Penyanyi terkenal, Ziana Zain mendedahkan dia mengalami masalah gastrik dan dia mula sedar akan gangguan berkenaan sejak 2018 lalu. Menurut Ziana, dia sebelum ini pernah membuat pemeriksaan jantung susulan situasi yang berlaku.
Lalu, Ziana mengharapkan yang terbaik selepas melakukan pertemuan kali kedua dengan pakar perunding operasi dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher berhubung gastik yang dialami.

“Alhamdulillah dipertemukan dengan dr.mustafamt. Actually ini kali kedua berjumpa dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rase ade sesuatu yg tak kena dengan diri ini.
Perut cepat rase tak selesa, angin dalam badan yg menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan jantung.
Semua ini banyak menganggu urusan harian dan kerja. Setelah membuat beberapa pemeriksaan rupanya ada masalah gastrik. Hopefully dengan awatan yang diberikan oleh dr.mustafamt kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah.
InsyaAllah. Doakan moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tulisnya pada satu hantaran di Instgaram. Pada ruangan komen, para peminat menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi Puncak Kasih ini, semoga terus diberikan kesihatan berpanjangan.
Sumber : Media Hiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.