Figura bintang senior, Dian P.Ramlee sering kali dilihat menerusi drama-drama tempatan sejak sekian lama. Bagaimanapun tidak dinafikan, bintang yang satu ini jarang sekali berkongsi sisi peribadi, apatah lagi bercerita mengenai kisahnya sekelurga.
Dian dikatakan pernah dua kali bernikah selain dianggap janda gara-gara tidak berkongsi wajah suaminya, sedangkan rumahtangga yang dibina bersama Md Amanti Ahmad pada 28 September 1981 kekal utuh.
Menerusi entri yang dimuatnaik pelakon itu di Instagram miliknya, Dian tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 41 tahun lalu.
“Ni la suami mummy, dari dulu sampai la sekarang…the only one, masih lagi bersama.
“Kami berkenalan umur mummy 19 tahun. Umur mummy 20 tahun, kami bertunang.
”Mummy menikah 23 tahun pada 28 September 1981. Alhamdulillah, masih bersama hingga la hari ini,” tulis Dian.
Dian yang berusia 60 tahun menambah, meskipun dirinya seorang yang low profile dan tidak suka terlalu mendedhkan kehidupan peribadi, masih ada yang suka menimbulkan info yang salah.
“Mummy seorang yang k0nservatif, tak suka dengan g0sip dan publis1ti. Dalam macam tu pun orang bercerita, kononnya mummy ni kahwin dua kali atau pun janda sekarang ni.
“Padahal mummy masih lagi bersama suami. Nanti raya, mummy akan upload gambar terbaru keluarga,” tulisnya lagi.
Menceritakan pengalaman ketika g0sip tersebut sedang hang4t, Dian dan suami tidak mengambil peduli dan hidup seperti biasa.
“Malah, ketika di set dan mahu pulang, suami saya jemput dan kru menyangka itu suami baru saya. Saya bagitahu itu suami pertama dan terakhir! Hanya seorang suami saya!” tegasnya.
Menggelarkan dirinya sebagai ‘mummy’, Dian mengatakan suaminya tidak suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul di dada akhbar dan majalah.
“Namun, kami pernah muncul dalam iklan kicap bersama anak-anak kami,” katanya lagi.
Polisi kerja juga membataskan kemunculan suaminya untuk selalu menonjol dan terdedh di media massa. Malah, suaminya juga tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk terlibat dalam bidang seni.
Hasil perkahwinan mereka, Dian atau nama sebenarnya Salfarina Mum, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, Siti Arianti, dan Siti Adianti.
Dian P Ramlee memulakan karier dalam bidang seni sejak tahun 1977 dan pernah membintangi filem-filem tempatan seperti Kisah Seorang Biduan dan pelbagai lagi.
Legacy lakonan Arwah Tan Sri P.Ramlee
Kesemua mereka ni adalah kaitan dan saudara rapat kepada arwah Tan Sri P. Ramlee yg masih meneruskan legacy arwah dlm bidang lakonan dan bidang seni
Rusdi Ramli ni kita kenal dia anak kepada arwah Ramli Kecik dan Norlia Ghani. Arwah Ramli Kecik adalah kawan baik serta pembantu kepada Arwah P. Ramlee dulu. Manakala Norlia Ghani masa mula2 dia start berlakon time muda byk P. Ramlee ambil dia berlakon dlm film2 dia mostly jadi watak pembantu. Even nama Rusdi dipilih sbb based kepada watak P. Ramlee sendiri dlm film Dr Rusdi
Melissa Saila kita tahu dia mmg anak saudara pada Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma. Seperti pak cik dia, Melissa mmg antara pelakon prolific dan pengarah berkaliber di Malaysia
Dian P. Ramlee pula Walaupun dia anak angkat kepada arwah, dlm kalangan anak2 arwah dia je masih meneruskan legacy sebagai pelakon Najwa Nasir pula cucu P. Ramlee sendiri melalui anak beliau, arwah Nasir. Skrg ni Najwa byk terlibat dlm lakonan beberapa siri TV dan juga ada muncul dlm film
Sumber : r-pg
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.