ANAK perempuan pelakon Rozita Che Wan mungkin baru berusia sembilan tahun namun kebolehan kanak-kanak itu mengenali produk penjagaan kulit berjenama membuatkan netizen kagum.
Malah Rozita atau mesra disapa Che Ta, 50, memberitahu dia sendiri tidak mengetahui jenama-jenama produk antarabangsa yang menjadi pilihan anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
“Saya tak tahu semua itu. Apa yang awak sebut? Saya tak pernah dengar,” katanya yang kagum dengan Aaisyah.
Gaya Aaisyah juga sering menjadi perhatian ramai.
Che Ta juga memberitahu dia berasa lucu mendengar jawapan anaknya dan secara berjenaka hanya mengetahui produk tempatan jenama Safi Rania yang pernah melantiknya sebagai duta sebelum ini.
Dalam video yang dikongsi Che Ta di TikTok miliknya, pelakon itu bertanya kepada Aaisyah hadiah yang diinginkan sempena sambutan ulang tahunnya pada 1 November.
“Aku tak tahu semua tu, tak pernah dengar… Yang mummy tahu Safi Rania jer. Itu menatang apa hang sebut?,” katanya.
Membalas pertanya ibunya itu, Aaisyah menyebut beberapa jenama seperti Drunken Elephant, Glow Recipe dan Sol De Janeiro yang merupakan produk terkemuka antarabangsa.
“Banyak lagi mummy belum beli,” ujar Aaisyah menjawab pertanyaan ibunya itu.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai pengikut yang terhibur selain rasa kagum dengan respons Aaisyah itu.
Aaisyah mahukan produk penjagaan kulit sempena sambutan ulang tahun.
“Pitam dengar list dia. Drunk Elephant punya sunscreen pun sudah beratus harga.
“Bukan main skincare dia nak. Aku tak tahu pun produk tu wujud,” komen netizen.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.