“Saya memang suka emas dan penggemar barangan kemas sejak mula melangkah ke alam pekerjaan.
“Ia satu pelaburan yang saya buat sejak zaman remaja lagi. Disebabkan itu juga, saya terapkan hal sama kepada anak perempuan saya, Sumayyah memandangkan harga emas juga semakin meningkat. Mungkin apabila dia sudah besar kelak, harga emas akan melambung mahalnya.
“Saya sebenarnya tertarik dengan rekaan moden dan kontemporari Trishya & Co, sangat menepati citarasa saya.
“Tak mustahil jenama Trishya & Co boleh pergi jauh dan viral sepertimana barangan kemas yang pernah saya pakai sebelum ini hingga diberi jolokan emas PSL,” katanya.
Puteri Sarah yang ditemui pada pertunjukan fesyen dan pelancaran Trishya & Co Opulent di TDOX Clinic at EQ, Hotel Equatorial Kuala Lumpur baru-baru ini juga sempat memperagakan barangan kemas jenama terbabit.
Faktanya, barang kemas koleksi Lady Bug dan Lom daripada Trishya & Co yang diperagakan Puteri Sarah bersama Sumayyah ketika itu bernilai sekitar RM150,000!
Sudah pasti kata Puteri Sarah terdetik rasa debar ketika memperagakan barangan kemas mahal memandangkan sebelum ini pernah berdepan detik sedih apabila gelang lipan yang dipakaikan di lengan Sumayyah pernah hilang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu.
Menceritakan pengalaman itu, kata Puteri Sarah gelang lipan bernilai sekitar RM7,000 ke RM8,000 itu dibelinya daripada duit yang dikumpul sedikit demi sedikit.
“Gelang lipan yang Sumayyah pakai pernah hilang. Menangis saya… Ketika itu saya mengumpul duit dan bila sudah ada rezeki barulah dapat beli balik.
“Saya sendiri pun tak pasti macam mana boleh hilang, bila ditanya dia sendiri jawab tak tahu.
“Harga ketika itu sekitar RM7,000 ke RM8,000. Lepas tiga hari hilang barulah kita sedar.
“Saya anggap ia bukan rezeki sayalah. Cuma sekarang saya akan lebih berhati-hati apabila memakai barang kemas dan pakai pun bila perlu saja,” ceritanya lanjut.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.