Minta jaga hati Istri pertama, sekali Ustz Syamsul Debat sound setepek Abang Tesla

Penceramah bebas iaitu Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas isu kahwin dua yang melibatkan pempengaruh media sosial dikenali iaitu Abang Tesla. Menerusi klip video ceramah yang tular, Ustaz Syamsul menegur Abang Tesla agar berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kata Ustaz Syamsul, adil dalam Islam ini bukan mengikut selera dan nafsu.

“Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya pasal…” – Ustaz Syamsul Debat

“Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami. Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain…” – Katanya

“Lagi cakap, lagi bangang tau? selepas itu yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena. Yang memberi pandangan pun tak kena. Tak usah…” – Tambahnya lagi

Dalam pada itu, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

“Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja? Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai? Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat?…” – Katanya lagi

“Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap…” – Luahnya

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

Lihat Posting di bawah:

Sumber : sinetronmalaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *