Connect with us

Semasa

Najib beri senarai mengapa Umno harus tinggalkan Muhyiddin.Rupanya Tun M sudah jangka

Published

on

ULASAN l Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan Umno semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat.

Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik Umno dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri.

Sememangnya pemimpin-pemimpin Umno tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi.

Jika akar umbi tak mahu, pemimpin Umno tidak akan membuat keputusan.

Walaupun saya bukan lagi ahli biro politik Umno atau ketua perhubungan mana-mana negeri, saya ingin memberi pendapat saya.

Semasa perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad letak jawatan secara mengejut, pendirian Umno masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.

Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.

Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan Pakatan harapan (PH) sudah tumbamg, ramai penyokong dan akar umbi Umno masa itu juga membantah kita bekerjasama dengan Bersatu sebab Bersatu telah banyak mengambil ahli parlimen serta ahli parti dan kita baru bertembung di PRK Tanjung Piai.

Selama berbulan-bulan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk, ramai yang juga mahu kita tolak PN dan kukuhkan Muafakat Nasional.

Ramai yang juga percaya bahawa jika kita tidak membentuk kerajaan PN bersama, Bersatu serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk Bersatu juga akan terkubur pada PRU15.

Namun apa yang berlaku di Sabah (termasuk mengambil kerusi Umno dan PN letak calon bebas untuk pecahkan undi BN), kenyataan-kenyataan dari ketua Armada Bersatu serta perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli Umno.

Sebagai contoh, perdana menteri adalah dari Bersatu dan pengganti pengganti iaitu Azmin juga dari Bersatu sekarang.

Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS.

Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS.

Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.

Malah,, tiada seorang pun dari Umno atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid-19.

Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula. bersama tiga orang menteri Bersatu. Umno kini digelar gila kuasa pulak?

Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, Umno dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.

Contohnya seperti gesaan berulang-kali Umno untuk moratorium pinjaman dilanjutkan atau diberi kepada Sabah tidak didengar oleh kerajaan PN serta penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang diteruskan dan bakal menyebabkan kerajaan hilang syarikat hartanah terbesar negara dengn pemilikan tanah terbesar walaupun Umno sudah bantah langkah ini sejak tahun lalu.

Dari segi pengawalan Covid-19 pula, Majlis Keselamatan Negara menolak cadangan menteri kesihatan dari Umno untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN.

Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negera serta kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.

Dan kini, Umno turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini.

Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankanya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan yang seterusnya diambil kerajaan) biarpun ramai keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh menteri Bersatu sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN.

Namun ramai yang rasa ini tidak adil sebab yang buat silap mereka tapi yang mempertahankan mereka adalah ktia pula.

Keputusan Umno semalam adalah untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.

Keputusan mesyuarat Umno semalam tidak menyentuh tentang sokongan kepada Anwar jadi PM ataupun bekerjasama dengan DAP (namun Guan Eng tentu happy jika dia berpeluang kerjamasama dengan saya).

Memandangkan sentimen akar umbi serta lapisan pemimpin Umno, saya rasa keputusan semalam adalah munasabah dan tidak keterlaluan sebab ianya mampu membuka ruang lebih besar dan lebih adil untuk kami menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi dan membendung Covid-19.

Dan jika PN boleh didaftarkan sebagai parti politik, kenapa pula Muafakat Nasional tidak boleh?

Ini selaras dengan jawapan saya bulan lepas bahawa saya dalah “orang parti” dan akan menyokong penuh keputusan rasmi parti biarpun ada kala saya tak setuju secara peribadai tetapi saya akan bincang melalui saluran dalaman dan tidak akan mengkritik secara terbuka.

“Najib to support party’s decision on Anwar”

https://www.msn.com/…/najib-to-support…/vp-BB19pw3I

Pendirian saya tiada kena-mengena dengan kes-kes mahkamah saya seperti dimainkan propaganda-propaganda PH dan Dr Mahathir sebab saya tetap percaya saya tidak bersalah.

Apa yang saya buat selama ini ialah demi rakyat serta parti dan saya boleh jawab pada Allah.

Saya yakin dan past saya dapat membersihkan nama saya dan didapati tidak bersalah termasuk di mahkamah rayuan jika sistem perundangan adalah adil dan bebas dari pencaturan Dr Mahathir dan kerajaan PH dahulu untuk memangsakan saya.

Berhubung dengan itu juga, saya tidak mahu menerima apa-apa jawatan menteri biarpun dalam kerajaan PN ataupun apa-apa kerajaan baru selama kes-kes saya belum selesai dan nama saya belum dibersihkan.

Bagaimanapun, nasihat saya pada Umno dan kerajaan PN secara am ialah pemulihan ekonomi, pengawalan Covid-19 serta kebajikan rakyat adalah keutamaan dan apa-apa langkah politik yang dilakukan tidak boleh dibenarkan untuk menjejaskannya.

Menteri-menteri dari Umno dan BN dalam kerajaan PN sekarang perlu sentiasa menumpukan fokus sepenuhnya kepada keutamaan ini pada ketika ini.

sumber: FB NAJIB RAZAK

Jika dilihat dengan situasi semasa yang di hadapi oleh Muhyddin kini, rupanya Tun M sebelum ini telah memberi beberapa peringatan penting dan menjakakan perkara seperti ini akan terjadi dalam kerajaan pimpinan Muhyddin Yassin

Dr M: Muhyiddin pilih Najib, tak pilih saya

Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kerana beliau memilih untuk bekerjasama dengan Najib Razak, berbanding dirinya.

“Bila saya tak setuju dengan dia pasal kerjasama dengan Najib, dia (Muhyiddin) pilih Najib dan tak pilih saya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

Dr Mahathir dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bagaimana kerajaan kleptokrat pimpinan Najib dikalahkan rakyat pada PRU14.

Bagaimanapun, katanya selepas tewas PRU14, Najib memainkan isu-isu perkauman, mendakwa dirinya membela orang Melayu yang ditindas orang Cina, khususnya DAP.

Menurut Mahathir, pada mulanya pimpinan PAS didekati tetapi masih tidak mencukupi kerana pihak berkenaan memerlukan pimpinan Bersatu.

Dr Mahathir juga mengulang dakwaan kerajaan PH runtuh kerana pada saat genting kemelut politik tempoh hari, PH menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri manakala Muhyiddin pula sanggup bekerja sama dengan Najib dan pemimpin Umno lain yang sedang berhadapan tuduhan rasuah di mahkamah.

“Tiba-tiba PH namakan Anwar, saya kalah. Dia pun kalah. Dua-dua tiada majoriti

“Saya dikalahkan disebabkan PH tidak sokong saya. Saya pun terima lah.

“Setelah PH tolak saya dan namakan Anwar sebagai PM, tapi mereka ada sokong balik saya tapi terlewat lah.

“Kerana tindakan PH tolak saya dan saya juga tak sanggup kerjasama dengan Najib dan geng-geng dia, maka hari ini yang menjadi perdana menteri ialah Muhyiddin Yassin,” jelasnya lagi.

Menurut Mahathir, Muhyiddin tidak sabar menunggu dan pemimpin itu mahu beliau menolak PH.

“(Kata Muhyiddin kepada saya) masanya adalah sekarang, kita keluar PH dan membentuk kerajaan Melayu.

“Malah kerja sama dengan PAS, saya fikir okay lah, tapi kerja dengan Umno? Kita baru kalahkan mereka dan kerajaan kleptokrat mereka. Kerja sama dengan Najib, musuh, saya tak sanggup.

“Tapi Muhyiddin sanggup kerja sama dengan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Abdul Rahim, Rosmah (Mansor). Macam mana saya nak kerja dengan mereka, ramai di antara mereka sedang dalam perbicaraan kes rasuah?” Soalnya.

Dr Mahathir juga mengenang peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” yang ingin digunakan di dalam lagu parti ketika mahu menubuhkan Bersatu dahulu.

“Tapi yang berce-rai ialah Muhyiddin.

“Pasal pilih Najib dia boleh jadi PM. Saya dah jadi PM dua kali tak pa lah tak payah pun bukan saya nak yang tu sangat.

“Tapi bila kawan tikam belakang rasa pedih juga, teruk lah,” katanya.

Tegas Mahathir, “dalam politik apabila orang mengkhianati janjinya kesannya tentu buruk.”

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata politik tidak begitu penting berbanding dua cabaran utama yang dihadapi Malaysia sekarang, ekonomi merudum dan penularan wabak Covid-19.

“Negara kita hadapi dua cabaran besar. Ekonomi merosot dan koronavirus. Jangan ambil rendah berkenaan dengan penyakit ini, boleh ambil maut.

“Ini bukan masanya kita nak cari tempat dalam politik. Pasal kita nak hadapi dua cabaran (ekonomi merosot dan koron-avirus) ini memerlukan kita tenang diri,” jelasnya beliau lagi.

Muhyiddin akan jatuh kerana enam orang: Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah oleh mahkamah.

Menerusi catatan di Facebooknya, Dr Mahathir berkata, keenam-enam ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Beliau berkata, kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekali gus akan mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih daripada separuh (111 wakil rakyat).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 iaitu kurang daripada separuh. Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir bagaimanapun memberi bayangan bahawa enam pemimpin terbabit tidak akan didapati bersalah dengan mendakwa keputusan itu akan ditentukan oleh Muhyiddin.

“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan (Tan Sri) Musa Aman juga sudah dilepas.

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin. Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : kecohape

Semasa

Addy Kana Ditahan di Bawah POCA. Sekali Peguam Ini Dedahkn POCA Sebenarnya Ada ‘Kebaikan’

Published

on

By

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menyerbu pejabat Alvin di Plaza Low Yat di ibu negara.

Huzir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Alvin di plaza terbabit menjadi faktor dia mendapat ‘tawaran’ daripada sindiiket di China.

” Siasatan mendapati kedua-dua mereka adalah ejen sindiiket didalangi warga China yang menjalankan kegiatan Mcau Scam, peniipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan perjudian dalam talian.

” Kami dapati mereka memang terbabit dalam mencari peralatan, logistik dan kemudahan Internet. Wujud elemen ‘scam’. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jnayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas.

” Perintah lanjut reman ketiga-tiga suspek termasuk Addy akan dipohon mengikut Sksyen 4 (2)(a) POCA selama 38 hari apabila tempoh reman mereka tamat pada 3 November depan,” ujarnya.

Apa itu undang-undang POCA?

Memandangkan kisah berkenaan Addy Kana hangat diperkatakan ramai dan membabitkan kes peniipuan Mcau Scam yang sememangnya paling dibenci masyarakat, semua mahukan saspek dikenakan tndakan tegas.

Justeru, ramai juga yang bertanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan akta POCA?

Menerusi satu hantaran di FB, seorang peguam dan aktivis masyarakat, Asiah Abd Jalil telah menjelaskan apa itu sebenarnya POCA.

Berikut perkongsian Asiah Jalil;

Sebagai peguam yang pernah dua kali buat kes POCA (ala… saya baru aje dua tahun jadi peguam, okay lettew…).

Saya kongsikan di sini apakah kebaikan-kebaikan (terhadap pihak-pihak tertentu) apabila seseorang penjnayah ditahan di bawah undang-undang POCA :-

1) Kes-kes terhadap penjnayah tersebut takkan didakwa di mhkamah terbuka. Hanya dimajukan kepada Lembaga Pencegahan Jnayah.

So fakta-fakta kes takkan diketahui oleh public. Hanya diketahui oleh Kementerian Dalam Negeri dan PDRM sahaja.

Terselamatlah pihak yang ada kena-mengena..

2) Disebabkan kes tak dibawa ke mhkamah, maka terselamatlah mana-mana pihak yang ada kena-mengena dengan sindiiket atau kumpulan penjnayah tersebut.

Bayangkan kalau ada perbicaraan penuh, macam-macam nama kena petik nanti beb! Silap-silap kantoi semua pegawai tertinggi yang terlibat sama.

3) Penahanan di bawah POCA adalah tanpa pendakwaan di mhkamah. So boleh jimat duit jamin. Bayangkan jika didakwa di mhkamah, satu kes kena jamin RM10,000. Kalau 30 kes? Kalau 100 kes?

Jika penjnayah tu kaya-raya, takpelah. Tapi jika penjnayah tu cuma orang suruhan bertaraf ikan bilis, mana mak ayah kat kampung nak cari duit jamin ratusan ribu ringgit?

4) Hukvman di bawah undang-undang POCA ada dua aje. Sama ada perintah tahanan atau perintah sekatan. Kalau dapat perintah tahanan, masuk pnjara POCA 2 tahun aje. Hukvman boleh ditambah setiap 2 tahun sekali.

Kalau dapat perintah sekatan, yang ni best sikit. Kena buang daerah, tapi masih bebas bergerak dalam daerah yang dia kena hantar tu. Nak bawa anak bini tinggal sekali dalam daerah tu pun no hal.

Tapi kalau kes-kes didakwa di mhkamah, katakanlah satu pertuduhan dihvkum pnjara 5 tahun. Kalau ada 30 pertuduhan? Kalau ada 100 pertuduhan? Duduk la di sebalik tirai besi, mati tua la dalam pnjara tu.

So bagi penjnayah sekelian, kalau kena POCA, jangan bimbang tau. Sesungguhnya ada “hikmah tersembunyi” di sebalik POCA.

Sumber : FB Asiah Abd Jalil / asiakini

Continue Reading

Semasa

Vide0 : Rakaman CCTV Tunjuk Detik2 Seorang Wanita Campaak Dua Ank Buat Ramai Sebak

Published

on

By

Di media sosial, tular rakaman video kamera litar tertvtup (CCTV) menunjukkan seorang wanita mencmpak dua orang anak ke dalam sungai.

Tindakan tidak berperlkemanvsiaan itu dipercayai berlaku di Jambatan Al-Aimmah Sungai Tigris Iraq.

Nak blas dndam

Menerusi rakaman CCTV yang berdurasi 0:42 saat

Si ibu dilihat mendvkung bayi dan memegang tangan seorang lagi anaknya melilntas jalan di sebuah jambatan.

Dia kemudiannya menghampiri bahagian tepi jambatan sebelum mencmpak anak-anak ke dalam sungai.

Selepas itu, dia dengan sellamba berlalu pergi.

Memetik laporan Gulf Today, wanita berkenaan telah dltngkap oleh pasukan keselamatan lraq dan kini dalam temp0h thanan.

Ketika dis0al dlasat, ibu mengakv membvang anak-anaknya ke dalam sungai selepas berlakv persellsihan faham dengan bekas svaminya.

Rakaman Video Ada Di Bawah Sekali

Malah, dia turut mengakv mahu memblas dndam selepas berceral beberapa bulan lalu.

Menurut paralgal lraq di Twltter, pasangan itu telah berceral tiga bulan sebelumnya

Dan suami diberi h4k penjagaan anak-anak mereka.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga melalui laporan Gulf News mendakwa kekej4man ini sudah lama dlrancang wanita tersebvt.

Pada Januari tahun ini, kami menngkap wanita itu dengan kekaslhnya.

Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu ‘ini adalah anak perempuan kamu.

Kami mahu menceralkannya di mhkamah.’

Mereka kemudiannya bersetvju. Kami tidak pernah memblcarakan perkara ini di mana-mana

Dan kami juga tidak menunjukkan gambar-gambar itu kepada sesiapa.

Kedua-dua anak berusia tiga dan dua tahun yang telah mengadap Ilahi tu akhirnya berjaya ditemvi pasukan penyelmat

Ini selepas 0perasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Lap0r p0rtal itu lagi, si bapa meravng semahu-mahvnya sebaik tiba di l0kasi anaknya dicmpak sehingga lms.

Rakaman Video Ada di Bawah Sekali

Komen Dari Netizenn

Die nie mungkin depressi0n tahap melampav nie sampai xsdar ape yang die buat

Kalau die n0rmal xmungkin seorang ibu sanggvp buat anak die macam tu

Sedangkan kalau orang mrah anak kita pun kita dah rasa nak mrah semula.

X de wanita dlm dunia ini yg bergelar seorang ibu sanggup buat sebegitu rupa

Kita tak tahu disebalik kejadlan tak perlu lah kite nak berbahas.

Semoga kite semua dijavhkan dari semua ini dan dilindvngi oleh Allah S.W.T.

Inilah dunia. Tak semua wanita yang melahirkan anak lyk bergelar ibu.

Melahirkan anak tidak menjadikan seseorang itu ibu.

Tetapi perbvatan membela, mengajar, mendldik dan mengaslhi anaknya itulah sebenarnya menjadikan dia seorang ibu.

Link Video : Klik SINI

Sumber : OhBulan/Gulf Today

Continue Reading

Semasa

Zed Zaidi ckp ada senarai nama artis terbabit aktiviti persvndalan, sekali Chacha bersuara

Published

on

By

Kuala Lumpur: “Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?”

Itu kata pelakon Chacha Maembong, 24, sekali gus menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sinhdiket pelac-uran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Ia susulan gosip yang dikeluarkan semalam sehingga ada pihak yang mengaitkan nama pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitna-h yang sengaja mahu menje-jaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitna-h macam-macam, teruskan.

Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skan-dal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja.

Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun,

orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions berkata, d

ia juga bakal mengambil tin-dakan undang-undang terhadap individu yang menud-uh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitn-ah yang dilemparkan.

Konon saya tip-u duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang haram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran.

Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti h4ram itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melam-pau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain.

Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya

Zed Zaidi Ada Senarai Artis Mana Yang Buat Aktiviti ‘Persun-dalan’. Nama Mereka Tidak Boleh Didedahkan Kecuali Sebab Ini Sahaja

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengakui pihaknya ada menerima aduan daripada individu tertentu berkaitan salah laku mengaitkan artis dalam aktiviti persundalan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ada segelintir artis yang menjalankan aktiviti tak bermoral dengan memperoleh pendapatan RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Bagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, segala aduan yang dibuat secara bertulis itu tidak boleh didedahkan kepada umum sewenang-wenangnya kerana ia melanggar isu data dan privasi.

“Apabila kita dapat aduan barulah kita tahu (ada aktiviti persundalan), tapi kita tak boleh dedahkan hal itu kerana ia melibatkan privasi.

“Begitupun, kalau ada pihak berkuasa yang bertanya, kita berilah. Kita hanya sebagai penyimpan dokumen sokongan sahaja”

“Kita tak bercakap atas khabar angin. Ada aduan bertulis kita simpan, itu bahan dokumen, sekiranya orang menuduh kita ada bukti,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.

Menurut Zed lagi, Seniman juga tidak mempunyai kapasiti mengambil tindakan dalam menguruskan aduan berhubung masalah mengaitkan isu aktiviti sosial artis.

“Kita pun kena rujuk dengan peguam. Biasanya peguam akan nasihat, tidak akan ambil kes yang melibatkan hal yang melibatkan bidang kuasa pihak berkuasa.

“Lagipun, ini melibatkan hal peribadi. Kita ini sebagai rujukan sahaja. Kerja kita penyimpan data.

“Mana-mana agensi hubungi persatuan, bertanyakan sama ada pernah terima aduan mengenai hal penyiasatan tersebut, jadi kita boleh beri sebagai dokumen sokongan,” katanya.

Terdahulu, Zed mengakui terdapat segelintir individu dalam industri seni terbabit dengan aktiviti sindiket pelacuran susulan pendedahan yang dibuat SPRM.

Bagaimanapun, susulan kenyataannya itu, ramai yang meminta dirinya mendedahkan senarai artis yang berada dalam pengetahuan Seniman.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan SPRM mengesan terdapat golongan artis hidup mewah hasil daripada kegiatan tidak bermoral yang mengaitkan diri mereka dengan suspek kes Macau Scam baru-baru ini.

Sumber : GEM PAK / KECOHAPE

Continue Reading

Trending