Mungkin dia sedang menyanyi di pentas yang lebih besar sekarang ini

“Kalau arwah Sarah masih ada, pasti dia nak masuk bertanding di GV10.” Demikian kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 39,

melihat kepada senario fenomena musim istimewa program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang menjadi perbualan ramai sejak minggu lalu.

Shuib berkata, darah seni sememangnya mengalir deras dalam diri isterinya itu walaupun kini sudah tiada lagi dalam dunia ini. “Saya tahu memang dia akan nak masuk (bertanding). Sebab dia suka menyanyi.

“Macam masa musim dia bertanding (GV3), kita nampak betapa gembiranya dia bila mana waktu itu kita buat kejutan di radio bagitahu dia salah seorang peserta GV3.

Dia memang sangat teruja waktu itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

“Sarah seorang yang sangat perfectionist (pentingkan kesempurnaan). Dia orang yang kuat kerja. “Kalau pertandingan nyanyian, sudah tentu dia akan bagi 200 peratus komitmen.

Dia memang akan buat yang terbaik dalam setiap persembahannya. “Sarah orangnya sangat berdedikasi dan komited serta bersemangat lagi-lagi dalam pertandingan.

“Itulah dia. Nampak juga GV10 baru-baru ini. Saya tahu arwah sangat ‘looking forward’ untuk musim istimewa ini sewaktu masih hidup.

“Mungkin dia sedang menyanyi di pentas yang lebih besar sekarang ini,” luah Shuib penuh sayu.

Allahyarham Siti Sarah merupakan naib juara GV3 yang diterbitkan pada 2016 dan tidak mustahil bertanding atas tiket ‘hot seat’ sekiranya masih lagi ada pada hari ini.

Sumber : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *