Hiburan

Mia Sara kena ‘KRlTlK’ cakap Inggeris di vide0 uTube, minta netzen faham tak semua pengikut tahu bahasa Melayu

GARA-GARA hanya menggunakan bahasa Inggeris pada setiap video yang dimuat naik di YouTube, Mia Sara dikr1tik dan dianggap bangga diri dengan kebolehannya berbahasa itu.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan bagaimanapun mengakui dia lebih selesa bertutur dalam bahasa tersebut dan berharap pendiriannya dihormati.

“Saya lebih memilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris setiap kali saya buat video di YouTube. Jadi, jangan datang dekat saya dan beritahu ‘tak boleh bahasa Inggeris’ atau ‘bodoh orang Melayu tapi cakap bahasa pelik-pelik’.

 

Mia memuat naik status di Twitter.

“Bahasa Melayu… orang Melayu saja faham. Memang penonton saya seratus peratus Melayu? Eh ada ramai orang yang tak faham bahasa Melayu!” tulis Mia di Twitter miliknya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menganggap penggunaan bahasa Inggeris pelakon drama Adamaya itu juga dapat membantu anak muda memperlajari struktur ayat yang betul.

“Sama! Saya lebih selesa dengan bahasa Inggeris tapi sedih apabila mengetahui ramai orang kecam kalau kita berbahasa Inggeris daripada Melayu dalam kehidupan harian. Semua orang bebas untuk bercakap dalam apa saja bahasa.

“Saya setuju dengan apa yang awak katakan. Bukannya awak tak cakap Melayu pun bila berkomunikasi dengan orang dekat luar. Dengan cara ini kita dapat improve Inggeris kita. Bila lagi kita nak fasihkan bahasa Inggeris kalau kita tak berlatih.

Saya tak boleh habiskan masa dengan melakukan suntingan untuk video saya sendiri.

MIA SARA

PELAKON

“Saya sangat bersetuju dengan Mia. Mungkin ianya bagus buat anak muda yang mahu memahami isi video selain boleh menambah vocab, dan mempelajari struktur ayat dalam bahasa Inggeris,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen mencadangkan supaya pelakon itu meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam video tersebut agar lebih mudah difahami.

Membalas komen tersebut, Mia menjelaskan jadual yang terlalu padat membuatkan dia tidak mempunyai banyak masa melakukan suntingan untuk video tersebut.

Antara komen netizen.

“Boleh tapi suntingan lama dan saya sibuk… jadi, saya tak boleh habiskan masa dengan melakukan suntingan untuk video saya sendiri. Saya tidak mempunyai penyunting,” ujarnya.

Isu penggunaan bahasa Inggeris masih menjadi perbualan hangat netizen sejak pelakon dan pengacara Adibah Noor menegur sebutan selebriti, personaliti media sosial dan tokoh politik.

Sumber : m Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *