Connect with us

Keluarga

Mak ayah tiba2 skodeng aku di tempat kerja. Luluh hati mereka saat lihat aku pegang penyapu

Published

on

Foto sekadar hiasan.Nama manjaku Baby. Aku dilahir dan dibesarkan oleh family yang berada. Sejak kecil aku tak pernah angkat tangan buat kerja rumah sebab semuanya pembantu rumah yang buat.

Pertama kali aku pegang penyapu ialah waktu darjah 3. Tu pun sebab kelas aku ada jadual kerja harian. Aku sampai ditertawakan oleh kawan kawan sebab tak tahu nak guna penyapu.

Masuk darjah 6, kebanyakan kawan perempuan tahu masak nasi, cuma aku yang masih terbelakang.

Peristiwa pahit bila jadi anak berada ni ialah bila kita buat salah, satu sekolah akan tahu. Satu hari tu kereta mak rosak dan mak terpaksa panggil teksi untuk jemput aku di sekolah.

Zaman tu takda lagi grab ke apa. Dan mak aku sangat malu bila terpaksa naik teksi. Tapi sebab aku lama di tandas, aku pun keluar lambat ke pagar. Sekali sampai dekat mak, “PANG!!”.

Sebijik penampar padu hinggap kat muka aku. Satu sekolah jadi saksi. Aku pun tercengang “besar sangat ka salah aku pi tandas sampai kena penampar macam ni?”.

Tapi lama lama baru aku terfikir yang mungkin mak marah sebab dia malu kalau orang nampak dia naik teksi. Tu dia lepas kat aku. In the end, tersebar la kisah aku kena pelempang ke seluruh sekolah.

Lagi kisah jadi anak berada ni, biar mak ayah buat anak jangan orang lain buat anak. Aku pernah kena tampar dengan guru disiplin sebab aku dituduh tinggal air basi dalam kelas.

Aku pun bukan jenis anak yang suka mengadu. Aku diamkan isu ni sebab aku taknak besarkan masalah dan waktu tu aku masih kecil lagi.

Entah macam mana mak ayah tahu isu aku kena tampar dan diaorang terus serang pengetua. Lagi sekali aku jadi famous di sekolah. Tersebar cerita mak bapak kaya pantang anak disentuh.

Yang aku pelik bila aku nakal kat rumah, elok ja mak ayah tibai aku dengan rotan, tali pinggang bagai. Ni cikgu nak sentuh pun tak bagi.

Semakin aku besar, semakin hidup aku dikawal. Kat mana aku nak sekolah, kat mana aku nak sambung degree, kat mana aku nak bekerja. Sampai mak ayah tak bagi aku rentas negeri sebab tak nak berjauhan dari aku.

Sejak aku masuk IPT, baru aku belajar nak urus baju, nak kemas, nak masak. Ilmu yang susah nak dapat di rumah.

Lepas tamat degree, aku menganggur seminggu sebelum jadi cashier di sebuah premis sebab transkrip degree tak keluar lagi.

Aku jenis yang menitik beratkan soal kebersihan. Kalau takda pelanggan, aku suka mengemas, menyapu. Sampai timbul benjol kat tapak tangan sebab kerap pegang penyapu.

Kebetulan mak ayah aku datang skodeng aku di tempat kerja. Betapa luluhnya hati mak ayah bila anak yang dibesarkan dalam serba kemewahan pegang penyapu. Hatta kat rumah sendiri pun tak pernah menyapu, kat tempat kerja kena buat benda macam ni. Tapi aku okey ja.

Waktu kat u, macam macam kerja aku buat sebab tak nak bergantung pada duit mak ayah. Termasuk la jadi cikgu, cashier, waiter, pembantu pejabat, tutor dan kerani akaun.

Banyak kali dah mak ayah suruh aku berhenti. Satu sebab bagi mereka kerja ni tak setataf level pendidikan aku. Kedua sebab aku kena kerja sampai lewat malam. Ketiga sebab mereka nak aku ambil alih perniagaan mereka.

“Papa, mama dah tua. Sapa lagi nak jadi pewaris syarikat kalau bukan Baby? Takkan nak biar syarikat lingkup?” Aku ingatkan kat drama tv3 ja mak bapak paksa anak ambil alih perniagaan mereka. Rupa rupanya dalam dunia sebenar pun ada.

Tapi aku taknak sebab aku nak dapat duit dengan usaha aku sendiri bukan dengan menumpang harta mak bapak. Kedua sebab impian aku nak jadi ahli akademik bukan ahli perniagaan. Ketiga sebab aku nak keluar dari comfort zone.

Kalau aku ambil alih perniagaan mak ayah, automatik aku kena tinggal dekat dengan mereka sampai la aku kahwin dan beranak pinak. Buktinya mak ayah sendiri suruh aku pilih suami dari daerah yang sama.

Dan perkara yang paling sedih sebab jadi anak berada ni ialah takda lelaki yang berani nak dekat dengan aku. Setiap kali lelaki nak berkenalan dengan aku, mereka akan tanya aku tentang latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan.

Aku pun jujur yang keluarga aku agak senang dan aku plan nak sambung belajar sampai PhD sebab aku nak jadi professor.

Dengar benda ni, terus diaorang lari dengan alasan darjat dan level aku lagi tinggi daripada diaorang. Kebanyakan daripada mereka hanya orang kampung dan berpendidikan diploma. Aku redha aku ditinggalkan.

Aku tertanya, sejauh mana wanita yang terbiasa hidup mewah mampu hidup susah dengan lelaki kampung? Aku takut kisah hidup aku jadi macam Lisa dalam Cari Aku Di Syurga.

Mak ayah selalu pesan biar lelaki lebih dari kita jangan kita lebih dari lelaki. Sebab lelaki ni ada ego dan maruah yang perlu dijaga. Kalau perempuan tu lebih daripada diaorang, diaorang akan rasa tercabar.

Sebab tu mak ayah letak syarat mereka nak menantu yang sekufu dari segi pendapatan dan pendidikan. Aduh.. lagi la susah aku nak cari jodoh. Kalau tak cari nanti mak ayah bising nak cucu.

Aku pernah dengar lecturer kata perempuan sebelum sambung master kena ada tunang dan sebelum sambung PhD kena ada suami otherwise mereka akan jadi anak dara tua.

Nampak macam mengarutkan tapi katanya sebab makin tinggi level pendidikan wanita, makin sedikit lelaki yang boleh dicari sebab kebanyakkan yang sambung master/ PhD dah ada tunang/ istri dan kedua sebab lelaki takut pada wanita yang lebih berpendidikan.

So apa yang aku nak simpulkan dari confession aku ni,

1) Patutkah aku korbankan impian aku untuk jadi ahli akademik dengan menjadi mak turut dan ambil alih perniagaan keluarga?

2) Patutkah aku cari lelaki yang selevel dengan aku untuk memuaskan hati mak ayah? Dan macam mana?

Reaksi warganet

Anna Khayra –
Ada yang kata ni cerita rekaan hahaha, aku ada cousin lebih kurg macam dia ni. Tapi parents dia bukan ahli perniagaan tapi ahli akademik jugak.

Memang jenis kluarge educated, cousin aku doctor pakar. Umornya awal 30an dah ada PhD, memang bujang tak kawin lagi tapi siyes lawa. Tapi memang betol la kot lelaki jarang nak dekat dengan pompuan macamtu.

Ms Annie –
Bila jumpe sape sape, rahsiakan peribadi mu. Menyamar jadi orang yang lagi miskin. Nanti kau tau sape yang ikhlas sape yang tidak.

Kalao nak kejar impian, kejar smpai dapat. Dalam mase yang same, nak ambik alih bisnes, bermula la dari bawah. Orang tak kenal ko anak sape. Nanti kau dapat ilmu yang orang lain tak dapat.

Masni Azhari –
Cari yang sekufu. Masa bercinta semua sanggup, bila dah kawin, baru tahu langit tinggi rendah.

Ada anak kawan kawan yang hidup mewah, kawin dengan suami orang biasa. Tinggal dirumah kecil, minta maaf bukan nak rendahkan sesiapa.

Bila dah berkahwin, baru rasa tidak selesa pergi kerumah mertua sebab ramai orang, panas. Nak beritahu mak dan suami, tak terucap, saya agak rapat dengan mereka, mereka mengadu pada makcik ni..

Saya faham sangat, tapi saya pesan, pergi ziarah mertua walaupun tak bermalam.
Bukan mereka mengada ngada tapi mereka ni datang dari latarbelakang yang berbeza.

Zul Iman Ismail –
Nak gelak pun ada. Memang maca drama Jam 7. Tak salah kau nak berdikari nak itu ini. Nak bercampur dengan pelbagai jenis darjat manusia.

Cari je bakal laki yang meniaga atau memang ada company sendiri lepas tu suruh dia managed syarikat Papa mama kau sementara kau boleh kejar kerjaya yang kau minat.

Hidup sekali je dik. Bab jodoh ni elok la yg sekufu. Membayang kan Megah Holding bakal bergabung dengan Kencana Holding, hahaha…

Shana Tugi –
Ikut je cakap parents. Mungkin sis anak tunggal sapa lagi boleh take over syarikat kalau bukan sis.

Hidup ni tak semua yang kita impi kita dapat. Alhamdulillah sis banyak belajar time duduk luar zaman belajar. Bila fikir balik dapat duduk sedaerah dengan parents impian ramai anak anak sebab boleh berbakti dengan mereka.

Allah mudahkan urusan sis in sha Allah semoga pilihan mak ayah sentiasa terbaik untuk sis dan semoga asbab perniagaan sis menjadi sumber kenaikan ekonomi islam amin dan Goodluck.

Siti Faezah –
Bab cari sekufu dari segi pendidikan dan kewangan tu saya setuju dengan parents. Sebab itu yang membentuk mindset.

Sama macam komen saya sebelum ni, ajal maut jodoh dah ditentukan Allah. Kalau ajal kita tak mencari cari kenapa nak mencari2 atau menentukan bila bila jodoh akan tiba. Benda yg tak boleh kita kawal, doa dan serah pada Allah.

Karier, pendidikan yang boleh kita kawal dan usahakan, usaha je ke arah tu.

Andai 1 hari hendak dijodohkn dengan pilihan parents, atau terjumpa pilihan hati tapi ditentang keluarga, jawapannya istikharahlah.

Terus perbsiki diri, perbaiki ibadah, perbaiki akhkak. Semoga bahagia dunia akhirat

Sumber : Baby (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Keluarga

Anjurkan Nikah Ekspres Farouk & Ali, Bangla Buat Hal Lagi

Published

on

By

DENGAN hanya bermodalkan RM1,000, seorang lelaki Bangladesh boleh menikahi wanita warga tempatan.

Perbuatannya dilakukan dengan bantuan ‘tok kadi’ senegaranya yang menawarkan perkhidmatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Tindakan terdesak itu hanya digunakan untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka menetap lebih lama di negara ini.

Selain itu, ia memudahkan urusan perniagaan yang bakal menggunakan identiti wanita tempatan dinikahinya.

Modus operandi licik itu dikesan dilakukan dua lelaki Bangladesh dikenali sebagai Farouk dan Ali dengan menjadikan sebuah rumah di pangsapuri di Seksyen 25 di sini, sebagai markas.

Difahamkan lokasi itu menjadi tumpuan sindiket beroperasi berikutan kawasan itu didiami ramai warga asing khususnya Bangladesh, Myanmar dan Nepal sejak beberapa tahun lalu.

Berperanan sebagai tok kadi, dua lelaki terbabit menawarkan perkhidmatan mereka kepada rakan senegara yang mahu bernikah dengan wanita tempatan tanpa perlu melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa agama negeri.

Mendedahkan kegiatan itu, Pengerusi Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor, Datuk Nazilah Idris mendakwa aktiviti tidak bermoral itu dikesan selepas video dan gambar pernikahan itu tular di laman sosial sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada persatuan penduduk pangsapuri, dua lelaki Bangladesh itu menyewa di sebuah rumah sejak beberapa tahun lalu.

Namun kegiatan nikah ekspres itu disedari, baru-baru ini.

“Biasanya lelaki Bangladesh atau bakal pengantin lelaki ini mencari wanita tempatan berusia untuk dinikahi.

“Mereka anggap taktik itu memudahkan mereka untuk menjalankan perniagaan yang kini tidak boleh dikendalikan warga asing susulan tindakan tegas kerajaan.

“Menerusi pernikahan itu mereka beranggapan hasrat menjalankan perniagaan lebih mudah kerana sudah beristerikan wanita tempatan walaupun tanpa sebarang dokumen pengesahan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, wanita warga tempatan diberi nafkah bulanan kerana membenarkan identiti mereka digunakan dalam permohonan lesen.

“Sebarang masalah berkaitan pihak berkuasa tempatan diuruskan si isteri,” katanya.

Tambahnya, lelaki warga asing itu menggunakan alasan kedai diusahakan adalah milik isteri sekiranya pemeriksaan lanjut dijalankan.

“Kegiatan nikah pantas ini dikesan giat berlaku selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) menyita perniagaan diusahakan warga asing.

Ini ermasuk individu yang menyalahgunakan permit kerja di negara ini,” katanya.

Nazilah berkata, tindakan sedemikian perlu dikekang secara menyeluruh kerana ia dikhuatiri akan memesongkan akidah umat Islam.

Ini kerana pernikahan dijalankan tidak menepati syarat sah seperti ditetapkan.

Kahwin untuk bikin bisnes

Pengerusi Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Nazilah Idris berkata, pihaknya banyak menerima aduan mengenai taktik digunakan lelaki warga asing mengahwini wanita tempatan.

Ini bagi mendapat peluang menjalankan perniagaan dan membuat pinjaman kewangan.

“Terdapat kes lelaki Bangladesh berkahwin dengan wanita tempatan untuk berniaga di pasar Seri Muda, Shah Alam.

‎“Apabila perniagaan maju, lelaki berkenaan meninggalkan wanita terbabit termasuk anak hasil perkahwinan mereka.

‎“Situasi seperti itu sering berulang dan ia terjadi dalam kalangan wanita yang berusia antara 20-an hingga 30-an di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

‎Nazilah berkata, wanita terbabit berkenalan dengan lelaki Bangladesh di kilang tempat mereka bekerja dan kemudian bercinta serta berkahwin.

‎Katanya, mereka mengambil keputusan membuka perniagaan dengan menggunakan nama isteri yang juga rakyat tempatan.

“Kehadiran pendatang asing keMalaysia,yang asalnya mahu mencari rezeki.

Kemudian menyalahguna kedatangan untuk berkahwin dengan Warga tempatan.

Haruslah dibenteras oleh Pihak2 yg berkaitan.

Dibimbangi nanti akan memenuhi negara ini dengan pertambahan lambakan warga asing serta keturunan mereka.”

“Betul2…saya sudah kena dengan warga bangladesh ini…minta tolong la kerajaan ambil tindakan tegas..

Sebelum anak2 dara..janda2..di gunakan hanya untuk kepentingan mereka je ..

Kegiatan mereka sungguh licik dan tidak merasa dia itu penipu…tolong la selamatkan rak yat Malaysia dan agama islam…

Saya sudah menjadi mangsa…dan entah berapa ribu ore lagi akan menjadi mangsa”

“Harap sangat undang2 gubal balik hak anak jadi warganegara klu salah sorg mak bapak warganegara.

Dan tiada keistimewaan untuk warga asing yg nikah dengan warga tempatan.

Ko tngok sbelah mata pown dorg x kan pandang org tmpatan da time tu”

Sumber : gstv

Continue Reading

Keluarga

Istri pilih cincin belah rotan 400lbh. Aku suruh ambil rantai 6k. Tambah lagi gelang 2k lebih. Sejak tu rezeki mencurah

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.Sejujurnya, 9 tahun pertama perkahwinan kami, sebentuk cincin emas murah pun tak pernah aku hadiahkan.

Dan puan isteri aku tak pernah merungut. Tak pernah memujuk, jauh sekali merayu meminta. Kerana dia tahu kemampuan aku.

Hampir 10 tahun berkahwin, anak nak masuk 4 dah, aku tak pernah bawa keluarga aku melancong ke mana mana. Sekadar ke pasar malam, ke supermarket dan tepi pantai sahaja.

Kawan kawan dia, adik beradik, saudara mara pakat tayang emas baru, puan isteri senyum dan diam sahaja. Sekali pun tidak pernah meminta minta.

Saat orang lain melancong ke sana ke sini waktu cuti, kami hanya balik ke kampung. Paling kuat pun ke Pantai Batu Buruk tengok ombak. Anak nak naik kereta kuda pun tak boleh.

Mahal. Ayah tak mampu. Kita tengok saja nak ya. Nanti ayah ada duit kita naik.

Anak anak ajak pergi pulau, duduk resort dan mandi kolam pun ibunya akan bisik kat anak,

“Arshad, Asyraff dan Amar doakan tau. Agar rezeki ayah mencurah. InsyaAllah bila ada rezeki ayah bawa kita. Doa sungguh sungguh”.

Aku yang mendengar hujung telinga ini terkoyak teruk emosi dalaman. Cuma tak luahkan sahaja. Dalam jiwa, menangis berkoyan air mata.

Rasa loser gila. Rasa tak berguna. Rasa bukan seorang suami dan ayah yang baik untuk isteri dan anak anak.

Aku nak sediakan segala. Aku nak tunaikan apa jua permintaan puan isteri dan anak anak. Tapi aku tak mampu.

Gaji diploma, duduk di kota raya. Dengan bebanan hutang peribadi, hutang kereta, hutang rumah, bukan cabaran kecil.

Tolak itu tolak ini, balance tak sampai seribu. Nak kena berjimat sampai akhir bulan. Silap percaturan pasti kena berhutang. Sekali berhutang, akan efek perbelanjaan bulanan seterusnya pula.

Nak bayar roadtax terpaksa main kutu rm50 sebulan. Minta tarikh hari roadtax mati. Aku rm50, puan isteri rm50. Sekali tayar botak, tabung haji jadi penyelamat.

Tabung haji potong rm50 sebulan tak pernah simpanan cecah RM1k. Kejap kejap cucuk, kejap kejap cucuk.

Semua peluang kerja aku buat. Jual simkad, jual air, jual kasut, pelayan kedai makan. Semua aku rembat.

Aku pernah listkan dua tahun lepas, aku buat 16 kerja berbeza untuk mengubah ekonomi keluarga. Pendek kata, asal halal aku akan buat. Penat tolak ke tepi.

Pulang sekolah jam 7 malam, jam 8 malam lepas solat maghrib terus keluar pergi jual kasut bundle. Pulang jam 4 pagi. Dapat la gaji RM30 satu malam. Kadang tak ada pelanggan, tak ada gaji.

Pulang kepenatan, esoknya perlu ke sekolah lagi. Habis musim kasut jadi pelayan kedai makan. Kadang dapat gaji RM10-RM30, kadang dapat makan free tanpa gaji. Pun kerja malam dari jam 8 pagi hingga 3 pagi.

Mujur aku mengajar petang masa tu. Lepas Subuh sambung tidur. Bangkit jam 11 pagi bersiap ke sekolah pula. Begitu rutin bertahun lamanya.

Sedikit demi sedikit aku menabung. Sedikit demi sedikit aku menyimpan. Aku punya hasrat dah lama. Lama sangat sangat.

Nak hadiahkan isteri barang kemas. Nak bawa anak melancong puas puas.

9 tahun bukan tempoh singkat. Bukan sedikit perit, luka, dan airmata yang aku tahan dan telan sendirian selama ini.

Akhirnya, pada anniversary kami ke sembilan pada Jun tahun 2018, buat kali pertama aku memimpin tangan ini; tangan yang aku nikahi 9 tahun lalu masuk ke kedai emas untuk memilih apa jua barang yang dia suka.

Terkejut, terharu puan isteri usah cerita. Hampir saja airmata tumpah dalam kedai emas kerana beliau tak sangka aku nak bawanya masuk ke kedai itu.

Pun masih, betapa setia dan memahaminya seorang isteri. Bilamana aku minta untuk pilih barang kemas kesukaan dia cuma memilih sebentuk cincin belah rotan yang harga lebih kurang RM400 sahaja.

Betapa beliau risau akan membebankan aku. Betapa beliau runsing aku tidak bersedia untuk itu.

Hari tersebut, aku suruh ambil rantai emas harga lebih 6k. Geleng kepala dia tengok harga, siap suruh trade in rantai lama.

Aku senyum dan larang trade rantai lama. Sayang. Bahkan aku suruh pilih seutas lagi gelang emas lebih 2k harga.

“Ambillah. Abang dah bersedia lama untuk saat ini. Abang menahan diri dari berbelanja, abang menyimpan, abang main kutu, abang berjimat cermat bertahun tahun hanya untuk hari ini.

Usah risau. Semua dalam kawalan”.

Saat tu je bergenang mata puan isteri lantas meramas erat tangan aku. Tuan kedai terkebil kebil saja melihat situasi kami.

‘Drama apakah ini?’ agaknya itu yang bermain di dalam kepalanya. Hahaha

Dari hari itu, dari tarikh itu, Tuhan mula melorongkan rezeki mencurah curah. Apa saja aku buat, alhamdulillah berjaya.

Datang seorang demi seorang kawan, mereka yang berjaya tunjukkan jalan dan buka peluang untuk aku terus maju jaya.

Agaknya inilah rezeki yang orang selalu sebut, rezeki belanja untuk isteri. Dalam rezeki suami, terselit rezeki isteri.

Bahkan mungkin berkat doa anak anak yang memohon penuh tulus agar Tuhan buka jalan rezeki untuk ayahnya semata mata mereka hendak tidur hotel dan mandi kolam seperti keluarga lain.

Dan tanggal Disember 2018, setelah gigih menyimpan, akhirnya buat pertama kali aku mampu bawa anak isteri, mak mertua dan adik adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah.

Kawan kawan…

Jika hari ini kalian belum berjaya, jika hari ini kalian belum mampu, jangan pernah menyerah kalah.

Terus usaha dan usaha sahaja. Terus yakin dengan doa dan sedekah. Dua senjata ajaib yang tak mampu mana mana saintis di dunia rungkai kesannya.

Aku menulis hari ini bukan untuk menunjuk nunjuk. Jauh sekali nak bercerita aku dah berjaya, kaya dan seumpamanya.

Sehingga hari ini aku masih gigih berusaha untuk mengubah nasib diri. Sehingga hari ini aku masih banyak menahan diri dan menyimpan untuk masa depan.

Aku belum berjaya. Tapi aku sedang berusaha ke itu. Aku tak pernah berhenti walau sekali. Aku masih gigih dan berjuang, bukan goyang kaki bersenang lenang.

Semoga sedikit perkongsian ini membuka mata dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengambil ‘isi’ di dalam tulisan ini.

Aku doakan kalian semua akan berjaya dan terus maju jaya. Doakan aku juga ya.

Ingatlah firman Allah,

“Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya”.

Hidup ini keras dan memeritkan bagi sebahagian kita. Jangan mengalah, sentiasa bangkit setiap kali jatuh, jangan lupa sedekah dan doa, pasti akan ada jalan terbuka luas terbentang di depan sana.

Ribut yang paling dahsyat pun pasti akan berhenti. Dan sebaik ia berhenti, muncullah pelangi. Begitu juga ujian hidup ini.

Terus kental bertahan. Bahagia dan kejayaan sudah menghampirimu. Yakinlah!

#MFS

– Sesudah ribut, hadirnya limpahan kasih Tuhan

Reaksi warganet

Delaila Ali –
Cikgu, kami masih belum merasa masuk kedai emas kecuali nak kawin 18 tahun dulu. Itupun takde dah, tergadai. Tapi Alhamdulillah, suami kami baik, anak anak kami baik baik.

Kami makan pakai apa yang ada, suami kami rajin usaha untuk kami sekeluarga. Doakan mudah mudahan kami sekeluarga juga bertambah rezeki dan aman sejahtera hingga ke akhirnya ya.

Atikah Mohamad –
Penulisan dia walaupun panjang berjela. Tapi aku tetap baca smpai habis. Walaupun aku jenis orang yang tak suka baca benda panjang2. Maybe sebab penulisan dia jelas, tiada ayat yang susah nk faham, ringkas dan padat. Ye la, penulisan seorang guru barangkali. Btw penyampaian mesej memang terbaik.

Siti Benazair –
Bgus lah jadi suami yang baik, ada juga suami yang tak bagi nafkah untuk isteri dia. Barang keperluan, kegunaan harian, pencuci semua ada isteri beli sendri. Dari situ nak suruh isteri hormat suami lupakan ja lah. Tanggungjawab pun tak jalankan, nak suruh orang hormat plak. Ada juga lelaki macam tu zaman sekarang, takdir.

Paklong Izam –
Suami yang terbaik adalah seorg suami yang mampu berusaha untuk memberikan apa sahaja yang isterinya mahukan…

Dan isteri yang terbaik pula adalah seorg isteri yang tidak akan meminta minta dari suaminya.

Salma Ali –
Tak pernah jugaklah dapat emas dari duit suami. Faham dan tahu setakat mana gaji yang dia ada. Kita wife yang bekerjaya saling topup apa yang kurang. Tak kesah pun tak dapat.

Tapi duit sendiri, kadang kadang tu rewardkan jugak untuk diri sendiri. Hahaha. Lantak pi lah, asalkan tiap bulan dengan gaji sendiri ada reward diri sendiri, walaupun tak dapat duit dari suami.

Suhaili Abu Kassim –
Ya, itulah perkara yang diidamkan oleh semua pasangan yang bersetuju untuk mengikat satu perhubungan perkahwinan.

Sekiranya harta kekayaan yg diutamakan pasti bukan suami yang biasa biasa dipilih. Suami yang sedia maklum tiada harta kekayaan dari awal lagi.

Tetapi sesebuah perkahwinan dibina atas suatu ikatan kepercayaan, kejujuran dan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dalam membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Bak kata,

“suami yang mencorak isterinya dan isteri adalah hasil daripada sikap suaminya” sabda Rasullah s.a.w…”sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya…..”

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Moga menjadi teladan buat kita semua

Continue Reading

Keluarga

Terkejvt student sendiri check in dgn lelaki aku. Bila tanya tak ngaku. Aku panggil plajar ni jumpa aku

Published

on

By

Aku wanita bekerjaya, pensyarah di sebuah kolej swasta. Sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Alhamdulilah. Suami pun seorang yang berkerjaya sebagai engineer di syarikat konsultan.

It was a perfect marriage. 7 years of ups and down. Dari gaji sekadar cukup sehinggalah mampu untuk memiliki rumah sendiri, percutian dengan anak anak dan semua yang dihajati. Alhamdulillah.

Suami yang penyayang, yang melengkapi segala keperluan zahir dan batin. Ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa melaksanakan kerja kerja rumah bersama.

Namun, naluri isteri memang adalah kurniaan Allah yang ajaib.

Wahai suami, bila mana kamu rasa kamu mampu, kewangan stabil, jangan pernah rasa hebat sendiri kerana itu semua adalah dari berkat doa isteri dan rezeki anak.

Allahu.. terasa dunia gelap, seluruh badan mengigil. Nama yang terpampang adalah nama yang aku jumpa setiap hari dalam kelas. Yang aku percaya sangat naif dan tidak pernah terlintas dalam fikiran selama ini, anak murid ku sendiri sanggup mengkhianati gurunya sendiri.

Ujian apakah ini Ya Allah. Aku tidak sekuat ini. Namun aku berterima kasih Allah, engkau tunjukkan tanpa perlu aku mencari. Jangan ditanya macam mana mereka berkenal. Aku syak mungkin ketika pelajar ku menghadiri open house dirumah ku, atau pun di media sosial. Aku tidak mahu tahu.

Aku cuba untuk bertenang. Namun air mata aku tidak berhenti mengalir. Mengapa kamu, suami yang begitu baik, dan anak murid yang aku selalu bimbing, yang setiap hari datang ke meja ku, sanggup mengkhianatiku seolah aku ini bdoh dan tunggul??

Aku rasa seperti mahu berlari meninggalkan semua. Tapi aku perlu tenang. Aku perlu kawal em0si.

Setelah puas merintih menangis dengan soalan yang bertalu talu kepada suami, aku akhirnya diam. Permintaan ku pada suami, agar merahsiakan perkara ini dari anak murid ini.

My first question,

“How long you have been with my husband?”.

Dia tunduk dan nangis. Dan memejam mata. Dia jawab, dia pun tidak sangka jadi seperti ini. Well, you know, we are teachers and we are trained to ask questions.

My second questions,

“Tell me, how many times did you two checked in together? My husband told me everything. Everything”.

I did not expect this will come out from my mouth. It just came out. Allah is great. Guess what? S tunduk dan menangis, dan mengiyakan semua.

Aku rasa seperti nak mati. Muka dua anak aku terbayang bayang di kepala. Aku mula membayangkan aku terpaksa membesarkan mereka sendiri. Maafkan mama sayang. Pengkhianatan ini terlalu berat untuk mama.

Namun, hati isteri hanya hamba yang lemah, parut dan kesan akan kekal sampai bila bila. the saddest thing about betrayal, it’s never comes from your enemies.

Doakan aku kuat. Aku masih keliru. Aku memikirkan tentang anak anak. Aku tidak mahu mereka membesar tanpa ayah. Ayah yang sungguh rapat dengan anak dan penyayang. Tapi aku? Dengan semua perasaan yang ada, marah, keliru, tidak percaya…

Di setiap doa ku, aku tidak berhenti untuk meminta petunjuk, aku serahkan segalanya kepada Allah.

Kepada isteri yang pernah menghadapi ini, aku doakan semoga kita semua diberikan kekuatan.

Doakan aku. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku dan anak anak, sehingga akhir PKP ogos ini. Wassalam…

Sumber : kuasavlral

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!