“Mereka muncul dalam hidup ketika saya bekerja..” pedas kata kata Engku emran buat semua terkejut

Suami kepada usahawan selebriti, Noor Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin berkongsi luahan hati mengenai hikmah pertemuan dirinya yang dijodohkan dengan tiga wanita yang hebat.

“Saya Tidak Pernah Keluar Untuk Mencari Mereka…”
Engku Emran, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa pada awalnya, dia tidak pernah keluar mencari atau merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella, dan Nabila. Namun, pertemuan ketika sedang bekerja telah membuatkan mereka jatuh cinta.

“Saya selalu bertanya kepada Allah dan tertanya-tanya mengapa Dia mempertemukan tiga wanita hebat untuk menjadi menantu Mummy. Saya tidak pernah keluar untuk mencari mereka dan saya tidak merancang untuk mengahwini mereka, tetapi mereka muncul dalam hidup saya semasa saya sedang bekerja dan kami jatuh cinta.”-tulis Engku Emran.

Tambahnya lagi, Engku Emran turut berpendapat pernikahannya bersama tiga wanita luar biasa ini mempunyai hikmahnya.

“Seorang (Erra Fazira) memberikan saya anak. Seseorang (Laudya Cynthia Bella ) memperkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia. Dan seorang lagi (Nabila), membuatkan saya menjadi anak yang lebih baik kepada Mummy saya. Jadi saya berasa selesa bahawa itulah hikmah mengapa laluan kami bertembung.”-kongsi Engku Emran.

Dalam pada itu, ahli perniagaan ini juga berkongsi keadaan dirinya bersama anak perempuan beliau yang berada dalam keadaan baik selepas tular beritanya bakal bercerai di media sosial.“Saya menerima banyak mesej dari individu yang tidak dikenali, rakan, rakan sekerja dan ahli keluarga yang bertanya sama ada saya okay.

Saya tahu anda benar-benar risau tentang saya kerana ‘sampah’ yang berkeliaran di alam maya. Dan saya tahu ia kadangkala tidak dapat dielakkan kerana cerita ini dihantar kepada anda tanpa anda mencarinya. Apapun, saya mahu anda semua tahu yang saya okay dan Aleesya juga okay.”-tulis Engku Emran lagi.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *