Connect with us

Infomaklumat

Menteri Pengangkutan Jawab Adakah Selepas Ini Basikal Perlu Daftar, Ada Lesen Dan Nombor Plat

Published

on

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah membincangkan cadangan untuk mendaftarkan,

melesenkan atau mewajibkan basikal di negara ini menggunakan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata cadangan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu tidak pernah dibangkitkan kepadanya.

“Saya ingin menegaskan bahawa cadangan terbabit tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian.

Kementerian juga menafikan sama sekali untuk melaksanakan cadangan seperti itu malah cadangan ini tidak pernah dibangkitkan kepada saya.

“Banyak lagi faktor perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh kementerian bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki,”

katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang melaporkan bahawa MIROS sedang mengkaji keperluan supaya setiap basikal di negara ini perlu didaftar,

dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, sebarang komen yang dibuat oleh MIROS seperti yang dilaporkan media tidak menjadi dasar sehingga melalui pelbagai proses dan seterusnya mendapat kelulusan menteri.

“Agensi di bawah MOT perlu membuat kajian menyeluruh atau cadangan untuk analisis dan pertimbangan pengurusan kanan MOT termasuk Pejabat Menteri

sebelum proses dimulakan bagi melaksanakan apa-apa dasar di bawah bidang kuasa MOT.

“Semua pengumuman dasar pramatang adalah dilarang tanpa persetujuan menteri,” katanya.

Mengenai keselamatan penunggang basikal, beliau menjelaskan, MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS

sentiasa mempromosikan program advokasi keselamatan secara berterusan bersama pelbagai pihak.

Katanya, program berkaitan keselamatan itu juga akan dibincangkan dan dikemaskini pada mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya yang akan berlangsung bulan ini.

“Dalam masa sama, saya ingin menasihatkan semua penunggang atau penggemar sukan berbasikal supaya sentiasa mematuhi peraturan

jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika berbasikal di jalan raya kerana turut terikat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : BH

Infomaklumat

“Suka tayang harta” Wartawan terkejut tengok senarai 50 org terkaya di Malaysia

Published

on

By

Negara kecooh apabila berita penagkapan boss Macau Sca4m terbesar rupanya di dalangi rakyat tempatan

Apa yang lebih mengejvtkan, beberapa artis ternama Malaysia turut terpalit sama kerana ada antara mereka turut menerima sebhagian wang h4ram tersebut untuk tujuan perniagaan

Mesti ramai yang nak tahu, siapakah individu-individu tersebut. Katanya, mereka ini sangat terkenal dalam kalangan seIebriti tanah air kita dan menjalani kehidupan yang sangat me-wah

Seorang senior wartawan Syahril A. Kadir tampil mengulas isu tersebut. Berikut tulisan beliau yang kita boleh renungi bersama

Manusia  “Baru Nak Up” Suka Tayang Harta

“AKU perhati je senarai 50 nama orang-orang terkaya di Malaysia menurut data terkini (2020) yang dikeluarkan oleh Forbes.

Nokharam, takdak satu pun nama yang tersenarai di bawah ini terselit nama geng-geng Insta yang suka tayang rumah banglo depa, kereta mewah depa,

percutian depa, bini dan awek depa yang seksi meksi semua tu. Kalau ikut gaya tu dah macam kaya-kaya sangat dah!

Hairan betul manusia ‘baru nak up’ macam geng2 Macau Scam, geng-geng MLM, geng-geng taukeh kosmetik etc ni…

bukan main lagi berbangga dok tayang selagi boleh aset yang depa miliki.

Nasib baik belum ada company yang buat spenda dan coli bertatahkan berlian kat Malaysia ni, kalau ada, tu pun depa akan beli, pakai dan tayang kat socmed.

Apa punya b0doh dok tayang kekayaan kat orang ramai, semua tu ‘madu’ yang akan menarik perhatian abang-abang LHDN, SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk ‘menghurunginya’.

Apatah lagi bila korang buat kerja haram macam ni.

Ibarat kata korang korek lubang kubur dan korang juga yang tanam diri sendiri.Bingai.

KISAH TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI

“SAYA pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

“Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini.

“Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,

boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.

Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

“Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

“Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal,

biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

“Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan,

mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

“Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

” – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

kredit: Syahril A. Kadir

Sumber : kecohape

Continue Reading

Infomaklumat

VlDE0 : Update Terkini Ustaz Paling Berjaya Dan Kaya Di Malaysia Setakat Sept 2020 Yang Ramai Tak Tahu

Published

on

By

Pada masa kini bukan sahaja artis atau instafmous yang menjadi inspirasi kepada anak muda malah golongan seperti Ustaz selebreti juga mendapat perhatian.

Di sini terdapat 5 ustaz muda paling popular dan berjaya di Malaysia

**video 5 Ustaz Muda Paling Berjaya di pautan terakhir artikal

5) PU Amin

Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah 2015 iaitu sebuah rancangan realiti Islamik yang mencari penceramah di kalangan anak muda.

Ketika itu, beliau dikenali menerusi trademarknya yang berbunyi “Biar Badan Tak Ada Isi, Iman Kuat Macam Besi”.

Kini namanya sering mendapat perhatian kerana kelantangan dalam menegur perlakuan beberapa individu terkenal di media sosial

Fakta Menarik

Mula berkenalan dengan isterinya sejak di bangku sekolah iaitu sewaktu tingkatan tiga sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga di usia 22 tahun.

Perkahwinan sewaktu pengajian tahun tiga di Universiti Al Azhar itu mendapat tentangan daripada keluarga kerana bimbang pelajarannya akan terabai.

Namun beliau membuktikan sebaliknya melalui keputusan cemerlang yang diperoleh.

Bapanya merupakan orang kurang upaya (OKU) cac4t penglihatan (buta) sejak lahir.

Sumber Pendapatan:

Pu Amin mempunyai  perniagaan porduk minuman honey coco berasaskan kurma, madu dan delima.. Dia juga menjadi duta bagi syarikat  Simply Umrah

4)Aiman Banna

Nama Aiman Banna mungkin tidak begitu dikenali ramai, sehinggalah nama tersebut menjadi trending menerusi media sosial.

Nama asalnya adalah Mujahid Aiman merupakan seorang blogger dan vlogger di laman YouTube serta pengasas Inspirasee iaitu sebuah gerakan kontemporari dakwah yang bermisikan penyebaran ‘pelangi inspirasi kepada jiwa hati umat ini’.

Pemuda berusia 20 tahun ini adalah seorang penulis buku bertajuk #Henshin dan penceramah bebas yang telah menjelajah lebih 120 institusi dalam negara sejak tahun lalu.

Aiman Banna bukannya seorang artis atau pun orang kenamaan, tapi hanyalah sorang daei, pendakwah intelek di dunia maya.

Beliau memiliki sebuah blog yang dikenali sebagai aimaanbanna.com yang memaparkan info tentang keagamaan dan inspirasi.

Nama Penuh: Mujahid Aiman. Di kenali sebagai Aiman Banna (Panggilan Banna sempena nama Imam Hasan Al-Banna)

Pendidikan: Madinah International University dalam bidang Syariah

Perniagaan

Kerjaya: Penulis buku, Pendakwah Bebas, Pengasas Inspirasee, Daeipreneur dan Blogger n Vlogger

Penceramah Motivasi sejak umur 19 tahun. Sudah menulis 23 buah buku

Namun, apa yang menarik mengenai pendakwah bebas ini adalah kerana sebuah buku karya beliau berjudul ‘Henshin’ dan dikatakan buku itu ‘best seller’.

3) Imam Muda Asyraf

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda.

Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3.

Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan dari tahun 2000-2001.

Dan mengubah haluan mengambil SPM di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah ( MATRI), Beseri, Perlis pada tahun 2001-2002.

Melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang pada tahun 2003-2006. Kemudian Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya.

Dan kini sedang menyiapkan Sarjana juga di Univiersiti Malaya dalam bidang yang sama. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.

Bergelar Juara Imam Muda 2010

Pada 30 Julai 2010, beliau dinobatkan menjadi juara. Program pertama di dunia ini disiarkan secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmood al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Sharizan Daud At-Turabi dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

Juara mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kontrak menjadi Imam Ratib di sekitar Kuala Lumpur, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000.

Selain itu, percutian ke Bandung (4 hari 3 malam), pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.

Perniagaan

Mempunyai Perniagaan Butik Aisy Asyraf yang berasakan pakaian muslim lelaki moden .Sehingga kini beliau telah memiliki 5 cawangan butik di seluruh Malaysia.

Beliau juga  selalu terlibat dalam rancangan tv dan radio serta  mendapat undangan ceramah dari seluruh malaysia, singapura dan brunei

2) Ustaz Amin

Muhamad bin Abdullah Al-Amin. Amin adalah nama di kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz.

Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Sering berulang dan belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Kemudian ke UM di dalam bidang Syariah dan Und4ng-Und4ng.

Selepas tamat di UM ke Maahad Ihsaniah Penang dan diiterima masuk ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir

Bermula 2003, mula merantau ke negara Arab, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama’ yang ditemui di Yaman, Syria, Lubnan, Turkey,Maghribi,Mesir dan lain-lain.

Terlibat dengan operasi kemanusi1aan di beberapa negara seperti Tsvnami di Acheh, g2mpa bumi di Pakistan, Gempa bumi di Jogjakarta, G3mpa bumi di Bengkulu dan lain-lain.

Bukan Ustaz Biasa2

Salah seorang daripada 10 pakar selaman didunia, mampu terbangkan pesawat, handal menunggang kuda, memanah dan m3nembak .

Beliau telah melatih kira-kira 1000 jurulatih selaman dan mahu kembangkan bidang ini di kalangan umat islam

Mempunyai perniagaan ALCC Travel-iaitu pakar menguruskan perjalanan sambil belajar ke  Masjid Al Aqsa Palestin

Beliau juga  mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HI1V Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

No 1: Ebit Lew

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku.

Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. .

Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

jom kita tengok secara kasar pendapatan ustaz ebit lew

tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah tiap bulan full seluruh negara. page fb 1.8juta followers

youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih ) banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Pendapatan dari Youtube pun ribu2

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyi4sat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

“Page fb 1.8juta followers, Youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui Youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih)

Banyak lagi sumber kewangan dia

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Berikut video 5 Ustaz Muda Paling Berjaya

..

 

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.

Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.

Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melahirkan lagi insan dermawan seperti beliau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MV & Youtube

Continue Reading

Infomaklumat

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0. Ni kaedah cara nk mohon

Published

on

By

Kuala Lumpur: Individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar

borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

BPN 2.0: Golongan B40, M40 terima bantuan

Kuala Lumpur: Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

“Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

“Manakala kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini,” katanya

Continue Reading

Trending