Semasa

Mahathir akan mengadap Agong lagi sekali untuk jadi PM 9?

Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.

Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.
“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.Perkara yang sama turut dibangkit oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.

Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat.

Untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”

Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.

“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.

Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS. – SuaraTV
Sumber : blog Cinca

Sokongan cukup untuk jatuhkan Muhyiddin sudah diperoleh, kata Tun M

Sebagaimana yang telah diketahui umum, Muhyiddin Yassin hanya mempunyai sokongan sebanyak 113 daripada 222 Ahli Parlimen pada pembukaan Sidang Parlimen 18 Mei lalu.

Bermakna, kelebihan yang ada pada Muhyiddin hanya dua undi saja.

Ini adalah kedudukan majoriti paling kecil dan paling lekeh pernah dikecap oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Lebih daripada itu, kelebihan hanya dua majoriti itu pula diraih setelah Muhyiddin melambakkan jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC dan duta bertaraf menteri kepada Ahli-Ahli Parlimen blok penyokong kerajaan.

Jika diadakan undian pada hari tersebut, termasuk kemungkinan ada daripada pihak PN yang memberi sokongan dalam diam kepada pembangkang, adalah tidak mustahil Muhyiddin akan kecundang dibuatnya.

Tetapi, disebabkan Sidang Parlimen 18 Mei itu hanya terhad kepada titah perasmian Yang Dipertuan Agong semata-mata, maka terselamatlah Muhyiddin daripada dijatuhkan.

Dalam kenyataan kemudiannya susulan Sidang Parlimen yang pelik itu, Tun Mahathir Mohamad berkata, jika Muhyiddin terus mengelak-ngelak daripada membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan,

pihak pembangkang akan sentiasa menguji kedudukan kerajaan dengan menolak kelulusan sebarang usul dan rang undang-undang yang mahu dibawa ke Parlimen.

“Pembangkang tidak akan berputus asa daripada berusaha untuk terus menumbangkan Muhyiddin,” tegas Tun Mahathir.

“We have the number, we will see in next Parlimentary Sitting (July)“, tambah Tun M.

Seterusnya, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula berkata, hampir mustahil untuk kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin ini mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang.

“Jika mereka yakin ada sokongan majoriti, mereka akan mengadakan Sidang Parlimen seperti lazimnya.
“Tetapi mereka tidak berbuat demikian dan ini membuktikan mereka sangat takut usul undi tidak percaya akan berjaya,” tambah Anwar lagi.

Kenapakah kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar dilihat mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjatuhkan Muhyiddin?

Keyakinan kedua-duanya itu tidak lain adalah disebabkan sokongan mencukupi untuk menjatuhkan Muhyiddin sebenarnya sudah pun diperolehi sekarang ini

Selain blok pembangkang yang sudah ada 113 undi, beberapa undi lagi adalah diperolehi daripada blok kerajaan yang selama ini dilihat memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Melalui kerjasama semula antara Tun Mahathir dengan Anwar dan PH, mereka sudah pun menggembleng kekuatan untuk memastikan kejayaan benar-benar dapat diperolehi.

Kebersamaan mereka ialah untuk memastikan kuasa dapat dikembalikan semula kepada PH sebagaimana mandat yang telah diberi rakyat pada PRU14 lalu.

Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa,

seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.

Sumber : malaysiapolitik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *