah, mengatakan anak guamnya akan bekerjasama dengan mahkamah dan akan menghadiri semua prosiding.

Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan pada RM1 juta dengan dua penjamin, dan mengarahkan Guan Eng menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Prosiding mahkamah selesai, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 September.

Guan Eng dijangka menghadapi lebih banyak pertuduhan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang minggu depan. – THE STAR

Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah projek terowong dasar laut

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi berdepan dengan tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion di negeri itu.

Guan Eng, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, tiba pada pukul 9.07 pagi dengan diiringi beberapa pegawai badan pencegahan rasuah itu,

Beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang yang juga bapanya, Tan Kok Wai, dan P Ramasamy tampil di kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain seperti Tony Pua, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Dr Xavier Jayakumar dan Chow Kon Yeow.

Guan Eng terdahulu meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8.30 pagi.

Guan Eng ditahan Khamis malam di ibu pejabat badan pencegah rasuah itu berhubung kontroversi kes projek terowong dasar laut.

Kontroversi projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion sekali lagi disiasat oleh SPRM berhubung petunjuk baharu.

SPRM telah menyoal siasat beberapa individu berhubung kes tersebut.

Ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan anggota exco, Jagdeep Singh Deo, Chong Eng, dan Phee Boon Poh.

SPRM juga difahamkan turut mengadakan serbuan ke pejabat Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy di Komtar, Pulau Pinang.

Guan Eng berkhidmat sebagai ketua menteri Pulau Pinang antara 2008 dan 2018. – THE STAR

Sumber : kisahbena

Continue Reading

Semasa

Pembuatan dan pengedaran vaksin. DS Hishamuddin bongkarkan sesuatu melibatkan Amerika Syarikat dalam usaha tangani satu masalah ini

Published

on

By

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk memberikan tumpuan kepada pembuatan serta pengedaran vaksin C0VID-19 apabila ia tersedia kelak, kata Menteri Luar,

Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Hishammuddin dalam akaun Twitternya memaklumkan, perkara itu dibincangkan antara beliau dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, menerusi perbualan telefon, semalam.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan isu Laut China Selatan dengan Hishammuddin menyatakan bahawa perkara berkenaan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip diiktiraf undang-undang antarabangsa,

termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Baru saja bercakap telefon dengan Setiausaha Negara AS SecPompeo – kedua-dua bersetuju menumpukan usaha terhadap pembuatan & pengedaran vaksin #C0VID19,

apabila ia sudah tersedia. Turut dibincangkan mengenai #LautChinaSelatan yang mesti kekal menjadi laluan perdagangan dan perairan yang aman,” demikian dipetik daripada Twitter beliau, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jurucakap Jabatan Negara AS, Cale Brown, dalam satu kenyataan melalui laman webnya, menyatakan bahawa Pompeo dan Hishammuddin juga berbincang mengenai Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia.

“Kedua-duanya turut membincangkan kerjasama ekonomi dan kesihatan yang berterusan susulan pandemik C0VID-19,” menurut kenyataan itu.S

ementara itu dalam ciapan terdahulu, Hishammuddin berkata, Malaysia dan China juga sepakat untuk secara aktif mengadakan kerjasama mengenai vaksin C0VID-19.

Perkara itu dibincangkan melalui perbualan telefon antara Menteri Luar dan rakan sejawat dari China, Wang Yi, kelmarin, dan kedua-dua pihak bersetuju mencari jalan untuk bersama-sama memastikan keselamatan rantaian bekalan vaksin C0VID-19,

sekali gus memperlihatkan isyarat p0sitif mengenai perpaduan serta kerjasama Malaysia dengan China. – BERNAMA

Vaksin C0VID19. Amerika Syarikat Umumkan Ujian Terhadap Vaksin Bagi Wabak Ini Dan Dedahkan Jumlah Sukarelawan Yang Bersetuju Untuk Mengikuti Ujian Tersebut

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memulakan peringkat akhir ujian klinikal vaksin melwn C0VID-19 yang dikenali LY-CoV555, yang dikenal pasti dalam darah pesakit yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu oleh Abcellera Biologics dari Kanada.

Ia kemudian dikembangkan secara sintetik untuk penghasilan dalam skala besar oleh Lilly Research Laboratories yang berpangkalan di AS menerusi kerjasama dengan Abcellera.

Fasa ujian ketiga yang diketuai oleh Jens Lundgren dari University of Copenhagen dan Rigshospitaletini akan menggunakan seramai 300 sukarelawan di seluruh dunia yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom C0VID-19 sederhana kurang daripada 13 hari.

Seterusnya, jumlah sukarelawan itu akan ditingkatkan kepada 1,000 sukarelawan jika ant1 virus itu didapati selamat selepas lima hari.Pesakit sukarelawan juga akan menerima penjagaan standard termasuk ant1 virus remdesivir.

Percubaan itu mensasarkan untuk pesakit jangkitan C0VID-19 kekal sembuh selepas 14 hari dibenarkan keluar dari hospital.

Ubat itu juga diuji pada mereka yang tidak dimasukkan ke dalam h0spital. Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara, Anthony Fauci berkata,

mengkaji kesan terapi pada beberapa populasi pesakit pada masa yang sama adalah penting untuk menentukan sama ada ia dapat membantu pesakit C0VID-19 dengan tahap kritikal yang berbeza.

Vaksin berfungsi mengajar tubuh membuat antibodi sendiri, sementara saintis juga menguji antibodi siap pakai dari darah pesakit yang pulih, yang disebut plasma pemulihan.

Tetapi tidak mustahil ia dapat digunakan untuk menjadikan plasma penyembuhan sebagai rawatan skala besar.Penyelidik juga dapat mengatasi antibodi yang dihasilkan oleh pesakit yang pulih dan memilih yang paling berkesan daripada ribuan dan menghasilkannya secara banyak. – AFP

Dua Vaksin Kor0navirus. Rusia Dedahkan Bila Vaksin Ini Dikeluarkan Untuk Kegunaan Orang Ramai

Rusia berhasrat mengeluarkan vaksin C0vid-19 menjelang September dan Oktober ini untuk kegunaan orang awam.WASHINGTON – Rusia

menyasarkan akan mengeluarkan dua vaksin koronavirus (C0vid-19) untuk kegunaan orang awam masing-masing menjelang September dan Oktober ini.

Vaksin yang pertama dihasilkan oleh institut Gamaleya yang beribu pejabat di Moscow dan kementerian pertahanan manakala yang kedua pula akan dikeluarkan oleh Vektor iaitu makmal negara dekat bandar Siberia, Novosibirsk.

Setakat ini, Rusia tidak mengeluarkan sebarang data spesifik bagi membuktikan keselamatan vaksin itu atau keberkesanannya.

Bagaimanapun, Kirill Dmitriev yang merupakan ketua dana pelaburan kekayaan Rusia yang membiayai percubaan institut Gamaleya memberitahu CNN:

“Ia (pengeluaran vaksin C0vid-19) umpama detik-detik (pelancaran) Sputnik.”Sputnik merupakan satelit pertama dilancarkan Rusia pada tahun 1957.

Pada bulan lalu, media China melaporkan, vaksin C0vid-19 dihasilkan oleh CanSino Biologics dan digunakan bagi mengimunkan anggota tentera China menjadikan ia sebagai yang pertama diluluskan bagi tujuan kegunaan untuk penduduk walaupun dalam jumah yang terhad.

Dua lagi syarikat China iaitu Sinovac dan Sinopharm sudah melakukan fasa terakhir iaitu tiga ujian masing-masing di Brazil dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Namun, pegawai tinggi penyakit berjangkit di Amerika Syarikat (AS), Anthony Faucimembangkitkan kebimbangan pada Jumaat lalu berhubung tentang keselamatan vaksin C0vid-19 yang dihasilkan oleh China dan Rusia.

Ia kemungkinan berhadapan dengan penelitian rapi kerana sistem kawal selia di kedua-dua buah negara adalah jauh lebih tidak telus berbanding di Barat.

Fauci ketika ditanya semasa pendengaran Kongres Amerika Syarikat (AS) sama ada negara tersebut mungkin menggunakan vaksin dari China atau Rusia jika ia tiba dahulu berbanding AS bagaimanapun menunjukkan tanda-tanda kemungkinan itu tidak akan berlaku.

”Saya berharap China dan Rusia menguji vaskin masing-masing sebelum diedarkan kepada sesiapa.

“Mendkwa vaksin sudah bersedia untuk diedarkan sebelum anda mengujinya, saya berpendapat, ia menyusahkan,” katanya.

Tiga vaksin dari negara-negara Barat kini berada dalam fasa ujian terakhir.Satu vaksin itu dihasilkan oleh sebuah firma biologi AS, Moderna dan Institut Kesihatan Mntal.

Sementara itu, vaskin kedua dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca dari Britain manakala yang terakhir oleh BioNTech dari Jerman bersama firma AS, Pfizer.

China dan Rusa sebelum ini menafikan masing-masing terlibat dalam percubaan mengambil tanpa izin penyelidikan tentang virus C0vid-19.Sinar Harian

Vaksin C0vid19. Malaysia Berkemungkinan Memperoleh Akses Vaksin C0vid19 Dari China Sekiranya KKM Memastikan Sesuatu Ini

Pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan C0vid-19.

KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin mendapat akses vaksin koronavirus (Covid-19) dari China sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ia selamat dan berkesan untuk digunakan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam membantu pembangunan vaksin virus itu dengan menjalinkan sains diplomasi dan kolaborasi strategik bersama negara-negara yang berupaya menghasilkan vaksin virus itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan C0vid-19.

Khairy berkata, ini bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada vaksin C0vid-19 apabila ia dihasilkan memandangkan negara buat masa ini tidak ada kemudahan pembuatan vaksin ke atas manusia.

“Malaysia juga sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak negara China berkenaan pembangunan vaksin oleh syarikat dan institusi dari negara itu. China sekarang mempunyai beberapa syarikat dan institusi yang sudah sampai ke tahap yang ke hadapan.

“Esok petang saya dijadual mengadakan sidang video bersama rakan sejawat saya di China berkenaan hal ini termasuk kemungkinan Malaysia mendapat akses kepada vaksin dari China sekiranya Kementerian Kesihatan mendapati ia sesuai, selamat dan berkesan untuk digunakan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai peranan MOSTI dalam membantu usaha pembangunan vaksin C0vid-19 di peringkat antarabangsa memandangkan Malaysia tidak mempunyai fasiliti pembuatan vaksin.

Khairy berkata, MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dan penyertaan sebagai ahli gabungan itu membolehkan negara mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan.

“CEPI juga komited kepada pengagihan vaksin secara adil terbuka dengan kos yang sederhana untuk seluruh dunia,” katanya. – Bernama

Sumber : erakinibbn

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!