Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Adlin Aman Ramli mempersoalkan tentang gelaran ustaz yang dibawa oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Tido dalam sebuah sesi siaran langsung.
@malaysiakantoi Ustaz Tido menerima kecaman netizen. Pelakon Adlin Aman Ramli turut sekolahkan Ustaz Tido atas gelaran ‘ustaz’ yang dibawanya menjadi sangsi terhadap netizen hanya ingin membawa kepada keuntungan peribadi. #berita #news #trending #malaysiakantoi #kantoi #viral #masukberanda #fyp #fyp #terkini #masukberanda ♬ Oh No – Kreepa
Menerusi akaun @malaysiakantoi, pelakon berusia 51 tahun itu bertanyakan mengenai tahap pendidikan agama Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak kerana dipercayai aktifmenyampaikan motivasi di media sosial.
Walau bagaimanapun, beberapa individu mengatakan bahawa kedua-dua lelaki terbabit hanya berseloroh antara satu sama lain berdasarkan tontonan penuh siaran langsung berkenaan.
Sebelum ini, seorang individu bernama Aliff Ahmad membuat satu pendedahan mendakwa bahawa Ustaz Tido bukanlah seorang ustaz sebaliknya menggunakan gelaran berkenaan sebagai ‘marketing’ bagi tujuan tertentu.
Sumber: malaysiakantoi, Aliff Ahmad / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.