P0Iis Terengganu menyerahkan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun kepada polis Selangor dan akan memberikan bantuan sewajarnya sekiranya diperlukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, sehingga kini pihaknya belum dihubungi polis Selang0r bagi mendapatkan bantuan.
Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada p0lis Selangor memandangkan pihak berkenaan sudah membuka kertas siasatan.
Menurutnya, ia susulan laporan daripada seorang individu yang tidak puas hati dan berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) menerusi satu hantaran video yang tersebar di laman sosial.
“(Polis) Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan, jadi biarlah Selangor (polis) yang siasat.
“Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tidak mahu ada pertindihan dalam siasatan, biarlah Selangor yang meneruskan siasatan, kalau perlu bantuan, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.
Selain daripada laporan individu berusia 42 tahun yang juga OKU fizikal dari Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor, laporan sama turut dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Selasa lalu.
Menerusi laporan itu, POKUAT berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun media sosial wanita terbabit.
Berikut video kaklong
kaklong buat hal lagi?
Sumber video FB Hafiz Shukri pic.twitter.com/S3CuN2U5Uf
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 15, 2022
Sumber : hm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.