“Macam mana…. kalau awak tak beri kerjasama” Watie

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Watie, 35, dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut.

Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita.

 

“Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak… biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja.

“Matin kenapa awak nak merajuk… Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk,” katanya.

 

Dalam rakaman itu, Watie dilihat terus memujuk Matin dengan menyanyi bersama.

Namun, anak lelaki penyampai radio berkenaan masih lagi menangis menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Janganlah menangis… Dia merajuk sekarang. Mummy menyanyi dengan awak pula.

“Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama,” pujuk Watie.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih seorang insan bernama ibu.

“Alhamdulillah, anak-anak Allahyarham sudah mendapat semula tempat bermanja dan kasih sayang seorang ibu… Terima kasih dan tahniah buat Watie.

“Pasti Shuib sangat lega bila sudah ada ibu baharu untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi insyaAllah kasih sayang yang Watie beri tak berbelah bahagi.

watie1 - 1

“Dia (Matin) cemburu. Ala comelnya… seronok sangat tengok anak-anak gembira dapat kasih sayang mummy,” tulis netizen.

Sebelum itu, Watie berkongsi rakaman video dia bersama Talita sedang berada dalam kereta menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian ST12.

Selepas menyanyi bersama, Watie memeluk dan mencium kanak-kanak perempuan itu.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *