Hiburan

“masih sedih dan terkejvt dengan keadaan kesihatan Ismail” Bayl lapan bulan Shahrol Shiro bakal jalani pembedhan

PERKEMBANGAN masalah buah pinggang anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan selepas doktor memberitahu organ berkenaan kini semakin membengkak dan 80 peratus salurannya telah tersumbat.

Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkata, anak kedua yang berusia lapan bulan itu perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Rabu lepas kami bawa Ismail untuk menjalani ujian Mag3 di Sunway Medical Centre bagi mengetahui lebih lanjut keadaan buah pinggang dia. Doktor beritahu buah pinggang kanan Ismail tiada, maksudnya dia lahir dengan hanya satu buah pinggang sahaja di sebelah kiri.

“Kami memang tidak tahu sebab masa saya hamil, tak terfikir untuk buat detail scan. Saya juga tidak mengalami sebarang masalah kesihatan atau alahan ketika itu. Setiap kali hadir ke pemeriksaan bulanan, doktor cakap saya dan anak okay.

“Doktor sarankan pembedahan perlu dilakukan segera sebab 80 peratus saluran buah pinggang ke pundi kencing tersumbat dan menyebabkan buah pinggangnya bengkak,” katanya kepada mStar.

Nor Farhanah berkata, Shahrol nampak tenang namun sering memikirkan keadaan Ismail.

Kata Nor Farhanah, walaupun diberi tempoh masa sebulan, namun dia dan Shahrol enggan berlengah memandangkan Ismail hanya bergantung kepada satu buah pinggang sahaja.

“Kos yang dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail selepas pembedahan. InsyaAllah, dalam seminggu dua ini kami usahakan untuk pembedahan.

“Tapi doktor pun ada bagi tahu selepas pembedahan ini kemungkinan saluran tersumbat itu akan berulang tapi sejauh mana tahap seriusnya kita tidak tahu. Ada tahap yang boleh dirawat dengan makan ubat sahaja.

“Walaupun kami diberitahu pembedahan ini berat untuk Ismail namun demi kebaikan dia dan kami amat mengharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Kos yang dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail selepas pembedahan.

NOR FARHANAH

ISTERI SHAHROL SHIRO

Biarpun masih sedih dan terkejut dengan keadaan kesihatan Ismail, namun dia bersyukur kerana dapat mengesan awal masalah yang dialami anaknya itu.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat tahu awal dan kami boleh beri rawatan dengan pembedahan ini tidak sampai ke tahap dialisis.

“Masa awal-awal dapat tahu perkara ini, saya dan suami memang rasa Ismail dalam keadaan yang teruk sehinggalah Rabu lepas apabila doktor menjelaskan keadaan sebenar, kami sedikit lega kerana buah pinggang kirinya masih boleh berfungsi dengan baik jika ia dijaga dengan rapi,” katanya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *