“Member pula mengelitat nak cakap kita benda busuk” niat kita baik, tarik diri sebab nak beri laluan pada yang Shaking..- Kak Lina

Perkongsian di Instagram Story milik pengacara Elly Mazlein mencuri perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seseorang

‘Jangan gaduh tentang rezeki’

Kak Lina Pom Pom

Menurut Elly atau mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom, dia telah pun melepaskan satu tanggungjawab yang dipikul sebelum ini untuk memberi laluan kepada seseorang yang berasa gerun dengan dirinya.

Malah, Kak Lina turut berkata tidak elok bergaduh soal rezeki yang sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah.

Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab (tarik diri) kita, sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking buat kerja dengan lebih selesa.

Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki, Allah susun baik-baik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah, kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia.

Dalam masa sama, Kak Lina berkata dia sudah berusaha untuk menutup isu yang timbul dengan individu yang dimaksudkannya itu, namun individu berkenaan seakan membuka pekung sendiri di hadapan umum.

Kita dah elok-elok senyap, member pula mengelitat nak cakap kita benda busuk bangaki ini, dunia dunia.

Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin serlah kelucuan ini. Ini baru nampak lucu, tiada lucu stereotype, dulu kini dan selamanya.

Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dik. Ingat asal usul.

Bagaimanapun, kepada siapa luahan tersebut ditujukan tidak didedahkan oleh Kak Lina.

Terdahulu, tindakan Kak Lina yang menarik diri sebagai hos sebuah program nyanyian secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *