Connect with us

Keluarga

Lps Mlm Pertama, Hairan Istri Tdo Atas Kerusi, Mengejvtkan Suaml Jumpa Barang PeIik Dlm Almari Yg Membuatkan Dia Terdudk

Published

on

Gambar Hiasan..Aku tergerak hati nak tulis since baca ‘Abang makenik’. Kalau yg tulis tu bini dia, kali ni yg tulis lelaki. A.k.a suami.

Opss bukan suami akak tu. Sebelum tu, thanks laa kt page iium ni. Aku tergerak nk tulis pun sebab xtau nak luahkan mcmne.

Aku dah kawin. Usia perkahwinan aku nak dekat 8 tahun dah. Dr tiada apa2 sampaikan dah kaya raya.

(Bukan nak riak tp aku nak ajak korang selami kehidupan aku kejap supaya korang boleh feel sikit story ni)

Kau selalu tgk drama? Yee mmg aku ni menyampah nak mammmmm tgk drama pukul 7 tu.

Entah terapa2 jee. Syukurlah bini aku ni pun tak pernah melayan cite2 sampah mcm tu.

Sebelum kawin, aku zero. Takde pape. Aku kawin atas dasar pilihan keluarga. Bini aku, aku tak pernah jumpa. Mak dia penah bg gambar , tp gambar sekolah.

Kau faham2 jela perempuan time sekolah mcm mana. Waktu nak merisik2 tu, mak bini aku tak pernah bagitau apa special nya anak dia.

Sume biasa2 jela. Aku ingat lagi ayat mak bini aku a.k.a mak mertua aku.

“Anak makcik tak special pun. Tak pandai masak. Bangun pun lambat. Kemas rumah pun jarang.

Solat? Hmm tu pun ada lompong2. Kalau Syuk (bukan nama sebenar) boleh bimbing dan asuh dia, Inshaa-Allah lama2 cantik la tu perangai dia. Yelaa anak makcik rupa pun biasa2 je.”

Dalam hati aku, “mak aku ni pun satu. Dia kata budak ni special. Ape hebatnya kalau mak dia dah buat pengakuan gini? Arghh!

Aku pun solat tunggang langgang, rumah pun selama ni mak aku yg kemaskan. Ni kalau dua2 pengotor, mcm mana?!”

Tapi mak aku setuju. Dia sudi bermenantukan ‘menantu pengotor dan buruk perangai” tu.

Aku terima jela sebab aku pun bukan hensem sangat pun. Kalau nak dibandingkan dgn Aeron Aziz, aku kurang tang badan je. (Kah kah kah.)

So sepanjang preparation perkahwinan, dia tak pernah keluar . Tak pernah laa aku tgk.

Tp mak dia ckp, semua dia dah bagi duit. Cuma dia sibuk je dgn urusan luar. Taktau lee kerja apa minah ni sampai sibuk kalahkan PM.

Aku malas nak tanya walaupun geram pun ada.

Waktu nikah tu, dia datang lambat! teruk. Berpeluh aku tunggu kot2 dia cancel last minute ke or lari rumah ke. So bilaa dia datangg dgn berpakaian pengantin putih……

Perhhh…! Bini aku woiii. Cun terukkk. Padahal takde mak andam. Dia balik2 terus salin and pakai lipstick cair je aku tgk tp dah berjaya goda aku. He he heee.

Aku tgk tangan dia mengeletar. Dia tak angkat muka pun. Dia tunduk je. Salam pun segan2. Oh lupa.

Majlis kitorang kecik je sebab tu request bini aku. Dia taknak besar2. So mmg simple. Malam pertama, ehem2. Jangan salah sangka.

Aku just nk story benda pelik pasal bini aku je. Dah masa pg td dia dah dtg lambat bagai sebab buat kerja ape ntah kt luar.

So mlm tu, dia tido awl. Kau nak tau dia tido mana? Kat sofa bilik je. Bukan atas katil.

Aku mula la rasa kesian. Aku nak kejut dia suh bangun tido kt katil. Tapi sebelum tu aku usha2 muka dia dulu.

Cun jugak bini aku woii. Kalah nora danish ke, cat farish ke, varnish ke, bini aku mmg cun terukkkk!

Arggh tak dapat ku ucapkan dgn kata2 nak puji bini aku ni.

So tgh aku tenung2 tu, entah mcm mana dia tersedar terus melompat and menjerit. Dgn aku2 terlompat sampai terhantuk kepala aku.

Dah kenapa?? Rupanya dia terkejut tgk aku. Dia lupa dia dah kawin. Sabar jelaa aku.Mak pak aku sume dah ketuk2 bilik sebab ingat aku buat apa ntah gan menantu kesayangan dia ni.

Malu aku malam tu kena sindir. So aku malas nak cite banyak2 pasal ni. Aku cuba skip sebanyak mungkin. Tp klau panjang jugak, sorry la wehh.

Sejak dah kawin, rezeki aku murah. Aku keje biasa2 kt tgh2 panas terik, skg alhamdulillah aku dah keje dlm opis.

Aku pun pelik, kelulusan aku biasa je. Aku xde lak mohon keje ni tp tiba2 dpt interview.

And interview aku pun hancusss ke laut tp boleh dpt keje? Ahh rezeki lepas kawin kott…

So sejak keje opis, aku xpandai sangat guna komputer. Stiap kali aku kene tegur dgn bos sb ayat aku ni banyak tertukar jd bahasa komputer la ape la.

Aku mana tau nak setting bagai haram jadah tu. So satu hari tu aku kene handle projek.

Pelik takk? Aku kuli je tp dlm tempoh singkat je aku sikit2 naik pangkat. Tapi serius keja aku mcm taikk laa. Aku stress betul guna komputer!

Tp bini aku tgk je aku buat. Dia bg smngt sikit2.

Esok tu ada presentation. Satu haram jadah aku tak prepare pape sb aku geram tak reti guna slide show powerpointer jadah ape aku taktau laa!

Esoknya aku kelam kabut nak gi keje. Bini aku ni jenis cool. Semua barang2 aku dia dah sediakan.

Pakaian dah iron, kasut polish, tie sume padan laa dgn warna baju. Pelik kan?

Mak dia kata anak dia tak reti fesyen2 tp semua deco rumah dia yg uruskan, pakaian aku dia yg padankan tapi mmg serius segak ar kontra warna dia semua.

Sampaikan jujur aku ckp, ramai budak2 ofis ada yg mengatal kt aku.

Jadi dia bg laa aku bag laptop. Aku malas nk bawak sb tak siap kot. Dia cuma kata baca doa “Lau anzal na” utk lembutkan hati bos.

Dia banyak ajar aku bab doa2 hafalan. Mak dia kata dia solat pun lompong2? Tapi setiap kali solat, dia yg bentangkan sejadah ?

Dia mengaji sementara tunggu waktu. Ahh aku makin tak boleh hadam ayat mak dia dgn realiti depan mata aku ni!!

Waktu aku nk hadap bos aku, aku baca doa yg bini aku ajar. Aku on je laptop aku tgk keje2 aku siap!

Siap weh! Siapa yg habiskan?! Rumah aku ada jin keeee? So presentation aku dpt pujian.

Dan aku terus dinaikkan pangkat lagi sb projek aku berjaya.

Setiap kali aku cite kt bini aku, dia senyum je. Tapi waktu aku susah dlu, time aku takde duit, bini aku selalu hulur. Pelik aku. Dia mana keje.

Mak dia ckp dia dulu belajar pun hancuss. lama2 aku rasa aku nak siasat sendiri siapa bini aku sb mak dia ckp semua mcm bertentangan.

Satu hari tu aku selongkar bilik. Bini aku kat bawah tgh masak. Pasal masak kau takyah cakap.

Kemainn la sedapp! Aku bukan nk puji tp dah mak dia ckp dia xreti serba serbi, so bila kau yg kawin, kau tgk semua nye tip top, so sape yg problem sebenarnya?

Aku selongkar semua laci2 dia. And kau tau aku jumpa apa? Fail! Fail sijil2 bini aku.

Terbuntang bijik mata aku. UPSR 5A, PMR 8A, SPM 11A1. Kau rasa? Belum lg tgk sijil2 dia kat U. Bini aku ni sape sebenarnya ni?!

So pagi2 aku start keluar keje mcm biasa. Tp sebenarnya aku tak pegi sebab nak skodeng bini aku.

Sb aku dah rasa musykil dgn bini aku sb kadang2 dia cakap fon kt rumah tp bila aku dtg, dia padamkan. Yeee mmg mcm drama tp tulaa yg aku hadap.

Puas jugak aku tunggu. Takde pape pun. Aku dah mcm nak give up.

Tp bila aku baru nak gerak, aku nampak kete mewah stop depan rumah aku. Aku dah panas. Tp nasib baik yg keluar dr kete tu perempuan.

Aku tgk tangan2 dia penuh fail. Dia bagi fail and bini aku belek2 pastu aku nampak mcm dia tulis or sign kot. Pastu perempuan tu blah.

Betambah2 stress aku! Fail ape pulak tu! Sape perempuan tadi tu?!

Aku pegi ofis mmg takde mood . Habis semua aku tak kena kat mata aku. Aku tak kira! Aku nak cari sampai dpt sape bini aku tu.

Balik je aku buat2 taktau. Aku tak bercakap kat bini aku tp harini dia lain. Dia happy semacam. Tp bila aku buat cmtu, dia diam je.

Sepanjang aku kawin, belum penah lg dia bergedik2 mcm perempuan dlm drama tu yg syak wasangka kt suami kalau balik lambat ke ape ke, dia cool je.

Dia buatkan air and offer nak urut aku. Tapi aku tak boleh control diri. Aku tercampak cawan kt tangan dia. Bukan dia je terkejut, aku pun terkejut!

Aku tak sengaja. Aku nampak dia terkaku tp aku buat2 masuk toilet nak pegi mandi.

Arghh aku tak boleh tahan! Aku kena tanya! Keluar je toilet,aku nampak dia dh landing atas katil senyum2.

Aku tak kuasa dah ! Aku tarik tangan dia suh mengaku! Dia siapa sebenarnya! Aku tanya mcm2 soalan sampai dia tercengang2.

Belum sempat dia bukak mulut,aku tertampar kuat muka dia. Sumpah aku betul2 tak boleh kawal diri. Otak aku serabut pikir dia tu siapa!

Mmg kuat ar aku tampar! Kau faham2 jela kalau laki tgh mrh kalau dia tampar mcm mana. Merah pipi bini aku.

Bini aku dah la putih mmg merah muka dia. Dia jatuh mcm dlm drama tv tu. Menahan sakit tp sikit pun dia tak bersuara mcm dia tau salah dia.

Tp aku tgk baju putih tido dia tu keluar cairan warna merah. Kenapa pulak aku tampar atas, bawah yg keluar cairan merah??!

Aku lagi stress. Stress cmpur serba salah. Aku terus angkat dia bawak pegi hospital. Rupanya bini aku mengandung! Patut dia happy!

Tapi aku bercampur baur! Aku taktau nak rasa gembira atau sedih atas kehilangan anak pertama aku sebab aku!

Sumpah aku taktau bini aku mengandung!

Tp spnjng aku jaga bini aku, dia sikit tak marah aku. Aku kelu nak tanya benda2 kt otak aku tu. Aku ingat lg ayat dia. “Bukan salah abg.

Kalau Allah tak izinkan, anak kita still hidup kan? So semua yg berlaku atas izin Allah. Bukan salah sesiapa. Semua berlaku ada sebab dan hikmahnya. ”

Maaf aku tak dapat nk taip panjang2 sebab terkenang kes dulu. Aku sedih sangat2 bila nak cakap pasal ni .

Bila orang tanya, “knp bini kau masuk hospital? Knp anak kau dh tk ada? Knp muka pipi kau nampak lebam?”

Kalau aku dah ok, aku cuba sambung cerita siapa sebenarnya bini aku tu. Tapi kalau korang nak marahkan aku, dipersilakan.

Aku btl2 menyesal dgn apa yg aku buat kat bini aku. Inshaa-Allah ada masa lagi aku share.

Ni aku sudi taip pun sb tiba2 teringat perbuatan aku tu. Sorry sb ayat aku terabur. Aku punya bm bukan A pun.

Kalau bini aku terbaca ke, abang mintak maaf atas segala perbuatan abang. Bukan niat abang nak lukakan hati sayang.

Abang cuma terkilan kenapa sayang sembunyikan siapa diri sayang sebenarnya…Aku pendekkan cerita. Mmg aku tulis tajuk tu mcm soalan.

Sb aku tertanya2 sape bini aku. Biar kau rasa mcm mana aku rasa bila otak aku serabut syak wasangka kt bini aku. Kau tak pelik ke?

Mak dia ckp semua negatif pasal dia tp bila aku kawin dia mcm “sempurna” depan aku. Drpd aku takde pape sampai aku dah berduit. Mcm mudah teruk! Aku punya kelulusan teruk wehh.

Mcm mana aku boleh dpt keje gitu je dlm opis. Pastu naik pangkat satu2. Pastu bini lak buat aku lagi serabut.

Mmg 8thn aku dah kawin. Sampai laa ni aku taktau dia siapa sb aku tak berani nak tanya sejak aku tampar dia.

Kau faham tak? Mmg otak aku pun dah tercalit mcm otak perempuan2 yg layan cite tv3 tu. Bini aku ceo ke? Dia kaya raya ke? Eh laki, kalau kau kat tmpt aku, apa kau fikir?

Aku fikir lain jer. Aku fikir dia ada laki lain ke time tgk dia pegang fon gayut2 pastu bila aku dtg dia padamkan.

Sebab tu tajuk aku bersoalan. Kot2 aku luahkan ni, korang sudi bantu aku. Tp hampehhh. Haree jadahh. Aku menyesal dgn perbuatan aku.

Tp pd masa yg sama, aku sedih bini aku masih buat2 xtau. Kalau dia lebih hebat dr aku, mengaku je. Tak perlu la diam kaku nak menangkan aku dlm keluarga.

Aku tau aku belajar tak tingi tp kalau da rezeki dgn bini pandai nk buat cmne.

Alhamdulillah 8thn perkahwinan aku bertahan walaupun mcm2 setan jin dan kwn2 opis hasut aku.

Tp skg aku x kemaruk sgt dh nak tau sape bini aku sb bg aku dia baik dan jaga aku dan anak2(aku dah ada 3 anak. Cukup la kot buat masa ni)

Bini aku la perempuan terbaik dlm hidup aku. Makan minum pakaian aku mmg dia jaga baik.

Tujuan aku cerita, bukan niat nak burukkan bini aku.

Niat aku, siapa pun bini kau, cuba la terima seadanya wlaupun setan jin sume hasut ko nak lepaskan bini la kasar dgn bini la sb soalan ko xtrjwb.

tp sungguh, tula tamparan awl dn akhir aku spnjg 8thn ni. Xberni aku nk naik tgn dgn dia.

Rumah -kemas. Baju-ari2 bercuci. Makan -ari2 masak sedap. Pakaian-sentiasa berlipat dan iron.

Lain2-semua tip top. Apa lg aku nak setakat jwpan siapa dia sebenarnya? Aku cite sb aku nk laki2 sana xjd mcm aku. Yg xtau hargai wanita dpn mata aku ni.

Yg xtau bersyukur dan brterima kasih. Yg trlalu ikutkan hti aku smpaikan aku lukakan hti org yg dah jaga dan penuhi segala kemahuan aku.

Dia letih tp xpnh ckp. Dia nk baju cntik2 tp xpnh mntk. Dia nk mkn sdp2 kt luar,tp xpnh paksa aku sb aku xbrduit dulu! Aku xmampu mewahkan dia.

Tp bila setan dh kuasai aku, aku rasa aku xguna sb rasakan dia lg hbt dn penuhkan segala kekurangan aku. Bukan aku!

A’ah! Aku nak wanita solehah. Aku nk perempuan cntik. Aku nk yg pndai masak. Semua yg baik2 aku nk tp aku xubah diri aku.

Bila dh dpt, aku buat dia mcmtu. Aku mnyesl tau x?! Biarlah org nk ckp ape sb aku mmg xpnh cite mslh umah tga aku sb mmg org akn gelak.

Aku tau tp xpe. Kalau btl bini aku ada smbunyikn ssuatu, suatu ari nti psti trbongkr. Cuma aku jela kena brsyukur skurg2nya dia xpnh abaikan aku dn ank2.

So siapa pun bini aku, aku dh bljr trime dia seadanya.wlaupun 1 ari nti perit utk aku terima, doakan aku sbr dn xbaran mcm dulu. Sori sb buat korg stress cite aku.

Klu ko rasa best sgt life mcmni, aku doakan korg dpt la jumpa bini or somi yg misteri smcm.

As long dia xbuat prgai pelik,aku hrp korg still sbr dn hrungi kluarga brthn2 lma mcm aku ni..

Sumber ; IIUMC

Keluarga

Umur 21 Dah Kahwln, Giliran Madu Muda Pula Dedh Kisah Sebenar

Published

on

By

2, 3 hari ini kecoh di media sosial foto-foto pernik4han seorang lelaki yang dikenali sebagai Khubaib Ramli sambil diiringi isteri pertamanya, Puan Syiela. Posting berkenaan mendapat perhatian ramai kerana bukan senang untuk melihat seorang wanita membuka hati untuk menerima kehadiran insan baru bergelar m4du.

Giliran isteri ‘muda’ buka mulut, maafkan semua netizen yang pernah berkata bvruk

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, giliran Ain Soleh selaku isteri muda kepada lelaki tersebut, wanita itu akhirnya mengulas tentang perkahwinan viral tersebut. Selain memohon maaf tentang video TikTok yang turut tular, dia turut memaafkan semua netizen yang telah berkata bvruk tentangnya.

“Assalamualaikum, Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya, di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video tiktok saya yang mendapat kecaman ramai org.  Saya juga telah memaafkan semua kata² yg telah dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati 

Awalnya nak mencari kerja tapi tak sampai seminggu sudah dipinang jadi isteri muda Wanita yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut juga berkongsi kisahnya saat dipinang lelaki berkenaan. Menurutnya pada awal Februari lalu, dia telah menghadiri temuduga dan diterima bekerja di syarikat milik Khubaib. Tak sampai seminggu berkhidmat di tempat itu, dia telah dipelawa untuk diperisterikan sebagai isteri muda.

Begini ceritanya

1/2/2020 – saya pergi interview di syarikat suami saya. Petang tersebut saya mendapat tawaran utk bekerja disitu

2/2/2020- saya mula bekerja di syarikat suami saya.

6/2/2020- suami saya menyampaikan hasratnya/ melamar saya, dalam masa yg sama dia memberi tahu yang dia memang sedang mencari isteri lagi. Katanya isteri nya memberi kebenaran untuk tambah lagi. “beri saya masa utuk berfikir” itu shja balasan saya

Awalnya t0lak pelawaan, lama-lama terbuka hati

Nurul Ain pada mulanya ingin men0lak pelawaan tersebut dan berhenti kerja. Namun hari demi hari, hatinya makin terbuka untuk menerima lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga perlu seorang pemimpin untuk membimbingnya. Walaupun mendapat kec4man ramai, tapi dia lebih yakin pada j0doh pertemuan itu di tangan Allah.

“Hari bertambah hari. En suami teruskan usahanya untuk dapatkan saya. Pada awal² nya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut, saya ingin berhenti kerja..Tetapi hari semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. Dalam masa yg sama saya cuma berfikir,

“Saya sebagai seorang permpuan perlukan seorang pemimpin yg boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhirat la hujung kehidupan kita . Mak & ayah sangat support keputusan saya

“20/2/2020- saya menerima lamaran tersebut & en suami terus memberi tarikh² yang sesuai utk bertunang, Saya bertunang pada 15/3/2020

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Pada 20/9/2020. Saya telah sah menjadi isterinyaa. Saya yakin jodoh & pertemuan semuanya hak Allah

Madu Calon Ke 8

Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

“Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Sumber : Syiela Rashid / Ain Soleh / Kisah Dunia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Tak Sangka Itu Lambaian Terakhir. B4yi Mninggal Dvnia Di Rumah Pengasuh, Ibu Luah Rasa Sayu

Published

on

By

Rezeki, jodoh, aj4l dan m4ut sesungguhnya sudah ditetapkan Allah SWT.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah menerima ujian dengan hati yang ikhlas dan redha.

Seperti perkongsian wanita ini, anaknya yang baru berusia enam bulan mninggal dunia dipercayai tersed4k susu ketika berada di rumah pengasuh.

Wanita ini menceritakan kenangan terakhir bersama anak syurganya, Aleefa.

Puteri syurga, Aleefa

Assalamualaikum wbt

Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion, friendly).

Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al Quran “alif”. Dil4hirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh.

Kesakitan contr4ction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted.

Disebabkan dengupan jantvng baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12 tengah malam.

Dil4hirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sebab dah lama menahan sakit.

Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yang teramat sakit. Saat diberikan b4yi pada kali pertama,

hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.

Hari pertama dil4hirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning untuk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room.

Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu.

Bagusnya baby pandai sangat hisap tapi susu belum keluar sepenuhnya.

Dia bangun awal tapi duduk diam je

Malam pertama, nurse ambik semua baby untuk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya.

Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat.

Tapi kuatkan kudrat jugak. Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby hisap kerap tapi tetap tak ada.

Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse untuk topup susu formula.

Sebab susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba-tiba naik mendadak.

Hari ketiga sebelum subuh baby dia diam je walaupun mata besar sangat.

Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.

Aleefa anak yang paling mudah jaga. Men4ngis pun jarang dan tak kuat.

Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yang manis.

Tidur malam lena tanpa jaga (kadang-kadang je bangun sekali dua nak susu).

Dia dah mula merangkak dua tiga tapak. Pada pagi akhir, dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia.

Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala.

T4kut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia.

Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa.

Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.

Sempat pandang, senyum pada ibu

Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi. Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya.

Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir. Anak saya mninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 Jumaat jam 2.15 petang mengikut masa tiba di h0spital namun

atas kertas siasat doktor tertulis anak telah mninggal di rumah pengasuh. Setakat apa yang kami tahu anak mninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh.

Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.

Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak.

Kami terima ujian ini dengan hati yang redha dan ikhlaskan semua ini. Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang-timang berebut timang dengan Wan Saad, Embang Lanang,

Embah Wedok dan daddy Nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.

Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan meng4ndungkan kamu, mel4hirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.

“Isteri yang kemat1an suami dipanggil balu, anak yang kemat1an ibu bapanya dipanggil anak y4tim pi4tu,

ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu p3rit”. Salah satu dialog drama Black versi Korea.

Jas4dmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020.
Aleefa Mohamad Afnan

Sumber : Noraziah Ramli / Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Kebahagian Aku Diragut Permpuan Muda, Terkejut aku Tgk Prmpuan tu mcm Buncit, Rupanya ini yg Berlaku

Published

on

By

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kisah sedikit panjang. Keseluruhan pembacaan 5min.

Saya wanita berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin lebih kurang lima tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya kahwin agak lewat.

Suami saya muda 3 tahun daripada saya. Kami tak bercinta sebelum kahwin.

Saya memilih dia kerana kesungguhan dia untuk memiliki saya selain daripada sebab-sebab wajib yang lain seperti solat, family dan pekerjaan tetap walau tahap SPM (dia ada degree).

Saya banyak buat hal sebenarnya sebelum kahwin. Yelah, sebab hati tak betul-betul suka kan. Salah sikit saja saya minta putus.

Dia buat saya terasa, saya terus bergegas nak balik, hingga dia kemalangan terlanggar lori lepas kami berjumpa.

Katanya (lepas tu) sebab dia tak boleh fokus memandu sebab risau saya marahkan dia.

Saya ignore semua message dia hingga dia terpaksa telefon ayah saya, bagitahu yang kami ada masalah.

Ayah saya yang pujuk saya, untuk terima dia semula sebab ayah saya kata dia macam nak menangis ketika cerita pasal saya tak hiraukan dia walaupun ketika dia sent gambar dia kemalangan.

Suami saya bukanlah citarasa saya dari segi fizikal. Badannya besar, tinggi. Selalu cakap nak diet, tapi susah sebab dia suka makan.

Kulit sawo matang, kulit biasa lelaki melayu tapi manis tu tetap ada. Suka pakai kain pelekat dan baju melayu ke mana-mana.

Sebab dressing dia macam orang tua, selalu orang sangka yang saya lebih muda daripada dia. Saya ceritakan semua ni ada sebabnya.

Dua tahun lepas, berlaku hal yang tak disangka dalam rumah tangga kami.

Ketika saya berada di rumah keluarga suami, ibu bapa mertua menyebut yang sebelum suami saya berkahwin dengan saya, suami pernah nak dijodohkan dengan anak sepupu suami.

Masa tu suami saya baru frust, kira dia setuju je. Lepas suami jumpa saya, dia berubah fikiran dan rancangan tu batal macam tu je.

Tapi selepas anak saudara mak mertua saya jatuh sakit (terminal illness), dia menuntut janji tu semula.

Katanya nak ada orang yang jaga anak dia lepas dia meninggal.

Perempuan tersebut, sepupu suami tu saya namakan dia Yuna. Yuna ni anak perempuan tunggal dan bongsu. 3 orang abang dia dah berkahwin dan duduk jauh.

Mak si Yuna dah meninggal lama juga, sejak Yuna sekolah rendah. Bapak Yuna ni anak saudara mak mertua saya.

Mertua saya ni anak bongsu. Anak saudara dia tu anak sulung kakak dia yang sulung.

Salasilah tu berbelit sikit tapi boleh dikatakan keluarga jauh juga.

Suami saya kata, sejak dah besar, diorang jarang jumpa. Kecil-kecil dulu selalu juga. Keluarga mertua tak paksa, lagi-lagi kalau saya tak boleh terima poligami.

Tapi mereka cadangkan kami sama-sama pergi negeri jiran untuk melawat bapak si Yuna yang sakit ni. 2 jam perjalanan je.

Waktu tu saya sebenarnya tak tahu nak rasa apa. Dalam hati saya, saya confident yang suami terlalu sayangkan saya dan anak2.

Dia tak kan buat apa-apa keputusan yang membelakangi saya.

Suami saya ni suka bergurau dan bercakap. Apa-apa yang jadi kat tempat kerja pun dia cerita. Nak buat apa-apa pun dia akan cakap.

So takkan keputusan sebesar ni dia nak buat sorang-sorang kan.

Dalam rumah tangga kami, saya yang selalu lebih matang daripada suami. Dia pun selalu cakap, dia banyak belajar daripada saya.

Masa jumpa keluarga si Yuna ni kali pertama, memang langsung takde sebut pasal kahwin.

Cuma saya perasan bapak Yuna ni macam hint sesuatu bila dia kata takut Yuna ni tinggal sorang-sorang lepas dia takde.

Yuna ni muka budak-budak dan badan dia kecil, nampak macam baru sekolah menengah padahal sedang belajar di IPT.

Tengok dia berborak dengan suami pun nampak macam abang adik. Takde gedik-gedik cover ayu semua tu.

Suami saya siap usik dia pasal boyfriend lagi. Dia panggil suami saya abang. Beza dorang dalam 9 tahun.

Panjang sangat nak cerita. Tapi cut the story short, lepas jumpa family Yuna, saya yang minta suami saya untuk terima Yuna.

Mungkin kerana saya kesian tengok ayah Yuna yang terlantar masa tu.

Saya takut kalau saya menghalang, apa-apa jadi nanti family suami akan blame saya.

Lagipun suami saya dah terlanjur berjanji kan. Dia mungkir pun sebab saya.

Selain daripada tu, jauh di sudut hati saya rasa suami saya dan Yuna memang tak ada apa-apa perasaan pun.

Yuna tu muda, lincah, pakaian trend ala-ala K-pop yang tutup aurat tu. Mesti dia nak lelaki yang sebaya. Yang handsome, ala-ala K-Pop ke. Bukan macam suami saya.

Med Soc pun tak ada, game tak main, shopping mall tak suka pergi. Kalau berjalan pun untuk cari tempat makan je biasanya.

Saya dapat rasa dia setuju pun untuk puaskan hati ayah dia je. Memang saya nampak Yuna ni manja sangat dengan ayah dia masa saya datang hari tu.

Masa akad nikah, saya ada di situ menyaksikan pernikahan mereka yang boleh tahan meriah.

Malam tu suami tidur di bilik dengan saya. Rumah family Yuna rumah kampung, ada banyak bilik. Saya diberi bilik sendiri untuk saya dan anak-anak.

Menurut suami, lepas ni tak akan ada apa yang berubah. Yuna tetap akan tinggal di rumah dengan ayah dia sebab dia masih belajar dan ayah dia sakit.

Dia ulang alik rumah ke IPT. Suami saya tetap akan tinggal dengan saya macam biasa.

Tiada giliran. Saya pernah dengar family suami sebut macam nikah gantung.

Kira suami tak wajib lagi bagi nafkah sebab masih tak tinggal bersama dan isteri tak wajib menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab masih belajar.

Di waktu cuti sekolah, kami sekeluarga termasuk anak-anak akan ke rumah family Yuna. Saya suka je balik sana sebab suasana kampung.

Anak-anak suka kejar ayam, kambing, panjat pokok. Kadang-kadang musim buah ayah Yuna akan telefon ajak makan buah.

Ada juga balik bila ada kenduri family belah suami. Saudara suami saya ni banyak yang duduk satu negeri dan dekat-dekat je.

Suami saya pun bila berborak dengan Yuna, tak pernah lagi diorang borak berdua. Mesti akan libatkan saya sekali walaupun saya lebih banyak mendengar je.

Suami saya dengan Yuna ni dua-dua jenis rajin bercakap, so kalau berborak tu kecoh rasanya. Yuna pun suka layan anak-anak saya.

Suka bawa berjalan, belikan macam–macam. Dalam fikiran saya, bermadu tu tak la seteruk mana.

Oh ya, selain family suami, takde orang lain yang tahu tentang perkahwinan baru suami ni.

Kalau saya balik rumah family Yuna, saya akan sebut balik kampung belah suami.

Mak ayah mertua saya duduk di bandar dan masih bekerja. Kalau balik kampung biasanya mereka akan balik ke rumah kakak sulung mak (kira nenek Yuna)

So sekarang rumah family Yuna yang dah jadi kampung baru suami saya. Dan Yuna pun bila suami ada dia akan pakai tudung, berlengan panjang macam ada orang asing dalam rumah.

Bila lepas solat sama-sama pun Yuna tak akan salam tangan suami saya.

Semua nampak ok sehinggalah ketika saya balik ke rumah family Yuna, saya perasan perubahan bentuk badan Yuna. Nampak lebih tembam.

Pakai baju pun yang kembang-kembang. Mulanya saya tak syak apa-apa hingga ketika saya nampak Yuna baring dalam bilik.

Anak saya buka pintu luas-luas sebab nak masuk masa tu. Ya, nampak bentuk perut Yuna. Kalau orang boncit pun, bila baring perut akan leper.

Tapi perut Yuna tak leper walau baby bump tu Nampak tak besar mana. Waktu tu saya dah syak dia mengandung.

Bodohnya saya ketika itu, seketika saya ingatkan yang Yuna tu mengandung anak luar nikah.

Saya seolah lupa yang Yuna adalah isteri suami saya yang sah. Saya tak tahu bila mereka bersama. Saya sangat pasti suami tak pernah balik ke sana sendiri tanpa saya.

Mungkin ketika tidur di bilik saya, malam-malam dia menyelinap masuk ke bilik Yuna. Dan Yuna membenarkannya.

Ketika ni saya tiba-tiba rasa sangat marah. Saya rasa diketepikan. Macam suami buat benda salah senyap-senyap belakang saya.

Ketika orang lain berada di luar rumah, saya menyelinap masuk ke bilik Yuna.

Saya jumpa buku pink. Tertera nama suami saya di situ. Yuna mengandung dah 29 minggu ketika tu.

Yelah, badan dia kecil kan, lagi kelahiran anak pertama, sebab tu tak ketara sangat.

Saya diamkan perkara ni. Saya nak tengok sampai bila suami saya nak berahsia.

Dan selepas itu, bermulalah ujian hidup berpoligami yang sebenar bagi saya. Suami masih lagi seperti dulu.

Dari zahirnya nampak tiada apa yang berubah. Masih lagi ringan tangan membantu saya di rumah, rajin melayan anak-anak. Masih lagi menjadi imam solat saya.

Tapi saya yang berubah. Saya tak boleh tengok dia pegang handphone di rumah, saya akan rasa seolah-olah dia sedang message dengan Yuna.

Tak boleh nampak dia senyum, saya akan terbayang seolah-olah dia sedang angau tentang Yuna.

Malah ketika bersama pun saya masih rasa dikhianati terbayang saat dia bersama dengan Yuna.

Ketika Yuna voicecall dengan anak-anak saya, saya rasa benci sangat tengok muka dia.

Saya anggap Yuna macam adik, tapi Yuna dah tikam saya daripada belakang. Entahlah.

Kami masing-masing tak pernah berbincang pasal ni. Mungkin hanya saya yang rasa mereka tak pernah ada perasaan.

Mungkin saya sendiri yang terlalu yakin dengan kasih sayang suami pada saya.

Setiap kali ketika nak pujuk saya, suami akan sebut macam mana susah dia nak dapatkan saya dulu.

Mungkin saya terlalu memandang rendah pada suami saya sehingga saya rasa tak mungkin ada perempuan lain yang nak kan suami saya.

Saya terlupa kuasa sweet talker seorang lelaki.

Saya pernah baca whatsApp suami dengan Yuna.

Ayat-ayat biasa je, macam ‘ayah panggil balik’ atau ‘minta doakan nak exam.’

Tapi di sebalik tu saya tak tahu la. Mungkin mereka prefer by call.

Mungkin suami saya dah padam msg2 sweet yg lain. Hati saya sakit sangat. Api cemburu dalam dada ni macam nak pecah dibuatnya.

Terbayang apa yang tak boleh dengan saya, mesti ok dengan Yuna. Contoh suami saya suka masuk racing amatur.

Sebelum kahwin dia aktif dengan group kereta. Tapi lepas kahwin, dia slowdown buat semua tu.

Saya memang tak menghalang, tapi tak juga menyokong. Kalau dia ajak ikut geng kereta dia, jarang saya nak ikut.

Saya jenis introvert. Dan sebab saya tak ikut dia tak akan pergi.

Dia selalu cakap dia tak boleh jauh dengan saya dan anak2.

Sama juga kadang2 bila ada cuti sehari je, suami suka ajak jalan tempat yang jauh2 untuk cari makan.

Saya malas nak jalan jauh2 semata-mata nak makan. Saya bukan suka makan tempat2 viral sangat ni sebab bagi saya selalunya hype je lebih.

Tapi Yuna muda, jenis extrovert, lincah. Mesti Yuna boleh ikut rentak dia.

Mungkin dia rasa dia boleh dapat penghormatan yang lebih sebagai seorang suami dengan Yuna yang lebih muda daripada dia berbanding saya.

Panjang sangat dah saya menulis ni. Tapi sebab saya malas nak sambung2 lagi, saya pendekkan je.

Sekarang Yuna sedang dalam pantang. Akhirnya suami dapat anak perempuan yang dia nak sangat.

Suami saya berterus terang yang Yuna mengandung bila dia nak balik negeri family Yuna sebab Yuna nak bersalin.

Waktu tu dia nampak kalut sangat kemas-kemas barang, so saya pun tak bertanya apa-apa.

Dia pun macam tak kesahkan perasaan saya masa tu, excited nak sambut baby baru agaknya. Sejak PKP ni, suami saya dah tak kerja. Retrenchment.

Dia kerja sendiri dengan kemahiran yang dia ada. Sekarang dia ada banyak masa lapang berbanding saya yang susah dapat cuti ni.

Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke rumah family Yuna walau tanpa saya.

Saya pernah ikut sekali je. Pertama kali saya rasa diketepikan bila suami saya dan Yuna sama-sama bercakap pasal anak mereka.

Dan pertama kali saya dan anak-anak tidur sendiri bila suami tidur di bilik Yuna. Saya cuba rasionalkan diri yang saya tak patut cemburu.

Yelah dulu waktu saya pantang, suami juga sanggup ulang alik rumah mak saya dan tempat kerja dia setiap hari.

Bukan dekat, lebih sejam sehala. Tapi sekarang dia jumpa baby baru dia hanya di hujung minggu je.

Tapi saya bukan robot. Perasaan cemburu yang datang bukan ada butang on off. Saya sendiri terseksa dengan rasa ni, tapi apa yang saya boleh buat?

Dulu saya selalu bayangkan, bila ayah Yuna meninggal, hubungan mereka akan berakhir.

Tapi kini nampaknya ayah Yuna makin sihat dan seronok dengan baby baru.

Suami saya pula tak mungkin akan membiarkan zuriatnya tak berbapa.

Saya bukan jahat sangat doakan orang cepat mati, tapi kalau tengok keadaan ayah dia masa saya melawat dulu, memang nampak macam tu.

Dulu Yuna umpama menumpang kasih, kini berkongsi.

Di masa akan datang? Mungkin saya yang akan undur diri.

Bukan mudah untuk saya membayangkan hidup tanpa suami sebab selama ni hidup saya segala-galanya berlegar tentang dia.

Anak2 pun rapat dengan dia. Tapi api cemburu ini makin hari makin memakan diri saya.

Terus terang saya katakan, dari segi nafkah, suami tak mampu berpoligami. Apatah lagi dengan pendapatannya yang tak tetap sekarang ni.

Sebelum ni saya tak kisah berkongsi perbelanjaan sebab saya tahu suami bukannya culas dengan sengaja.

Tapi buat masa sekarang, hati saya sakit bila saya yang perlu berbelanja itu ini. Saya jadi mengungkit dan berkira, tapi lebih banyak saya simpan sendiri.

Cuma kadang-kala saya menyindir yang ‘sekarang kena jimat’ or ‘duit saya cepat habis.’ Lama-lama hati saya yang parah dan saya jadi kurang layan suami.

Suami juga tidak lagi rajin bercerita macam dulu Mungkin semua cerita2 dia dah kongsi dengan Yuna.

Dia masih lagi menjawab bila saya bertanya. Masih lagi membantu saya dengan kerja rumah dan anak2, tapi entahlah. Segalanya rasa tak sama macam dulu.

Apa yang patut saya buat? Bagaimana nak didik hati untuk redha dengan semua ini?

Dan jika sampai bila2 saya masih tak dapat terima semua ni, apakah perlu saya berpisah dengan suami?

Atau saya yang perlu meminta Yuna undur diri.

Part ii Baca Sini KLIK SINI

Sumber : Aisyu (Bukan nama sebenar) / iium

Continue Reading

Trending