Satu program realiti terkenal di Malaysia telah menjadi bualan netizen apabila Elly Mazlein atau dikenali sebagai Kak Lina telah mengundurkan diri dari menjadi pengacara program itu baru-baru ini.
Sejak kejadian tersebut, hangat dibicarakan di media sosial tentang alasan sebenar tentang sebab Kak Lina mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Seorang individu di aplikasi X semalam telah mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik satu kenyataan yang menyatakan Dato’ Ramli M.S ada berkata ‘sesuatu’ kepada Jihan dan Nabil.
Tok Ram ada sebut “Haa korang ni punca, semua rahsia dalam poket aku”. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang membuatkan Kak Lina tak continue jadi pengacara.
Bila td Tokram ada sebut dkt Nabil & Jihan , “… haa korang ni punca …… semua rahsia dlm poket aku” , i dapatkan rasakan ada something wrong yg buatkan Kak Lina Pompom tak continue jadi pengacara GV. Tp mmg malam ni lawak hambar dari Nabil & Jihan. Boring!#GegarVaganza2023 — wallawaniey (@wallawaniey) October 15, 2023
Berdasarkan apa yang ditulis, individu ini menduga Nabil dan Jihan adalah punca kenapa rakan pengacara mereka itu menarik diri walaupun apa yang diwar-warkan oleh Kak Lina adalah disebabkan hal peribadi.
Sebelum ni Kak Lina yang balance kan mereka berdua, tapi bila dua-dua host kaki mengutuk, memang tak boleh go dah.
twtSumber : Twitter
Melihat ke ruangan komen, rata-rata turut setuju bahawa ketiadaan Elly kali ini membuatkan program tersebut terasa sendu dan semakin tak relevan.
Ada yang sokong jika Kak Lina tidak sambung menjadi pengacara di atas pentas, ada juga yang rindu dengan lawak dan personalitinya. Walaubagaimanapun, itu telah menjadi keputusan dari pihak berkenaan dan Kak Lina sendiri.
Sumber : mykmu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.