Connect with us

Keluarga

Mcm mane boleh lekat. Bila h4mil suaml sruh gugvrkan. Aku terkeluAkhirnya kegugvran

Published

on

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Dah lama aku berniat nak luahkan kepada orang lain namun aku takut dengan orang pandang lain pada aku. Jadi Aku memilih untuk bercerita di sini hanya, luahan hati mahupun jikalau sudi kiranya warga IIUMC berkongsi nasihat buat aku.

Genap 5 tahun perkahwinan ini, aku tidak tahu samaada perasaan aku melebih lebih atau aku hanya menipu diri sendiri. Kami berkahwin ketika masih dalam pengajian di IPTA.

Awal perkahwinan memang ujian kehidupan masyaAllah sangat meninggi. Dengan tiada pendapatan, urusan pengajian serta kuliah sangat menyulitkan kami.

Aku ingin bekerja, sehingga sekarang dah 5 tahun, suami aku tak izinkan aku kerja melainkan kerja itu tahap professional sesuai dengan kelulusan. Jadi, suami pernah berkata,

“Kita, jangan ada anak dulu ye sebab kita kahwin tak complete apa pun, kahwin masih belajar. Kita relax relax dulu”.

Aku iyakan aje, tapi 5 bulan kemudian aku mengandung. Aku sangkakan suami akan gembira, namun sangkaan aku meleset. Malah suami menengkingku, macam mana boleh lekat.. nauzubillahminzalik.

Aku terkelu bila disoal begitu. Aku sedih. Suami ku suruh buang. Dia tak nak. Aku diam, menangis tak berhenti sehinggalah aku gugur complete 8 minggu. Aku meroyan habis, aku hambur semua kata kata kesat pada suami aku.

Dia diam, tapi dia menangis bila lihat aku meraung kesakitan bila turun drah habis penuh pad aku. Dalam diam, suami berdoa,

“Ambillah anak ini tapi jangan Kau ambil isteriku sebab Aku tak mampu hidup tanpa isteriku”.

Sepanjang berpantang aku marah pada suamiku. Sejak dari itu, kami kerap bergaduh.

Pertama, soal pekerjaan dan kewangan. Kedua, soal dia taknak anak dulu padahal aku nak anak.

Seusai tamat pengajian, Kami tidak ada rezeki kerja seperti graduan yang lain. Jadi suami ajak pulang ke rumah famili dia.

Bermulalah kehidupan Kami bersama keluarga suami. Biasalah duduk di rumah orang, kena buatlah kerja jangan tunjuk pemalas. Suami tak bagi aku kerja jadi aku stay di rumah mertua tunggu suami balik.

Kadang kadang lepas dia balik kerja (kerja kerja biasa di kampung), dia hilang. Rupanya pergi main game di rumah kawan kawan, pergi lepak sampai 2-3 pagi.

Yang paling sakit hati, mak mertua asyik tanya anak dia mana. Kenapa tak balik lagi. Kan dah kahwin buatlah cara dah kahwin. Mak mertua boleh bebel kat aku, bukan anak dia.

Bila suami aku balik, aku ajukan pada dia, sebaliknya dia marah Aku, biarlah nak keluar. Kat rumah bukan buat apa. Terkapai kapai aku nak jawab dengan mak dia.

Kemudian, rezeki suami aku dapat kerja bagus, tapi di luar negeri. Ekoran dengan pekerjaan dia, dia tak boleh nak bawa Aku sekali. Entah, macam macam alasan dia.

Dia sewakan rumah yang berdekatan dengan rumah mak mertua. Dia sediakan kereta untuk aku ulangalik jumpa dia, dan semua bil bil utiliti dia uruskan. Dia amanahkan aku duduk di rumah sewa ini.

Ye, seorang diri. Sebatang kara di negeri orang. Aku jarang jumpa suami. Boleh jadi 2 bulan sekali, 3 bulan sekali. Itupun aku yang drive ke tempat suami.

Aku pernah ajukan biarlah aku duduk dengan famili aku, balik kampung sendiri. Dia tak bagi. Dia cakap nanti susahkan famili buat apa.

Masalahnya aku sorang sorang kat sini, nak makan minum sorang sorang. Bergerak beli barang dapur semua sorang. Famili mertua aku pun ada cakap tak takut ke duduk sorang sorang, kalau kerja kat sini takpelah.

Tapi macam biasa suami aku kata tak payah nak balik kampung, duduk je situ. Free dah semua. Tinggal duduk je. Terasa macam Cinderella pulak, tak pun puteri impian ala yang Amy Mastura berlakon tu. Hahaaa..

Dah 5 tahun macam ni, aku tak kerja, nak kerja biasa biasa pun nak hiburkan hati pun suami tak bagi. Aku nak balik kampung, suami kata nantilah balik.

Ramai tanya, even famili mertua tanya bila nak Ada anak. Aku tak tahu nak cakap apa kalau kami jumpa, suami pun tak bersama sangat. Bila jumpa boleh jadi bukan waktu subur aku. Aku keliru sekarang nak buat apa. Dia pun tak ada bila Aku perlukan dia.

Aku rasa macam bujang. Even waktu PKP 3 bulan, 3 bulanlah Aku tak jumpa dia. Padahal dia boleh je balik sini, sebab dia dicutikan sementara, tapi dia nak stay jugak di luar negeri.

Sempat je dia balik masa tu sebelum perintah tak boleh rentas negeri dikuatkuasakan tapi dia tak nak. Sekarang dia dah start kerja semula, lagi susah nak jumpa.

Kitaorang dah cerrai sebelum ni sebab aku luahkan perasaan pasal nak anak. Tapi dia cakap kalau nak anak, pergilah carik orang lain. Nak bersama pun boleh kira dengan jari dalam setahun. Tapi aku takut kalau jadi janda.

Mungkin sebab pada aku dia okay soal lain, dah sediakan rumah untuk Aku berlindung walaupun rumah sewa, kereta tapi bukan atas nama aku, duit belanja 100-200 sebulan (duit untuk aku belanja sukahati), boleh masak, pandai uruskan diri, basuh baju, cuci pinggan dan kuali sendiri.

Cuma soal anak je dia melenting. Jadinya aku rujuk balik. Tapi sampai sekaranglah tak ada perubahan. Sampai aku rasa aku ke yang problem tak lekat lekat. Tapi nak lekat macam mana kalau sebulan sekali je bersama, dua bulan sekali bersama..

Bila aku ajak pergi jumpa doktor, dia tak nak. Dia kata kalau ada rezeki ada lah. Kalau takde, tak pe. Kita berdua je kan dah cukup. Hmm.

Tolong aku. Bantu aku. Aku sunyi sorang sorang. Kalau ada anak, aku tak kisah duduk sini di tempat orang bersama anak buat teman tidur, teman makan. Korang rasa apa patut aku buat?

Reaksi warganet

Nur Asha Bella –
Tak salah kawin time study atau time muda kalau jodoh dah smpai. Tapi tu lah silap kalau kawin tapi still nk enjoy tak ingat rumahtangga baik tak payah kawen la.

Pastu kau suruh pulak gugurkan anak kau yang takberdosa. Eh jantan, orang lain tak de anak, nak anak tau. Aku tak faham la ape ade dalam kepala otak kau.

Macam mane hidup kau nak berkat and berjaya kalau hati isteri sendri taknak jaga..

Nur Alwani –
Awat takot dengan title J. Better than duduk berdua tapi rasa seorang. Your husbnd is a total crap. Anak takmau, balik jumpa bini pun takmau.

Hang nak apa sebenarnya laki oi. Hes not ready mentally physically so whats worth waiting for.

Ainon Mansor –
Tak nak anak, tak bagi kerja, duduk seorang diri, suami tak balik kerap, bagi belanja pun ala kadar. Jadi apa beza puan dengan orang single?.

Fishy and weird bila dia jarang nak balik, tak bagi puan ikut duduk sekali, tak nak anak. For your own good, baik cari kerja sesiap. Prepare for the worst.

W.N. Fatiha –
Tak faham lah laki jenis ni. Saya syak dia ade bini lain. Stay luar negeri je Pon bukan luar ngara tapi tak bagi bini stay sama. Something wrong somewhere. Macam tak de effort nak bersama bini just cukup syarat Ade je.

Better u siasat sis dan Cari la kerja siap siap sebelum berpisah. Your marriage macam tak de hala tuju. Stuck kat situ. Everyone deserves their own happiness. Pedehal status J than your own happiness.

Cik Puan Nyssa –
Ade kenal 1 pasangan ni kawin dah lama, lakinye polis duk kuarters, bininye duk dengan emak sendiri. Jarak tak jauh pon, 1 negeri cuma lain daerah. Anak 5 semua bini urus sendiri, sorang sorang.

Aku pon tak paham kenapa nak duk asing asing. Pastu tak sudah sudah buat anak lakinye tu. Pastu bila balik anak taknak dengan dia. Sebab dia garang dengan anak. Menyampah aku.

*confessor ni masih belum ada anak, plus suami taknak anak ermm baik tinggalkan jela. Perkahwinan yang macam takde hala tuju.

Puan Zuera –
Kenapa tak sewa rumah berdekatan dengan tempat keje suami. Apa masalah yang sebab kan tak boleh bawak isteri. Dia keje kat mana, keje apa.

Suami tak rindu eh duduk berjauhan dengan isteri? Tak risau isteri duduk sorang sorang, takut perompak ke pergol ke masuk rumah tu.

Kalau tak bagi duduk rumah keluarga isteri, kenapa tak benarkan isteri duduk dengan keluarga dia. Duduk berjauhan, jumpa jarang dan awak je pergi jumpa dia macam tak ada beza hidup orang bujang…

Semoga dipermudahkan urusan

Liza Johari –
Better you siasat tentang husband you sis. Macam macam komen kat sini boleh membantu you. Banyak kemungkinan yang husband you buat di belakang you.

Lelaki normal takkan buat macam ni kat bini dia. Pelbagai kemungkinan yang sedang suami sis. Pergi area rumah sewa dia diam diam dan selidik. Bila dia balik, curi tengok hp.

Once you tengok ada whatsapp yang pelik, tulis no hp tu. Pastu call guna nombor hp lain (jangan guna hp you). Please do something.

Jika husband you buat benda tak betul atau curang atau songsang (minta maaf sis), lebih baik jadi J dari hidup dipergunakan.

Sis ada degree, bina hidup baru. Ramai lagi lelaki yang baik di dunia sis. Serius sis.. something fishy dengan your husband.

Sumber : Puteri Lilin / llUMC

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya.

Keluarga

Jijikrasanya dimadukn dgn prempuan sama umur dengan ank sulong prempuan sendiri

Published

on

By

Sejak kawin hingga sekarang suami saya tak pernah tidur dirumah isteri baru dia yang sedang sarat mengandung walaupun semalam.

Assalamualaikum min tolong hidekn profile saya. Saya nak share dan minta pendapat kawan2 tentang masalah saya sekarang.. saya dah berkhawin 24 tahun, anak saya 3 orang yang sulong 23 tahun kedua 20 tahun dan bongsu 16 tahun.

Sejak mula kahwin suami saya memang kaki ar4k, disk0 dan kaki prempuan.. saya fikir satu hari dia akan berubah. Bila saya mengandung anak bongsu dia semakin teruk naik tangan bila saya tegur kepala saya pun pecah berjahit dia kerjakan. pukol jangan cakap laa.. depan anak-anak pun dia pukol tanpa rasa bersalah.

Saya lahirkn anak bongsu saya pun saya bawa bag keperluan saya bersalin dan bawa kereta sendiri ke hospital sebab dia taknak balik asyik bercinta dengan perempuan sama krusus dia hana. Saya sebar je dengan semua dugaan demi besarkn anak2 saya.

suami bawa saya dengan anak2 pindah kl. dia cakap nak mulakn hidup baru tak nak mnum ar4k lagi.. saya rasa bersyukur.. tapi perangai kaki prempuan tu dia tak boleh tinggalkan.. walapun ada bukti dia tak kan mengaku malah mgamok pada saya.

Ada masa kantoi juga.. dia minta maaf dan pilih saya dengan anak-anak. banyak kali dia cakap nak berubah tapi tak berubah juga. sehingga la sebulan lepas dia mengaku pada saya yang dia banyak d0sa dan betul-betul nak bertaubat dia minta beri peluang setelah itu dia mengaku yang dia dah megandungkan perempuan ni dah msuk 7 bulan..

perempuan yang sama umur dengan anak sulong kami yang sedang gigih berbakti menuntut ilmu di universiti pendidikan sultan idris kos digree pendidikan tahun depan tamat.

Saya rasa jijikk dengan dia. memalukan saya. Saya gigih mendidik dan cari rezeki untuk keluarga dan anak-anak. Dia gigih buat m4ksi at.. yang perempuan tu pun dah tau suami saya dah berkeluarga tapi melayan. Cari ws suami saya pkl4-5 pagi saya pernah baca bila tanya suami tak mengaku..

saya mintak dia lepaskn saya.. sebab saya tak mampu lagi nak jaga dia. dah 24 tahun saya jaga sepenuh hati saya tapi dia tak berubah.. saya tak pernah tinggikan suami jika dia m4ki-m4ki saya diam dan iyakn.

Mungkin saya tak cukup baik lagi untuk dia.. Anak-ank semua ikut keputusan saya.. diaorang dah melihat 24 tahun saya menderiita.. suami saya mohon p0ligami dia heret saya ke mhkamah seperti saya tak ade hati walaupun hancor berkecai hati saya tetap saya gagahkn juga.. kes tertangguh sebab dia tak layak.

Family perempuan tu mendesak kawin sgera sebab kandungan dah masuk 7 bulan.. saya mintak lepaskan saya cara baik suami saya tetap enggan.. suami senyap ke Thai kawin disana. Dia mengaku dan saya rasa tak boleh terima semua ini.

saya nak lepaskan semua ni tapi suami saya taknak. dia asyik merayu jangan tingalkan dia.. dia akan mengamok kalau saya cakap nak pegi mhkamah.

Sejak kawin hingga sekarang suami saya tak pernah tidur dirumah isteri baru dia yang sedang sarat mengandung walaupun semalam. siang malam ada disisi saya. Saya banyak kali halau dia..

saya nak failkn cerrai tapi dia tak boleh terima sedangkn saya pun dah takboleh terima lagi dia dah banyak makan hati.

Sejak kawin saya dah lama berdikari semua saya uruskn sendiri anak2 hingga urusan rumahtangga. Bagaimana pendapat min dan kawan2. J1jik rasanya dim4dukn dengan perempuan sama umur dengan anak sulong perempuan sendiri. Kalau cantik dari saya takmgapa laa. ini yang muka Alamakk.. seram.

Reaksi warganet.

Iza Mk – erm….itulah permainan syaitan…. haram bagaikan nikmat tnpa rasa bersalah… yg kuat alhamdulillah.. yg lemah hanyut begitu shj….bile dh sah jadi is3, nikmat ditarik begitu shj..

hati x tenang jiwa meracau… alhamdulillah ank2 sis berjaya… move on je sis.. mohon pada allah… semoga dipermudhkn segla urusan buat sis n ank2.

Sharifah Hassan – Bgtu sbr ya puan hadapi rmhtngga mcm ni ya.. Thniah.. Klu saya.. Awal2 dh surrender.. Bab sush boleh lg.. Tp klu pukul balun. Maki hamun. Sepk terajng.. Minta maaf la.. Kita hrus cri jln kluar dn bhgia kn dri kita n ank2!! Smh puan brjya kluar Dr konflik yg memenatkn jiwa ni!

Muhd Ayub – Part last tu sy suka..seram.. Gamaknye pompuan tu x pernah rasa ada pakwe.. Tu sbb lelaki sebaya bapak dia pun dia sanggup serahkan tubuh.. Sbb dah gatei sgt.

Mdm Nour – part last tu alamak..hahaa… pelik lelaki otak ijau ni kdg tgok muka pmpuan tu bkn lawa muka pecah rumah pn bini lg lawa baik lg tp tetap nk cari lain jgk..nfsu apa x tau la.

Hasnie Has – Kalau dah tawar hati mintak di lpas kan saja puan. Saya pun 24 tahun bersama di lpas kan bertapa perih waktu tu hampir 2 tahun hari hari saya menangis. sekarang saya dah kahwin dng lelaki bujang yg muda setahun dari saya.. Yg banyak merawat duka saya. Tima kasih pd dia… Syukur ya Allah.

Missz Irie – Mgkin dia xnk cerrai sbb tkt hilang punca pndapatan la tu..kn puan yg cari rzki kluarga slama ni..kang dia nk dpt sumber dr mana.

Qairina Nina – Dah 24thn selama hidup bersama, kak yg bela dia..dia dah selesa kak tanggung dia memang lah taknak lepas.dia buat kak jd bank dia.

Siti Zaiemah Hashim – Pendapat sy… anak2 puan dah besar-besar…elok la puan pun cari kebahagiaan sendiri…alangkan madu yg muka seram tu pun laki puan terhegeh… apatah lg puan yg segak…bercerai je puan…di hujung-hujung ni carilah imam yg blh membimbing kita ke syurga…penat hidup seperti sekarang kan.

Sumber: krt

Continue Reading

Keluarga

Terpksa angkut gadis form 3. Mat rempit terkedu lps pintu blik dibuka. Terus dia lari utk bersolat

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.

Nama aku Man. Memang nama sebenar dan aku harap jika dia membaca confession aku ni dia tahu yang dia masih dalam doaku. Oleh kerana dialah aku berubah walaupun aku terlupa untuk bertanyakan namanya.

Terima kasih juga kepada admin sekiranya sudi memilih confession aku ni untuk disiarkan…

Terima kasih juga kepada penulis (CPA) yang sudi memilih kisah aku ini untuk di jadikan sebuah penulisan yang lengkap walaupun cerita yang aku hantar itu agak berterabur dan lintang pukang ayatnya.

Malam itu dalam lingkungan jam 12 malam. Aku bersama beberapa orang kawan sedang minum minum di restoran mamak di sekitar Bandar Jerantut.

Tiba tiba dalam kesamaran cahaya lampu jalan, aku terpandang sesusuk tubuh sedang berjalan sambil menjinjing beg besar. Daripada paras rupa dan bentuk tubuh aku dapat teka usianya mungkin dalam belasan tahun.

” ‘Ushaa’ lah Man. Ada ‘rezeki’ kita shared lah. Kau kan romeo…”

Ujar kawan aku yang mungkin perasan aku sedang memerhatikan lenggok gadis itu. Atas desakkan dan cabaran kawan kawan, aku bangun dengan laju menuju ke arahnya. Dia kelihatan agak ketakutan dan cuba mempercepatkan langkahnya.

” Nak pergi mana bawa beg besar ni…?”

Tegur aku lembut. Dia diam dan masih berjalan.

” Depan sana tu gelap. Adik jalan sorang sorang ni bahaya. Nak kemana…? Bas stop dah tak ada bas. Teksi pun dah tutup.”

Dia berhenti dan memandang aku. Tepat ke mata aku. Jantung aku terhenti sebentar. Pandangan mata nya benar benar menusuk. Paras wajahnya yang lembut itu membuat aku akui memang sempurna sekali ciptaan tuhan.

” Bas malam pun tak ada ke…? ”

Soalnya naif. Aku menggeleng dan memujuk dia supaya ikut aku ke kedai mamak itu.

” Mari ikut abang kita minum minum dulu. Kat sana kawan kawan abang semuanya baik baik. Mamak tu buka 24 jam. Kita ‘lepak’ sana dulu tunggu sampai pagi. Lepas tu abang hantar pergi bas stop…”

Beberapa minit mendiamkan diri akhirnya dia bersetuju. Aku membantu dia membawa begnya. Keras dan berat…!! Aku hairan kerana anggaran berat yang berada di dalam beg itu bukanlah seperti membawa sejumlah baju.

Dia duduk di sebelah aku. Tenang menyedut Nescaffe ais.

” Saya nak buat ‘call’ sekejap…”

Dia bangun meninggalkan begnya berjalan menuju ke ‘public phone’ yang berada tidak berapa jauh daripada kedai mamak itu. Aku mengambil kesempatan itu membuka beg yang dibawanya tadi.

Bukan niat untuk menceroboh peribadinya tetapi untuk pastikan kami selamat berada bersamanya. Bimbang jika dia salah seorang yang dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh pengedar ddah.

Benar jangkaan aku. Bukan pakaian sahaja yang berada di dalam beg tersebut tetapi ada beberapa buah buku sekolah dan senaskah Al Quran.

” Bawah umur lah. Aku tak nak masuk penjara sebab r0g0l budak bawah umur. Aku rasa budak ni lari daripada rumah lah sebab dia bawa dengan buku buku sekolah sekali. Nak pergi mana malam malam ni. Esok isnin kan sekolah…”

Kawan aku bersuara berdasar kan apa yang di tulis di buku tersebut dia masih di tingkatan 3. Aku segera tutup zip beg tersebut. Dia datang menghampiri kami tanpa sebarang syak wasangka.

” Call siapa…? So nak pergi mana ni…?”

Aku juga mula berasa bimbang untuk berada bersama budak bawah umur yang kemungkinan besar sedang melarikan diri daripada rumah itu. Kawan kawan aku seorang demi seorang berlalu pergi meninggalkan aku bersama dia.

” Entah. Tak tahu. ‘Call’ kawan tadi dia tak angkat…”

Jawab dia perlahan. Ada air mata mengalir di pipinya. Aku tewas. Tidak sampai rasanya hati untuk meninggalkan dia keseorangan di situ. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia bersamaku. Tapi kemana…?

Aku buntu. Mana mungkin aku membawa dia pulang ke rumah. Mengamuk pula mak dan ayah aku nanti kerana bawa anak dara orang balik ke rumah pada malam malam buta begini.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia ke rumah satu satunya kakak yang aku ada di Felda Kota Gelanggi. Agak jauh daripada bandar tersebut supaya dia dapat berehat dengan tenang.

Setibanya di rumah kakak ku, aku disoal dengan pelbagai soalan. Semuanya aku jawab hanya dengan mendiamkan diri. Bukan niat aku untuk membisu tetapi memang aku tiada jawapan untuk setiap soalan soalannya tadi.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku sanggup membawa dia dengan hanya menunggang RXZ di malam hari, meredah hujan dan kabus ke rumah kakak aku. Bukan ke hotel atau ke rumah bujang kawan kawan.

Aku juga tidak tahu siapa dia, daripada mana asalnya dan kenapa dia berada di tengah tengah bandar itu sendirian. Apa yang paling melucukan, aku sendiri tidak boleh menjawab soalan kakak kepadaku tentang siapa nama gadis itu.

” Kau ni tempah maut betul lah Man. Bawa anak orang malam malam macam ni. Nama tak tahu, anak siapa, dari mana… Kakak tahu esok kau bawa dia keluar sebelum abang kau balik. Kau bukan tak tahu abang kau kerja apa…? Nanti dengan kau, aku dia campak dalam lokap…”

Omel kakakku terus masuk dalam bilik. Aku menghampiri dia. Kakakku langsung tidak menegur dia. Tapi tak apalah asalkan kami dapat tumpang bermalam.

Aku pimpin tangannya bawa ke bilik. Aku ambil tuala yang diberikan oleh kakak ku tadi. Aku lap muka dan rambut nya yang basah. Aku minta dia mandi untuk segarkan diri.

” Abang tak tahu kenapa adik boleh berada bersama abang malam ni. Abang juga tidak tahu dan tidak mahu tahu apa masalah adik. Cuma abang mahu adik rehat dan tenangkan diri. Adik selamat dengan abang di sini. Esok abang akan hantar adik ke mana sahaja adik nak pergi.”

Nyataku padanya. Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh jadi ‘semulia’ itu pada malam tersebut. Sedangkan aku bukanlah golongan orang yang baik.

Aku seorang ‘mat rempit’ yang sering mendapat habuan tubuh wanita sebagai hadiah. Jika minta dipilih sebatang tubuh perempuan dengan wang ringgit aku rela memilih tubuh itu.

Berbekalkan wajah yang agak menarik dan poket yang tebal memudahkan lagi aku mencari mngsa daripada seorang perempuan kepada perempuan yang lain dalam masa itu terus terang aku nyatakan aku tidak pernah ‘merasa’ dara…! Mungkin belum ‘rezeki’ aku.

Malam itu aku gelisah bila memikirkan tubuh kecil molek yang sedang lena di bilik. Aku kepanasan tidur di ruang tamu sedangkan hujan diluar tidak berhenti mencurah. Aku bangun dan membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

Dia lena memakai kain batik yang sedikit tersingkap menampakkan betisnya yang putih. Aku berpaling, akal ku melarang memandangkan dia masih di bawah umur dan jika dia buat report aku akan di cas seorang per0g0l.

” Kenapa…?”

Tiba tiba dia bangun dan duduk dibirai katil. Aku menelan air liurku yang terasa amat pahit sekali.

” Owh abang nak pastikan adik okay dan jangan lupa kunci pintu… Bimbang….”

” Adik okay… Abang kan ada… Apa adik nak takut…”

Dia jawab lalu kembali baring di katil sambil menarik selimut. Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana aku menahan nfsu yang selama ini aku gagal mengawalnya. Aku terus menutup pintu bilik dan laju menekan lock dari dalam.

Aku berlari ke bilik air, mandi dan terus berwuduk. Aku solat Isya’…!! Yaaa aku solat Isya’ yang pertama setelah hampir belasan tahun aku tinggalkan. Baru aku tahu betapa letih dan lesunya jika kita berlawan dengan godaan nfsu. Alhamdulillah aku berjaya.

Azan Subuh bergema dan aku juga solat Subuh…!! Allahuakbar…. Sepanjang malam itu aku hanya duduk di sejadah. Kuasa tuhan… Disaat aku hampir tewas berlawan dengan nfsu aku minta pertolongan dariNya dan ternyata aku tidak gagal…

Aku ketuk pintu bilik dia minta dia bersiap dan seperti aku janjikan dengan kakak sebelum kakak aku bangun, sebelum terbit fajar aku akan bawa dia pergi.

” Kemana…?”

Soalku padanya bila dia membisu. Pelukkan tangannya erat dipinggangku dan dapat aku rasakan kepalanya lentok di belakang ku. Mungkin masih mengantuk.

” Lena tak tidur malam tadi…?”

Soalku lagi bila dia masih membisu.

” Lena… Abang…?”

Soalan apakah ini dik… Hatiku bersoal kembali.

” Tentulah lena… Hujan kan…!”

Aku tipu sedangkan mataku tidak mampu lena walau sesaat pun. Tubuhnya yang sedang memekar itu menari nari dimataku seorang lelaki yang punyai nfsu.

” Cepat lah buat keputusan nak kemana adik oi… Sekejap lagi kita nak keluar simpang Felda. Samada nak balik ke Jerantut semula atau ke Jengka…”

Kataku perlahan.

” Saya nak buat call…”

Katanya perlahan. Aku berhentikan motor di sebuah ‘public phone’.

” Kawan adik cakap apa…?”

Soalku lembut dan dia tunduk lalu menangis… Aku terdiam kaku…

” Dia tak angkat. Malam tadi dia suruh saya tunggu dekat bas stop nanti dia ambil. Kemudian saya call dia dah tak angkat…”

Jawabnya perlahan…

” Boyfriend…?”

Aku cuba meneka. Dia mengangguk.

“Lari dari rumah sebab boyfriend…?”

Aku meneka lagi.

” Saya keluar dengan dia tengok wayang, balik dah lewat. Abang dapat tahu saya keluar tengok wayang dia marah. Abang nak hantar saya ke sekolah budak budak jahat. Saya tak mahu. Saya takut…”

Akhirnya dia bercerita…

” Allah dik… Meh sini abang nak cakap. Abang ada 3 orang adik. Salah seorang tu sebaya dengan adik tingkatan 3. Abang mana yang nak tengok adik dia buat jahat. Abang pun tak nak tengok adik abang jadi jahat walaupun abang sendiri jahat.

Tiap kali abang marah abang selalu ugut nak hantar ke juvana lah, nak tanam diorang hidup hidup lah Tapi hakikatnya abang tak buat pun. Marah tu tanda sayang dik…”

Nasihatku dan aku juga minta maaf kepadanya kerana aku telah membuka beg dia malam tadi. Dia menangis di bahuku. Aku peluk dia kuat kuat tapi bukan bernfsu. Tiada lagi nfsu kesumat dijiwa aku untuk dia.

Aku pandang dia hanya sebagai adik walaupun sebenarnya aku tidak punyai adik. Aku terpaksa menipu dia supaya dia faham erti kemarahan seorang abang.

” Saya nak balik Kuantan rumah mak. Tapi… Boleh ke abang hantarkan…?”

Akhirnya dia bersuara setelah hampir sejam membisu dan aku menanti dengan sabar dia membuat keputusan.

Kuantan…? Allah jauhnya. Bukan aku tidak mahu menghantarnya. Aku bimbang aku akan hilang pekerjaan memandangkan sudah beberapa hari aku sudah ponteng kerja termasuklah hari itu.

” Jauh tu dik… Apa kata abang cari tiket bas, abang temankan adik sampai bas datang sehingga bas itu bergerak…”

Aku memujuk lagi. Dia mengangguk dan aku bersyukur. Aku hulurkan sejumlah duit untuk bekalan dia di sepanjang perjalanan. Selepas bas bergerak meninggalkan Bandar Jengka. Aku pun bergerak pulang ke Jerantut.

Itu cerita 23 tahun lalu. Yaaa cerita ini agak lama berlaku. Aku juga sudah insaf dan bertaubat tetapi ia tidak pernah padam daripada ingatanku.

Sebenarnya tiada niat untuk aku membangkitkan cerita lama. Cuma baru baru ini aku terbaca artikel seseorang yang mempertikaikan tentang per0g0l dan mngsa. Siapa yang bersalah…? Per0g0l ataupun mngsa.

Terus terang aku nyatakan disini. Pada malam tersebut jika aku inginkan, boleh sahaja aku memaksa atau mengambil kesempatan diatas kenaifan dia.

Waktu itu dia sangat tidak berdaya kerana di dalam poketnya hanya ada beberapa keping note 1 ringgit sahaja. Lelaki yang diharapkan untuk menjemputnya langsung tidak menunjukkan muka. Dia hanya ada aku. Tapi kenapa aku masih mampu bertahan kerana aku masih waras…!!

Tik Tok, Filter camera, Selfie atau apa sahaja gaya hidup kita di media sosial sebenarnya tidak ada kena mengena dengan issue r0g0l…!! Ada jer yang berselfie menggunakan filter itu tertutup auratnya… Ada jer yang bermain Tik Tok itu datangnya daripada golongan yang sudah ‘senja’.

Tapi aku tidak lah bersetuju jika anak anak aku beraksi seperti itu di media sosial kerana agak kurang manis akhlaknya. Setakat selfie menggunakan filter masih aku boleh terima kerana semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik.

Jangan sesekali menyalahkan mngsa apabila berlakunya kes r0g0l kerana kita tidak berada di tempatnya. Kita tidak tahu betapa ‘struggle’ nya dia melawan si per0g0l.

Kita tidak tahu bagaimana cara dia mengatasi traumanya kerana telah menjadi mngsa r0g0l. Ianya adalah salah daripada si per0g0l itu sendiri. Gagal menahan nfsu…!! Gagal menggenggam Iman…!!

Iman dan kewarasan kita, kita sendiri yang pegang. Bukan mereka yang berpakaian s3ksi, bukan mereka yang menggunakan filter ketika berselfi dan bukan juga mereka yang bermain dengan aplikasi tik tok.

Sebenarnya ia datangnya daripada hati. Ramai jer kita lihat orang yang tidak menutup aurat khususnya yang bukan Islam terselamat daripada menjadi mngsa r0g0l.

Cuba fikirkan sejenak, jika berlakunya kejadian r0g0l di mana mngsanya adalah terdiri daripada wanita yang menutup aurat, nenek tua, warga OKU, kanak kanak kecil dan bayi bayi baru lahir. Adakah mereka yang bersalah membenarkan diri mereka dir0g0l…?

Iman…!! Tanyalah hati, peganglah Iman. Semuanya bermula daripada situ. Hanya kewarasan dan iman yang bezakan kita dengan binatang.

Tanpa iman dan akal yang waras kita sama dengan binatang yang sering kelihatan mengejar mngsa hanya untuk melepaskan sepancut nfsu kemudian tinggalkan dia bersama benih tanpa rela.

Aku tidak pandai bermain dengan hadis seperti beliau. Aku bercerita melalui pengalaman. Itu pengalaman aku. Setelah aku di datangi oleh tetamu satu malam itu, aku sedar bahawa aku boleh mengawal nfsu. Selepas hari itu sehinggalah ke hari ini…

Alhamdulillah tiada lagi perempuan yang aku tiduri. Aku lebih mendekatkan diri dengan Allah… Bukan kerana melihat sebatang tubuh kita berkehendakkan s3ks… Bukan…!! Ianya boleh dikawal dengan iman dan akal kerana kita bukannya binatang yang bernafsu buas…

Reaksi warganet

Noorsha Adam –
23 tahun lepas, maknanya berlaku pada tahun 1997. ‘adik’ tu sebaya dengan saya. Memang zaman tu dah macam trend remaja lari rumah. Tahniah confessor kerana dapat mengatasi situasi dengan baik waktu tu.

Puan Zuera –
Cerita yang menarik, banyak pengajaran. Asbab dia, encik berubah menjadi lebih baik. Terima kasih menjaga dia, melawan nfsu encik pada malam itu.

Encik memang seorang lelaki yang gagah, kerana berjaya melawan nalfsu sendiri. Semoga sentiasa dilindungi Allah.

Aslina Majid –
Penjnayah tu sendiri kalau dia nak buat jnayah, ada ada pilihan. Nak buat atau tak. Mana boleh salahkan mngsa. Mngsa pun tak tahu dia akan jadi mngsa. Apa dia boleh buat, kurangkan risiko.

Tapi macam dalam confession ni, celah mana budak tu nak kurangkan risiko? Kalau dia tau nak jadi macam tu, awal awal lagi dia takkan lari dari rumah. Itupun kalau dia tahu.

Tapi apa tindakan dia sebelum tu, dah pun dia lalui. Kenapa nak pertikaikan benda yang dah lepas? Kira confessor ni bagus la sebab dia fikir situasi diri dia waktu tu. Dia ada pilihan. Dan dia buat pilihan terbaik dengan solat. Sapa la kita nak judge benda dah lepas. Bukan boleh ulang balik ke masa tu pun untuk buat pilihan lain.

Zul Iman Ismail –
Zaman zaman sebelum ada handphone yang ada internet ni memang selalu trjadi situasi KL Menjerit ni. Sata pun pernah ada pengalaman tu.

Tak memasal tengah malam hantar remaja pompuan balik rumah kakak dia masa terjumpa dia jalan sorang sorang tengah malam sebab BF tinggalkan dia tepi jalan yang sunyi.

Nak suruh dia tumpang rumah saya memang tak lah sebab saya pun masa tu tinggal dengan orang tua. Saya lagi takut tak sempat jawab penyapu terbang dulu hinggap kat kepala huhu. Banyak jugak la pengalaman peristiwa KL Menjerit time tu..

Iema Batli –
DUlu ada kes rg0l dalam bas, kalau ada yang masih ingat. Seorang perempuan baru balik dari kerja. Tunang si wanita tunggu tunang dia di bus stop. Tapi bus yang patot nya berhenti dekat bus stop tak berenti.

At the end jumpa bus tu dekat tepi jalan dengan wanita tersebut dah di bnuh dan di rg0l. Tapi pakaian wanita tersebut tutup aurat. Pakai tudung.

Si pelaku which is pemandu bas bila di siasat ada amalan syiirik. So nak salah kan siapa dalam kes ni ??. Pemandu bas tu atau perempuan tu…?

Jnayah adalah pilihan. Kita diberi akal untuk pikir mana baik mana buruk. Kalau nak kata sebab pakaian s3ksi penyumbang jnayah rgol itu rasa tak sesuai kot. Sebab manusia diberi akal yang boleh beza baik dan buruk. Tu je yang membezakan manusia dengan haiwan.

Dari – Man (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Continue Reading

Keluarga

Gara2 parking dpn aparment jiran uri ank2 syurgaku spt dikoyak2 smpai d0ktor pun Hairan

Published

on

By

Assalamualaikum… Sudah lama aku ingin ceritakan. Tapi asyik tertangguh sahaja. Bukan apa mesti ada yang terfikir zaman milineum ini masih wujud ke manusia yang bersahabat dengan ibl1s…… Aku sendiri pun tidak sangka akan terjerumus dalam kisah ini.

Sebelum itu aku hendak beritahu dulu latarbelakang aku. Ok..Aku dilahirkan dalam family yang berlatar belakangkan agma. Ayahku seorang ustz. Bukan ustz kaki lima ye.

Ayahku merupakan lulusan dari UKM jurusan Perundangan dan Syariah. Jawatan terakhir ayahku “PENGETUA SEKOLAH MENENGAH”. Ibu plak surirumah sepenuh masa dan seorang yang sangat titikberatkan tentang agma pada kami adik beradik.

So, boleh tahu la mcmn ye. Aku plak merupakan bekas pelajar “SMKA” dan juga graduan dari salah sebuah Universiti Tempatan.

Part 1

Aku tidak mahu cerita pasal familiku sbb tidak ada kaitan dengan jiran-jiran aku. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahayamata lelaki. Alhamdullillah sebab mendapat suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Aku tinggal di Selangor. Alhamdullillah selepas mendapat anak ke 2, suami dapat beli rumah sendiri. Sebuah rumah Apartment. Gembiranya tidak terkira impian nak ada rumah sendiri termakbul.

Masa tu aku lihat jiran-jiran dengan mata kasar baik dan positif la. Selepas hampir 6 bulan tinggal dirumah sendiri baru nampak perangai negatif jiran-jiranku.

OOOpppss lupa nak bagitau rumah aku di tingkat 1 sahaja. Yang bermasalah jiran yang tinggal ground floor. Parking awam jadi hak milik mereka. Lagipun ni Apartment bukan Kondo. So nak parking mana-mana adalah bukan milik siapa-siapa.

Bermulah mimpi ngeri aku sekeluarga sbb aku pegi parking kete depan rumah jiran ground floor. Korang tau tak tengah azan maghrib berkumandang dia datang buat bising ketuk-ketuk pintu rumah aku. Dah la aku penat balik keje so aku suruh laki aku yang tanya dan settlekan.

Yang datang tu si perempuan Ibl1s tau. Dia cakap aku parking kete tempat dia. Ehhhh…. parking tu awam so tiada milik siapa-siapa ada hati nak ngaku sendiri punya. Laki aku jenis cool so dia suruh lepas mandi dan solat maghrib pegi alih. Aku ikut je wlaupun tidak puas ati.

Rupanya kisah pasal parking kete dijadikan isu besar oleh jiran ibl1s aku tu. Sebenarnya aku dan suami tidak tahu pun kami disih1r. Tapi mula rasa selepas aku lahirkan anak yang bongsu pada tahun 2013. lepas habis pantang Allah tunjuk satu-satu. Yang paling teruk kena suamiku la.

Untuk pengetahuan semua suami aku ni jenis tidak bersos**l. Hidupnya hanya ditempat kerja dan rumah. Nak kemana-mana mesti bersama-sama. Jenis lembut orangnya. Susah nak tengok dia marah tapi seorang suami dan ayah sangat tegas.

Jenuh berubat gak. Tapi selalu pegi Darul Syifa’ (anak murid aruwah Dr Harun Din). Siap panggil ustaz2 darul syifa’ datang rumah lagi. Buat pagar rumah dan baca yassin.

Masa tu masih tidak tahu jiran Ground Floor tu yang buat sih1r. Tapi lama-lama keluarga aku huru hara. Hidup tak tenteram kalau kat rumah. tapi bila pegi keje ok je. Akhirnya kami jumpa sorang “Hamba Allah” ni. Dialah yang banyak tolong dan ajar macam mana lindungi diri.

Lepas tu satu-satu aku tahu jiran ibl1s ground floor tu bela apa. Macam-macam ibl1s set4n. Ada hntu raya, pnanggal, plesit dan t0yol pun ada. Patut la laki bini kerja gitu-gitu tapi hidup mewah rupanya ada income sampingan dari si T0yol. Tapi aku dan suami tak ada plak nak pegi serrang.

Kami memang serah betul-betu bulat-bulat kepada Allah sahaja. Tapi yang tak best anak-anak pun diaorang buat. sedih sangat sbb anak no 2 si laki jiran tu pegi pukol lepas geram kat anak aku.

Salah urat skit kat leher anak. Tapi mcm biasa aku dan suami macam orang b****h je tak ada nak buat report atau apa. Tentu tertanya-tanya mcmn kami tahu. Anak sulung nampak kelibat laki jiran tu pukol adik dia….. Kesian anak-anak. sedih tak payah cakap.

Bukan itu sahaja, aku kehilangan 2 anak dalam kandungan akibat perbuatan jhat jiran ibl1s ground floor tu. 2 kali guggur kandungan dah nak masuk 4 bulan. Aku kena tahan diwad selama 3 hari 4 malam sebab kali ke 2 guggur ada masalah.

Bayangkanlah diaorang s3ksa hidup aku dan tambah kesedihanku. Apa yang mistik uri-uri anak2 syurrga aku seperti dik0yak2 sampai doktor pun naik heran.

Ye betul aku memang tahu angkara suami isteri jiran ibl1s ground floor tu…Sedih jangan cakap la. Tapi aku pujuk diri aku takde rezeki. syukur nywa masih ada sebab anak2 aku yang 3 orang masih perlukan aku.

Suami memang betul-betul marah tapi apa kami boleh buat. Hanya diamkan diri dan berdoa agar Allah bagi pembalasan yang dasyat kepada mereka tu.

Sabar pun ada batasnya. tapi tu la sebab yakin biar Allah yang balas so 5 bulan lepas anak aku kena pukol laki jiran ibl1s aku tu m4ti kemlangan. Aku pun tak tahu sebenarnya. Almaklumlah kami suami isteri kerja dan tak nak ambil tahu hal-hal jiran-jiran kat situ. Punya la bersyukur.

Akhirnya Allah dengar rintihan kami…..syukur sangat-sangat sebab jiran tu balik kampung dan dah tak tinggal area rumah aku.

Ingatkan dah settle. Rupanya belum lagi….Allah betul-betul duga kami sekeluarga dengan jiran-jiran ibl1s aku. Nanti kita sambung lagi…..Yang ni Jiran ibl1s aku lagi dasyat lagi ilmunya… Patut la diaorang kawan baik.

APAPUN TERJADI KENA YAKIN BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG MELINDUNGI KITA SEMUA. JANGAN SESEKALI BERSAHABAT DENGAN IBL1S SET4N DURJANA.

Reaksi warganet.

Besitoh Mahmud – Mcm mana adik boleh yakin sangat jiran tu yang sihir, andai tk betul macam mana. Jangan samakan dia dengan iblis, iblis tu dilaknat Allah.

Amirifiq Irwan – PENGETUA SEKOLAH MENENGAH okay bapanya.. Bagus dikasi caps lock semua perkataan dlm tu. Baru sampai ke pembaca akan tahap keimanan keluarga confessor.

NA RA – Semoga awak tak berjangkit dgn perangai jiran2 awak tu.. sye bace ayat2 dlm confession ni pun mcm… hmmm.. dasyatt jgk.

Senora Haznina – Aku je ke yg rasa confession ni semacam je? Start pada dia tulis huruf besar jawatan ayah dia pun dh semacam. Mention pulak latar belakang family yg kuat agama.Then bila mention suami dia jenis tak bersosial duk rumah, apa yg jd lepas tu kt suami dia sebenarnya? Dia cuba bgtau org yg bersosial je ke yg akan kena sihir ni?

Herm, pengajaran yg aku dpt dari confession ni ialah bukan sifat iblis je yg kita kena jauhkan. Tp sifat holier-than-thou pun kena buang jauh2 juga.

Nurul Najiah Norefendie – Kenapa rasa macam confessor ni sebenarnya ada penyakit hati juga? Sikit sikit sihir. Sikit sikit sihir. Jiran je la iblis. Confessor ni pula semulia malaikat barangkali. Hm, wallahualam.

Ira – Kalu nak sambung cerita..mohon elokkan bahasa. Jgn samakan org dengan iblis semudah mudahnya. Latar belakang awak baik kan.. tulis elok2.

Lydia Ed – Pernah kena masa menyewa. Jiran jahanam siap bawa parang naik atas. Nasib baik saya dh turun bawah masa tu. Kereta dua kali dia pancitkan tayar. Mentaliti sampah. Moga kucar kacir hidup jiran jahanam mcm tu aniaya org.

Nur Shahadah – Tah la.. Bila baca jawatan siap huruf besar, macam sesuatuu sgt selalu kalau berubat di tempat yg betul, dia x da main tuduh2 org tu org ni.

Labu Joe – Kena sihir sbb parking atau ada sbb2 yg lain? Selalunya org hntar sihir sbb dendam, cemburu yg melampau… Tapi ni sbb parking je.

Lily Rahman – kenapa cerita dia macam tergantung, nak cerita tapi macam taknak cerita. gaya penulisan cerita pun elokla sikit asik part menuduh je..nak simpati pun tak dapat.

Nur Halilah Lutpi – Klu hidup berjiran mmg kena pandai sosial sikit. Klu ta pandai sosial hidup lah dlm hutan, banglo ke. Klu lah jiran iblis tu hidup mewah, pelik jgak nape masih nak duduk rumah apartments /flat sebab parking pun ta disediakan. Apartment biasa parking sorang satu. Ni mesti rumah flat murah. Sume dikira parking awam. Hidup ni kdg2 kena Terima baik buruk manusia yg ta sama mcm kita.

Alhamdulillahh kita dilahirkan dlm keluarga yg beragama tapi klu sikap tolak ansur tade antara jiran, mcm mana ye nak cakap. Soal dy berkwn ngn iblis tu mmg sesuai tu diluar jangkaan. Kita ni ta boleh nak ubah org lain bila keadaan dah terdesak mcmtu, jadi tuk langkah keselamatan atas dasar sayang kan anak, suami, family. Kita kena ubah diri kita sendiri. Alhamdulillahh doa n berserah pada Allah, itu mmg perlu n wajib.

Tapi usaha tuk perubahan pun penting. Saat2 genting mcmni ta payah la bersyukur dgn kematian anak org lain. Hitam betul hati tu. Patutlah diuji. Keluarlah cari jalan penyelesaian. Bukan ta bijak bersosial tapi bab tangani masalah pun kurang bijak. Kata anak ustaz, harusnya bijak.

Sumber : Dayna Idaman (Bukan nama sebenar) / IIUM / figuraku

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!