“Lelaki memang macam ni ek, dah tidur tiba tiba minta” Intan Najuwa luah permintaan suami tengah 12 malam

KEHIDUPAN alam perkahwinan pelakon Datin Intan Najuwa terus menarik perhatian peminat dan netizen di media sosial.

Terbaharu, gelagat Intan, 26, menyediakan makanan untuk suaminya semasa lewat malam sekali lagi menjadi bualan ramai.

Dalam rakaman video itu, Intan dilihat menyediakan masakan ayam kicap buat suami tercinta iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.

Meskipun sudah bersedia untuk tidur, namun dia tetap turun ke dapur bagi memenuhi keinginan suami.

“Lelaki memang macam ini ek, kita dah tepek topeng tidur dekat muka tiba-tiba minta ayam masak kicap pukul 12 malam,” luahnya.

@intannajuwaaaHmm lelaki mmg camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetibe dia request ayam masak kicap kul 12am ????????

♬ original sound – Intannajuwa

Menerusi video berkenaan, Intan sekali lagi mempamerkan kelincahannya menyiapkan lauk tersebut.

Lebih menarik perhatian apabila, Intan turut menghidangkan makanan tersebut selain menyediakan air minuman buat suaminya.

Video yang tidak sampai sehari dimuat naik itu meraih hampir 65,000 tanda suka dan lebih 700 komen ditinggalkan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman hampir sama dengan Intan apabila mengakui suami mereka sentiasa lapar apabila menjelang waktu malam.

Bukan itu sahaja Intan juga berbalas komen dengan peminatnya dan bertukar resepi.

“Bebel dekat kapsyen pun masih masak ayam kicap, kalau aku tak mi segera, telur.

“Orang lelaki memang tak tengok jam kalau minta makan. Tak apa Intan kita bagi suami kita gemuk.

“Orang lain pergi mamak tapi Intan masuk dapur. Suami dia tahu dia rajin masak,” antara komen netizen.

Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Asraf dengan sekali lafaz di satu majlis penuh meriah.

Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Sumber : r8v

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *