Memang suka wanita garang, Iqbal mahu lamar Inspektor Sheila jadi kekasih

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan posting yang dibuat oleh seorang anggota polis wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila yang mahu mencari calon suami.

Pegawai polis yang tular disebabkan beberapa video viral sebelum ini mengatakan bahawa sedang mencari calon suami yang masih lagi bujang memandangkan ramai yang menjadikan statusnya sebagai salah satu perbualan di media sosial.

Susulan daripada itu, usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli telah ‘menyahut cabaran’ tersebut dengan berminat untuk melamar anggota polis berkenaan.

Menerusi komen yang diperoleh dari laporan di Mstar, Iqbal menyatakan mahu mendekati Inspektor Sheila kerana boleh menghilangkan kesunyiannya.

Dalam pada itu, menerusi Insta Story Iqbal lagi, dia mengatakan yang rela mendengar ceramah setiap hari memandangkan Inspektor itu sendiri pernah mengeluarkan kenyataan “tak kenal, maka tak cinta”.

Dia yang ketika ini tidak mempunyai kekasih berhasrat mahu mencuba nasib kerana memang menyukai wanita yang garang.

“Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.
“Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.
“Saya sukakan wanita yang garang… lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja,” katanya.

Tak hanya itu, bekas teman lelaki  Dato’ Seri Vida berkenaan juga memaklumkan yang memang memerlukan wanita yang garang kerana dia mempunyai sikap yang sedikit nakal.

“Saya perlukan seorang yang garang seperti dia supaya boleh marah jika saya nakal.
“Saya mahukan seorang wanita yang selalu berbisik di telinga saya. Alangkah bahagianya kalau menjadi teman Sheila dan dia siapkan kopi setiap pagi,” ujarnya.

Iqbal turut menyertakan ciri-ciri wanita idamannya yang bersifat sederhana, memahami kerjayanya sebagai seorang usahawan dan juga menyayangi anak angkatnya, Ziyad.

“Kalau bercakap tentang ciri-ciri idaman, saya mahukan wanita yang sederhana sahaja. Kalau boleh mahu wanita kampung, tapi takut pula tidak terbuka tentang dunia perniagaan sekarang ini.
“Apa yang paling penting wanita itu perlulah sayang saya dan anak,” jelasnya.

Terdahulu, posting yang dibuat oleh Inspektor Sheila telah menarik perhatian sehingga ramai yang berhasrat mahu menjadi pendampingnya.

Pegawai polis itu  viral selepas video dia memarahi anggota dibawahnya serta orang awam tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah diatas beberapa tuduhan yang dikenakan kepadanya di mahkamah tempoh hari.

Sumber: Mstarahmadiqbalzulkefli  / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *