Connect with us

Keluarga

Kess Hariz plg jarang HKL terima. Berlari ank kami kejar katilnya sambil memanggil. Lps 2 bln, kami terkejot

Published

on

Foto sekadar hiasan.Kita Hanya Merancang Tapi Allah Yang Menentukan.Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti tajuk diatas. Fahamilah maksudnya.

Saya berusia 43 tahun, bersuami dan mempunyai 3 orang anak. Lelaki 20 tahun pelajar kolej, perempuan 17 tahun calon SPM dan yang bongsu 12 tahun. Dan telah berhenti kerja pada tahun 2018.

Dengan alasan pada waktu itu syarikat saya bekerja mahu berpindah ke bangunan sendiri dimana bertambah lagi jauh dari rumah saya. Saya tinggal di Gombak manakala tempat bekerja di Batu 3 Shah Alam. Selama 12 tahun saya berulang alik. Keluar selepas subuh tapi boss beri kelepasan pada saya untuk pulang pada jam 4.30pm. Baik kan boss saya.
Untuk pengetahuan semua, rakan sekerja pun sangat sangatlah baik.

Sebelum sesiapa tanya mengapa sanggup berulang alik jauh macam tu. Jawapannya mesti la sebab gaji yang diberikan. Suami saya bekerja sendiri dan mempunyai 3 orang pekerja.

Selain alasan sebab jauh, sebenarnya saya sudah pun berjinak jinak meniaga kecil kecilan. Dan juga ingin jadi surirumah sepenuh masa untuk menjaga anak anak yang selama ini memang mereka jaga diri sendiri. Yelah dulu saya sibuk sangat bekerja. Saya mahu merapatkan diri dengan anak anak adalah salah satu niat saya.Jadi pada oktober 2018 saya dengan rasminya berhenti kerja. Saya minta pada suami yang saya mahu berehat dalam 2 ke 3 bulan baru saya tumpukan berniaga. Suami saya tiada masalah.

Pada 1 disember 2018, kedua mertua saya datang kerumah kami untuk menghadiri perkahwinan sepupu suami di Sepang. Mereka tinggal di Ipoh.Tiba dirumah kami bapa mertua mengadu sakit perut dan kami menyangka mungkin sebab salah makan sebab sebelum itu menurut mak mertua saya, bapa mertua ada menghadiri kenduri di Ipoh. Namun begitu bapa mertua kuatkan semangat untuk menghadiri perkahwinan anak saudaranya itu.

Setelah beberapa hari bapa mertua masih lagi kesakitan tapi kedua mertua mahu pulang ke Ipoh. Tetapi suami saya tidak benarkan sebab risau. Jadi suami pun bawa bapanya ke klinik. Doktor suruh rujuk ke hospital.Suami dan adik adiknya pun bawa bapa mereka ke hospital untuk rawatan lanjutan. Untuk pengetahuan, suami mempunyai 5 orang adik beradik. Dan mempunyai seorang kakak dan lainnya adik adik lelaki.

Baiklah, selepas mendapat rawatan dari hospital, doktor telah diagn0s bapa mertua. Ya Allah! Bapa mertua menghidapi knser hati tahap 4. Betapa sedihnya kami sekeluarga.
Namun begitu bapa mertua saya seorang yang sangat positif dan tak pernah merungut. Dari situ bermulalah kehidupan kami berulang alik ke hospital.

Disebabkan saya tak bekerja jadi saya ambil keputusan untuk menjaga bapa mertua di hospital pada siang hari. Pada waktu malam giliran ipar pula.

Mak mertua pula tinggal dirumah saya sebab dia tidak mempunyai keupayaan berjalan jauh, sakit lutut.

Kesakittan yang dialami oleh bapa mertua tidak berpanjangan sebab Allah lebih sayangkannya. Pada 26hb January 2019 bapa mertua pergi meninggalkan kami. Kami redha.Kami sekeluarga juga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mak mertua balik ke ipoh.

Sebab disana tiada siapa yang boleh menemani beliau. Jadi dalam 2 atau 3 minggu barulah kami pulang ke ipoh.

Saya tiada masalah untuk menjaga mak mertua sebab beliau masih boleh menguruskan diri sendiri… Alhamdulillah.Namun, ujian saya sekeluarga tidak terhenti setakat itu. Pada 4hb August 2019, pagi tu suami menerima panggilan dari p0lis menyatakan anak kami yang sulung, Hariz telah mengalami kemalanggan dan meminta kami terus ke HKL.

ALLAH.. ALLAH itu saja yang saya mampu sebutkan. Ditemani adik perempuan saya, suami menurunkan saya di emrgency HKL manakala suami terus ke balai p0lis trafik untuk mengambil handphone anak saya. Saya dan adik saya terus ke emrgency.

Astagfirullah terkejutnya saya dengan keadaan anak saya. Menggigil saya hampir nak jatuh bila melihat anak kesayangan yang luka parah. ALLAH.. ALLAH.. nasib ada adik saya yang cuba dakap saya.

Dktor pun cuba menenangkan saya. Dktor beritahu keadaan Hariz yang ptah kedua dua belah peha, tulang kaki kanan, hidung patah, halkum yang terkelar, gusi yang patah dua, muka penuh luka cermin dan pergelangan tangan kanan yang patah.Dktor terus buat plastik surgry pada Hariz. YA ALLAH, kasihannya anakku. Andai boleh digantikan kesakitan itu biarlah ibu yang menanggungnya.

Menangis.. Menangis lah kami.. Berdoa supaya Hariz kuat. Hariz tiba di Hkl dalam keadaan yang tidak sedar. Ada hamba Allah yang menemani Hariz semasa didalam ambulance.

Dia yang menunggu kami datang. Dia yang membelikan saya roti dan minuman khuatir saya akan pengsan.Betapa baiknya dia walaupun dia tidak mengenali Hariz. Semua adik beradik saya, abah saya dan keluarga belah suami pun tiba. Kawan kawan Hariz semua memenuhi ruang menunggu. Ramainya kawan abang.

Saya dan suami tahu bahawanya dktor sedang sedaya upaya untuk menyelamatkan Hariz. Apabila Hariz dipindahkan ke 1CU, maka berumahlah kami dikerusi menunggu diluar 1CU. Dikerusi menunggu itulah tempat kami anak beranak tidur.

Alhamdullilah, adik adik saya menemani kami disepanjang kami di HKL. Untuk pengetahuan saya anak sulung dari 7 orang adik beradik. Seorang lelaki dan yang lain perempuan. Hariz adalah cucu sulung sebelah saya. Menjadi favorite makcik makciknya.Sepanjang malam kami tidur dikerusi menunggu dan setiap kali itu dktor akan bergegas keluar dari icu untuk memberitahu keadaan Hariz. Masih kritiikal.

Kuat genggaman suami saya bila doktor beritahu keadaan Hariz dimana pada masa itu saya hanya mampu menyorok dibelakang suami. Sebab saya takut.. Saya takut kehilangan Hariz.

Kes Hariz paling jarang HKL terima. Kecedderaan seluruh badan. Namun dktor bertungkus lumus menyelamatkan Hariz sebab Hariz masih muda.Selama berada di ICU, setiap malam ada saja pembedahan untuk Hariz. Sedang kami mahu merehatkan badan, tiba tiba katil Hariz disorong keluar untuk ke bilik pembeddahan. Berlari anak kami mengejar katil Hariz sambil memanggil.

“abang.. Abang.. Ibu ada sini.. Abah.. Adik adik ada sini.. Mak ngah.. Maklang.. Unggal.. Acut.. Acu.. Ateh.. Semua ada sini. Abang kena kuat”.

Waktu itu jam 10 malam, hampir 5 pagi baru pembeddahan berakhir.

Hari ketiga, paru paru Hariz dijngkiti kum4n, dem4m. Memang begitu jika berada di 1CU mudah mendapat jngkitan.

Setiap kali waktu melawat saya dan adik beradik akan membacakan yassin bergilir gilir ketelinga Hariz.

Kadang kadang ternampak airmata Hariz. Nurse yang menjaga Hariz tu berbangsa Ind1a, dia yang menyapu airmata Hariz. Betapa baik sungguh semua nurse yang menjaga Hariz.

Setiap hari waktu melawat di 1CU akan penuh dengan pelawat Hariz. Hinggakan semua tertanya siapa peskit ini.

Alhamdullilah lecturer, bekas cikgu sekolah rendah dan menengah dan Kawan kawan Hariz datang melawat. Banyak kata pujian untuk Hariz. Student yang nakal tetapi baik hati suka menolong.Dari hari pertama Hariz di HKL, yassin dan alquran lah bacaan saya hinggakan saya boleh khatam 3 kali.

Alhamdullilah disepanjang di ICU, p0lis bantuan pun beri kerjasama membenarkan kami tidur di kerusi menunggu. Segala comforters saya bawa buat alas atas kerusi.Begitu juga adik adik saya yang bergilir gilir membawa makanan untuk kami.

Kami hanya pulang ke rumah pada keesokan paginya untuk mandi. Syukur juga pada waktu itu adalah cuti sekolah.

Pada hari kelima, doktor memberitahu yang otak Hariz bengkak dan ada drah beku, TBI (TR4UMATIC BRA1N 1NJURY) YA ALLAH!Kasihannya abang..

Tengkorak depan kepalanya mesti dikeluarkan pada waktu malam untuk memberi ruang pada otak yang membengkak itu. Jadi untuk yang keberapa kalinya Hariz akan mengalami pembeddahan lagi.

Yang mengambil masa berjam jam. Kami menunggu hampir ke subuh. Hariz masih tidak sedar sejak dia dimasukkan ke HKL.

Dia dim0rfinkan. Terlalu banyak kesakitan yang dialaminya. Alhamdullilah juga setiap pembedahan tiada pendrahan yang berlaku. Semua dktor yang terlibat sangat sangatlah bertanggung jawab untuk memulihkan Hariz.

Semasa pembedahan untuk kemasukan besi ke dalam kaki Hariz, Ms Lim dktor bedah 0rth0pedic Hariz sangat sangat baik. Beliau banyak menenangkan saya dan suami.

Kehidupan kami pada itu, HKL adalah rumah kedua kami. Siapa sangka HKL ini yang kami selalu lintasi rupanya menjadi kunjungan kami setiap hari.

Barulah saya tahu apabila melihat wajah wajah yang berada di HKL ini penuh dengan kehibaan, kesakitan, kerisauan dan ketakutan. Saya selalu dibisikkan dengan kata kata.. “Bersabar ye.. Kau kena kuat…”

Namun kekuatan itu tidak lama bila masa pada hari ketujuh tiba tiba saya rasa jantong saya berdenyut dengan laju.

Pagi sabtu itu selepas membenarkan anak anak saya dibawa pulang oleh makcik mereka, saya terus mandi di tandas aras itu. Untuk saya berjalan dari tandas ke ICU jauh juga.

Saya terasa sakit dada. Saya cuba berjalan untuk sampai ke suami yang menunggu. Tiba dikerusi saya bersandar tapi dengupan jantong sangat kuat hingga menolak badan saya kedepan.

Cepat cepat saya tunjukkan bag pada suami. Jika apa apa terjadi pada saya, pegang bag ni sebab dalam ada sejumlah wang sedekah dari pelawat Hariz.

Suami cepat turun ke bawah untuk mengambil wheelchair. Saya terus dibawa ke em3rgency room dimana sama bilik dengan Hariz sebelum ni.

Dktor kata bacaan dengupan saya sangat tinggi. 200, dimana tidak normal. Boleh mati. Dktor tanya.. Mengapa puan jadi begini.

Jawapan saya.. “Anak saya di ICU dktor”. “Saya hentikan dengupan jantong puan sebentar ya. Tapi sakit sikit ye puan. Maaf ye puan.”

Hah? Aku nak m4ti ke ni, fikir saya.

Alhamdullilah dengupan kembali perlahan tetapi masih belum normal. Jantong saya seumpama seorang ahli sukan yang berjonging, bermain badminton, berenang berlari sekali gus secara berterusan.

Saya dimasukkan ke ward selama 3 hari. Saya tidak dibenarkan untuk melawat Hariz oleh dktor ward khuatiri boleh tumbang. Apa yang saya mampu buat hanyalah merekod suara untuk diperdengarkan pada Hariz.

Walaupun saya tahu dia masih tak sedar tapi saya berharap sangat kalau dia boleh dengar suara saya. Selepas saya discharge, Ms Lim dktor 0rth0pedic Hariz berjumpa dengan saya.

Memberi kata kata kekuatan pada saya setelah mengetahui saya dimasukkan ke ward. Seminggu Hariz di ICU dia dipindahkan ke ward ICU neur0.

Dimana kami hanya boleh datang waktu melawat saja. Hariz dijaga rapi disana. Balutan kepala Hariz dibuka, nampaklah dahinya yang tidak tulang umpama kawah. ALLAH…

Kasihan Hariz.. Sepatutnya selepas pemb3dahan kepala, Hariz sepatutnya sedar tapi tak. Hariz diberikan mesin bantuan pernafasan.

Tetapi hanya untuk beberapa hari saja sebab dktor mahu tengok keupayaan Hariz bernafas dengan sendiri. Selepas Hariz di ICU neur0, Hariz ditempatkan di ward suspect brain de4th.

Ya Allah.. takutnya saya. Jiran katil Hariz seorang demi seorang meningal. Ya Allah.. DOA.. DOA.. DOA.. itu saja yang mampu.
Semasa dia diward general ICU, saya membeli 25 helai telekong sembahyang untuk diwakafkan pada surau HKL.

Semasa saya dan adik saya mengantungkan telekong tersebut, saya memberitahu pada pengunjung surau memohon mereka mendoakan kesembuhan buat Hariz dan dalam pada masa yang sama saya juga turut mendokan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Alhamdullilah Hariz dipindahkan ke ward sebelah dimana riisiko berkurangan. Alat pernafasan Hariz dicabut dan digantikan dengan trachea support. Dalam masa 24jam permerhatian.

Sekali lagi pembedahan tekak Hariz untuk pernafasan. Tube dimasukkan untuk Hariz minum susu setiap 4 jam.

Kami diajar bagaimana untuk memberi susu pada Hariz. Dengan trachea support ia membuat Hariz batuk berkahak seperti pesakit lain.

Hariz memerlukan suction machine. Sementara dihospital kami hanya gunakan alat dari HKL saja.

Status saya sebagai surirumah diketahui oleh semua doktor yang terlibat. Mereka menyusulkan supaya saya meminta bantuan dari kebajikan sos1al HKL.

Saya dipanggil untuk ditemuduga samada layak atau tidak untuk mendapat sumbangan seperti susu, ripple mattress dan suction machine.

Segala persoalan mengenai kewangan kami sekeluarga ditanya. Rumah jenis apa, model kenderaan.. Berapa orang tanggungan. Semua saya jawab tanpa menipu.

Pengawai tu memang nampak macam tak de perasaan. Tapi ye la meraka tidak dibenarkan mudah rasa kasihan. Kalau semuanya rasa kasihan, alamatnya orang yang kaya pun boleh dapat sumbangan.

Pengawai tersebut bertanya bagaimana saya dan suami nak menanggung semua?. Dengan saya sebagai surirumah lagi.

Saya masih ingat jawapan saya pada hari itu. Saya cakap. Saya tidak tahu. Saya berserah pada Allah saja. Sebab apa yang saya rancang Allah yang menentukan.

Akhirnya Hariz dapat bantuan suction machine dan ripple mattress. Alhamdullilah.Kesedaran Hariz hanya berapa percent sahaja. Mata terbuka tetapi umpama penampakan bayangan.

Setiap pergerakan dihadapan Hariz, dia akan mengerakkan kepalanya. Saya bertanya pada doktor bagaimana dengan pendengaran dan penglihatan Hariz.

Doktor tidak tahu ia bergantung bila Hariz bercakap nanti. Saya tanya bila? Doktor jawab.. It could be a month..a year.. It’s depend on him.

ALLAHUAKHBAR.. Kasihanilah anakku ya Allah. Sepanjang Hariz diward neuro, Hariz didatangi oleh Ms Lim, doktor 0rthopedic.

Ya Allah betapa prihatin nya beliau pada Hariz. Hariz memerlukan stokin yang khas untuk kaki Hariz. Sepasang berharga dalam rm90 keatas.

Apa yang Ms Lim buat, beliau selitkan pada tangan saya Rm300 untuk saya beli keperluan Hariz seperti susu dan diapers. Terkejut saya. Betapa mulianya d0ktor ini. Katanya dia sudah biasa membantu pesakit beliau.

Semasa diward ini kami ibubapa dipanggil untuk menghadiri sesi untuk memandikan pesakit.

Jadi seawal jam 7am kami sudah sampai. Nurse tunjukan cara mandikan Hariz bersama pes4kit lain.

Saya takut, sebenarnya tak sanggup dengan tangan Hariz yang bersimen lagi. Mujur suami dan adik perempuan saya yang mandikan Hariz.

Dimandikan dengan air paip yang sejuk seawal pagi. Sejuk anak ibu.Kami didatangi oleh physiotherapist, Encik Salleh. Beliau mengajar kami physi0therapy pada Hariz. Rupanya beliau sudah mengikuti kes Hariz sejak di neuro ward lagi.

Kesihatan Hariz bertambah baik dan Hariz dipindahkan keward lain dimana memerlukan penjagaan waris. Jadi waktu siang saya jaga Hariz malam pula suami.Kami diajar cara menukar tube kencing, tukar diaper dan cara memberi susu. Setiap 4 jam Hariz diberi susu saya rekod dalam buku catatan.

Kasihan Hariz, hanya susu saja yang mampu kami beri untuk Hariz. Dktor memberitahu yang Hariz akan dipindahkan keward 0rthopedic untuk pembedahan pergelangan tangan Hariz kerana diward neuro sudah tiada apa lagi untuk dirawat hanya tunggu untuk kemasukan semula tulang tengkorak dalam masa 6 bulan.

Tulang tengkorak Hariz disimpan didalam bank tulang HKL. Bila dipindahkan ke ward 0rtho, segala keperluan Hariz haruslah disediakan sendiri seperti diapers dan tube susu Hariz. Hanya susu tin sahaja yang disediakan oleh pihak ward.

Boleh dikatakan semua pharmacy dihadapan HKL sudah saya masuk untuk membeli keperluan Hariz apabila dia discharge nanti. Mencari kedai yang termurah menjual susu ensure Hariz.

Alhamdullilah ada satu kedai yang menjual murah iaitu RM76 setin kecil. Harga sebenarnya dalam RM95. Segala kapas, plaster, saline water, alas katil semuanya kami beli.

Alhamdullilah nenek Hariz sponsored katil untuk Hariz (macam katil diward). Diward 0rtho ini memerlukan 24 jam jagaan dari pewaris.

Macam sebelum ini kami takes turns. Jadi setiap pagi saya hanya touch n go dengan suami. Tiba saya dibawah, suami gegas turun dan bertukar pemandu.

Begitulah yang hampir 2 hulan di HKL. Hariz hanya berkomunikasi melalui kerlipan mata. Sudah cukup saya mensyukurinya. Satu hari tu Hariz seperti spasm.. Mengigil.

Saya menangis sebab tak tahu apa yang Hariz sakit. Dia tak boleh bercakap. Tiba tiba saya terfikir kerana sepanjang Hariz di HKL ni hanya sekali dua je buang air besar.

Jadi saya meminta pada nurse ubat senang buang air besar. Tapi nurse perlukan approval dari dktor pada esok hari.

Jadi setiap kali Hariz mengigil saya sedih sebab tidak tau punca. Sudah berapa malam Hariz tidak dapat tidur nyenyak. Pada hari itu hujan, menangis saya di tingkap katil Hariz.

Pesakit depan katil Hariz berwarganegara Bangladesh beristeri orang melayu memujuk saya dengan berkata, kakak jangan risau Hariz boleh sembuh.

Dia orang tabligh, menadah tangan berdoa untuk Hariz. Bertanya saya pada Allah apa yang harus saya buat lagi untuk mengurangkan sakit Hariz.

Solat tahajud dan hajat dah saya lakukan.. bersedekah sudah. Apa lagi yang tidak saya lakukan? Tiba tiba terdetik dihati saya. Rupanya saya belum berpuasa sunat untuk Hariz.

Esoknya saya berpuasa. Ditemani dua orang adik perempuan saya hari itu. Kami dapat ubat untuk Hariz buang air besar dalam masa 10 minit Hariz berusaha meneran.

Ya amat besarnya. Maaf ye! Kami ketawa.. Kami bertanya pada Hariz.. Oooo jadi yang abang mengigil tu sebab abang nak buang air besar la ye?

Tiba tiba Hariz menjawap lambat lambat… Iya. Ya Allah terkejut kami dengar suara Hariz walaupun perlahan.

Saya bagaikan mahu berlari dalam ward nak bagitau yang Hariz dah bercakap. Sukanya saya. Adik saya cakap, “hikmah kau berpuasa long..”

Sukanya suami mendengar. Semua doktor disana bersetuju bahawa positive progress Hariz adalah dari family support. Terima kasih keluargaku.

Jadi sepanjang Hariz diward 0rtho ni ada beberapa lagi pembedahan. Pada kiraan kami lebih 12 kali hari dibedah.

Dan kami bersyukur yang Hariz tidak merasai segala kesakitan kerana dia tidak sedar.

Jangan bosan baca cerita saya yang panjang ni ye. Kegembiraan sedikit demi sedikit terpancar pada wajah kami dengan melihat progress Hariz.

Trachea Hariz dibuka dan alhamdullilah luka kering dengan baik. Hariz bernafas secara normal.

Tibalah hari Hariz dibawa pulang ke rumah. Dengan menyewa ambulance kami tiba dirumah. Rupanya dah ramai yang menunggu Hariz pulang. Bagaikan menanti celebrities pula.

Dan malam tu rumah kami kembali terdengar gelak ketawa. Bak kata jiran kami pada anak perempuan saya..

“Suka aku dengar family kau dah gembira”. Rutin harian bertukar dimana Hariz memerlukan jagaan rapi dari kami.

Pemberian susu setiap 4 jam. Jika waktu tengah malam masa Hariz minum susu walaupun dia sudah tidur kami harus memberi dia susu.

Maklumlah hanya itu sumber makanan Hariz. Dan selepas itulah aku bertahajud, berzikir, berdoa meminta pada Allah.

Allah berkata, mintalah pada aku. Sebenarnya banyak sudah doa dan hajatku Allah perkenankan.

Sesungguhnya saya malu pada Allah sebab saya ni hanyalah hambaNya yang hina yang banyak berdosa. Sejak hari itu punyalah banyak HKL appointment Hariz.

Maklumlah cedera satu badan. Mata, gigi, kaki, tangan, neuro, hidung. Setiap minggu ada appointment. Alhamdullilah rakan suami sponsored wheelchair untuk Hariz.

Salah seorang adik perempuan saya yang sudah bersuami tetapi masih belum mempunyai zuriat akan datang setiap minggu dalam 3 hari untuk menemankan kami pergi ke HKL.

Beliau juga mengantikan tempat saya menjaga Hariz supaya saya dapat tidur.

Terima kasih pada suaminya yang membenarkan isterinya datang kerumah kami. Kadang kadang adik saya yang lain pun akan menemankan kami ke HKL appointment.

Setiap kali ke HKL suami akan mendukung Hariz memasuki dan keluar dari kereta. Nasib baik suami saya berbadan besar tapi termengah juga la dia.

Beberapa kali juga kami ke emergency room sebab Hariz asyik cabut tube susunya Aduhai. Akhirnya suami belajar cara memasukkan tube kedalam tekak Hariz.

Appointment seterusnya untuk cabut tube susu Hariz. Untuk tengok kemampuan Hariz menelan. Makanan pertama yang dibagi pada Hariz ialah biskut.

Pengawai bertugas bertanya apa yang Hariz nak makan lepas ni. Katanya k-fc.. Tapi ibu boleh bagi abang makan whipped potato dulu ye. Perlahan lahan nanti takut tercekik.

Alhamdullilah Hariz diajar cara pernafasan dari perut untuk membantu Hariz bercakap lebih kuat. Tibalah hari untuk memasukkan kembali tulang tengkorak Hariz. Alhamdullilah tiada pendrahan.

Untuk makluman, dari kepala hingga kaki Hariz dipenuhi besi. Hinggakan seorang doktor mengelarkan Hariz iron man. Besi dalam badan Hariz bukan calang calang, titanium.

Ada besi yang memerlukan pembayaran dari kami, beribu juga la. Sebenarnya Hariz telah mendapat banyak sumbangan dari pihak yang tidak kenali.

Segala keperluan pharmacy yang kami mesti beli setiap minggu semuanya datang wang sumbangan untuk Hariz.

Dan juga salah seorang penyumbang telah meminta JKM untuk memberi sumbangan pada Hariz. Dan Hariz juga mendapat OKU kad. Alhamdullilah luas rezeki Hariz.

Alhamdullilah dari berwheelchair akhirnya Hariz boleh berjalan sendiri. Sehinggakan kakak cleaner hospital pun bersyukur melihat Hariz yang dari berwheelchair sudah boleh berjalan.

DOA tu penting ye. Jangan tinggal doa. ALLAH MAHA MENDENGAR.

Sebenarnya selain adik beradik saya, kedua dua anak saya banyak sangat membantu menjaga abang yang sakit.

Semoga Allah membalaskan mereka dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.Dan semalam doktor dari 0rthopedic klinik mengesahkan kaki Hariz sudah bercantum sepenuhnya 100 percent. Dan discharge dari 0rthopedic klinik.

Alhamdullilah. Tapi masih ada banyak appointment yang lain. Hariz masih mengikuti rehab, psych0logy. Hariz masih memerlukan rawatan psych0logy sebab kecederaan otak.

Pengiraan Hariz tidak berapa bagus. Namun Hariz banyak berubah. Solat, itulah yang dia tidak pernah melambatkan. Bacaan yassin dihafalnya. Bagaimana? “Sebab abang selalu dengar ibu baca kat abang”.

Separuh surah al baqarah juga dihafalnya. Setiap malam surah itu yang diperdengarkan untuk Hariz.

Cukuplah saya mensyukuri keajaiban yang ALLAH berikan. Dengan support dari keluarga, doa orang ramai.. Alhamdullilah.

Tugas saya sekarang, jika ternampak pesakit atau ahli keluarga pesakit, saya akan memberi motivasi untuk mereka dengan menceritakan dan menunjukkan gambar Hariz. Bahawa jangan putus berdoa sebab ALLAH MAHA MENDENGAR.Terima kasih sudi baca dan maaf sebab terlalu panjang. Sekali saya sebutkan..

KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN.WASALAM..

Sumber : Cik Siti (Bukan nama sebenar) / IIUMC.

Keluarga

“Mula2 Memang Susah” Kahwin lelaki Nigeria, Wanita Ini Cerita Pengalamannya

Published

on

By

BERKAHWIN pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan suami dan isteri mempunyai latar belakang yang berbeza.

Pastinya aspek seperti budaya, adat resam dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menjadi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini yang mencuri perhatian ramai gara-gara video TikTok ‘cabaran’ berbahasa Melayu menjadi tular sejak dua hari lalu.

Gelagat Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa Melayu begitu mengkagumkan netizen apabila kedua-duanya ‘lulus’ cabaran berkenaan.

Malah netizen juga memuji kedua-dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan.

Sejak dimuat naik pada Isnin, video berkenaan setakat ini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.

Klip video suami dan anak sulung Noor Habibah yang bertutur dalam bahasa Melayu mendapat perhatian netizen.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Noor Habibah berkata video berkenaan dikongsikan di aplikasi berkenaan selepas mendapat satu pertanyaan daripada netizen yang bertanyakan sama ada dia mendapat halangan daripada keluarga apabila memilih untuk berkahwin dengan lelaki asing.

“Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang, jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka viral dan ini kali pertama video jadi begitu hit,” ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.

Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian.

Malah tiga anaknya dihantar bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, bukan sekolah antarabangsa.

Noor Habibah dan suaminya sepakat untuk menghantar tiga anak mereka ke sekolah kebangsaan untuk lebih mendalami bahasa Melayu.

“Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa. Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.

“Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan. Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.

“Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa? Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.

“Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya, saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa?

NOOR HABIBAH HAIRI

PENIAGA

Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak.

“Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria. Anak-anak suka dua-dua jenis makanan,” ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin.

Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan, Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka.

“Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka. Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada netizen mengenai video yang viral baru-baru ni.

“Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami… mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi,” ujarnya.

Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan.

“Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya. Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun.

“Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia. Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati,” katanya lagi.

VIDEO

SUMBER : twoekisah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Continue Reading

Keluarga

Suami aku “PENAT”. Mcm2 aku usahakan tetap suami tak endah. Buat penat mandi wajib je. Sehingga lah ini terjadi

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.Salam Namaku Sarah, terima kasih admin kalau approve confession aku ni.

Aku tak tau nak mula dari mana cerita aku. Maafkan aku kalau ada yang tak suka dengan attitude aku tapi aku cukup tertekan sekarang ni.

Aku sebelum kahwin memang ada tanda tanda d3pr3ssion dan anxiety dan sekarang ni dah nak masuk 3 tahun.

Semua simptom ada cuma rasa nak bnuh diri je takda. Dan aku tak berani lagi nak dapatkan rawatan. Aku biasa baca vlog doktor doktor atau psik0logis je di youtube.

Bila aku kahwin macam biasalah banyak duduk rumah dan tunggu suami balik dari kerja.

Kalau ada family dia atau balik kg family dia barulah aku ada interaksi dengan orang atau jumpa jumpa sesiapa di tengah jalan ke.

Tapi bukan tu je masalah aku sekarang ni. Masalah aku sekarang ni, suami aku dari awal kahwin sampai 1 tahun lebih ni lemah tenaga batin.

Kami dah ada anak sorang alhamdulillah tapi yang aku stress aku tak rasa pun honeymoon atau nikmat malam pertama tu.

Orang lain kahwin naik seri, aku muka sedih dan murung yang bertambah murung.

Cuma masa awal kahwin tahulah 8 tahun bercinta mestilah sayang, aku boleh terima kekurangan suami aku tapi setiap kali bersama memang aku tertekan bila end upnya penat mandi wajib je.

Suami memang baik, soft spoken, lemah lembut, kind hearted dan memahami sakit aku, suami pun solat dan peramah bila bercakap dengan orang. Itu yang aku suka dengan suami.

Bila dah kahwin ni rajin sangat tolong aku di rumah. Aku memang rasa tak penat sebab dia tahu mana benda patut dia tolong.

Aku bersyukur dan selalu berterima kasih untuk itu dan mungkin disebabkan dia tahu kekurangan dialah kot dia rajin tolong mana yang patut, ambil hati mungkin.

Ikut hati aku supaya terus dengan dia. Dia akan tolong basuh pinggan lepas makan dan kami gilir gilir kadang kadang bila baby nangis dia akan cakap letak je nanti abang cuci.

So aku boleh cuci tangan lepastu gendong baby tak payah cuci piring. Dia akan tolong masak nasi, masak air, kemas rumah, kadang cuci pakaian kami bertiga.

Maksudnya dia tetap tolong cuci bajulah, bukan aku je. Dan memang hidup aku semua berlegar tentang dia. Sebab tu juga aku fikir banyak kali dan maafkan dia setiap kali perkara yang dia sengajakan itu berlaku.

Kami akan saling bermaafan dan sayang sayang manja manja balik. Aku sayang dan teramat cintakan dia.

Aku tak kisah gaji dia bawah 400, aku kahwin dengan dia memang 1 harta pun takda even kerja pun gaji takat tu ja. Masih mencari dan menunggu panggilan kerja. Doakan suami aku dan aku murah rezeki.

Kenapa aku cakap dia sengajakan. Yelah aku dah banyak kali nasihat dan tegur dia jangan sengaja game over.

Setiap kali bersama akhirnya jadi pergaduhan dan aku akan marah maki hamun sebab aku stress dia sengaja buat macam tu.

Aku sentiasa bagi peluang untuk dia perbaiki kelemahan dia, aku bagi masa, aku bagi sokongan moral sarankan dia jumpa doktor pakar tuan.

Tapi mulut ja bercakap, mengiya iyakan sahaja tapi sekejap je dan jadi balik perangai macam tu.

Pernah dulu dia marah dan dia suruh cari lelaki lain. Aku marah balik aku bukannya mau lelaki lain yang mahukan kepuasan dari dia dan dia sepatutnya berusaha bukan main passing bini pada lelaki lain.

Aku cakap aku akan sabar dan tunggu tapi entahlah memang suka ambil kesempatan.

Bersenam jarang, hanya bila aku marah dan konon keluar rumah pergi jumpa mak bapa dia sambil sambil joging kononnya entah berapa belas minit je. Selebihnya duduk bercerita dengan family dan ketawa sakan. Aku boleh agak.

Aku banyak kali marah sebab aku perhati dia jarang sangat ‘bersama’ bila malam. Dari awal kahwin dia bila malam banyak tidur, kadang kadang aku suarakan aku nak baru dia pandai cari.

Aku cakap dia bukan macam lelaki lain yang bila malam bersama isteri tapi dia malam lebih suka tidur. Melainkan bila dia bernfsu je dia datang tapi tulah sekadar jadikan aku tempat melepas nfsu.

Dia sejenis suami yang malas berlamaan lamaan dengan isteri, dia cakap dia penat dan tiba tiba berhabis tenaga dan game over.

Belum pun 10 minit, kalau tahan sikit 30 minit dan paling lama hanya sejam tu pun sebab aku suruh dia tahan dan banyak kali berhenti sebab dia nak tergame over.

Macam tu je cara kalau nak lama, biasakan untuk tahan. Tapi suami aku pantang rasa sedap terus dia balum kaw kaw dan game over. Aku benci dan menyampah. Belum pun pemanasan dan tiba tiba (rolling eye).

Aku kadang malas mau melayan nfsu dia tapi disebabkan aku tahu aku ni isteri dan itu tanggungjawabku. Dan aku pun tak nak dia ada kes curang sebab nfsu tak dipuaskan isteri aku layankan juga. Kalau period pun aku tolong juga, orang kahwin fahamlah tu cara dia camna. Happy dia.

Tapi aku belum sekali dua je itu pun dia cakap penat, habis aku tak penat??! Habis aku masak, cuci baju, jaga anak lepastu stress lagi takda jalan mana mana makan angin asyik di rumah masalah itu lagi tapi aku tolong, dia fikir aku tak penat?

Aku cakap jangan pentingkan diri, jangan jadikan aku tempat pelepas nfsu.

Aku hantar video ceramah tanggungjawab suami bab nafkah batin, hukumnya zalim dan berdosa besar tidak menunaikan hak seorang isteri. Dia bila dah puas dia tinggalkan aku lepas tu dia tidur, macam apetah.

Setiap hari, minggu bulan dan sudah setahun dia tetap macam tu. Aku sentiasa berharap pada setiap kali bersama dan beri dia peluang tetap dia jadi begitu, macam dah jadi kebiasaan.

Aku cakap jangan mentang mentang aku ni sabar dan terima kau terus biasa buat macam tu. Patutnya kau berusaha, kau tahu hukum, kau patutnya kesiankan aku,

Banyak lagi aku cakap, aku cakap pergi amalkan senaman tidak perlu keluar rumah even di rumah pun boleh pumping pon boleh tapi memang pemalas.

Ada ilmu ilmu untuk bagi tahan tidak dibaca, hantar video dr youtube nama nama Allah yang bagi kuat pun dia tidak tengok. Apa punca dan jenis kategori, dan rawatan pun siap ada tapi tidak pun ditengok.

Ada pdf kawan hantar “permata yang hilang” dia boleh boleh pergi padam. Sedangkan banyak jenis amalan, makanan dan adab adab dalam tu banyak sangat ilmu tapi dia tak rajin baca pun.

Aku pula yang kena baca dan sampaikan. Balik balik runningman dan naruto dia tu. Aku carikan bahan untuk dia tapi mana dia baca.

Kalau baca mesej dia dengan kawan bukan main temberang, konon tahan lama. Menyampah hakikatnya bini je tahu prestasi dia macam mana.

Aku pula sekarang tengah cari ilmu bab ini, memahami karektor pasangan bab ni dan aku belum putus asa pun.

Cuma bila benda macam ni berlaku walaupun sudah berbuih mulut dia masih buat, buatkan aku semakin d3press dan sakit.

Aku nangis sampai kuis kuiskan kaki aku di tilam dengan anak merengek lagi. Aduh sakit dada dan sesak nafas aku. Kadang aku takut je hilang kawalan.

Aku tak kisah jiran dengar, sapa suruh tak ambil pengajaran. Kalau tak nak malu performlah betul betul. Ini baru sentuh sentuh, tiba tiba balun sampai game over.

Langsung tak kesian tengok aku nangis, takda rasa tanggungjawab bagi isteri puas dulu. Lepastu mesej minta maaf, cakap teramat cinta dan sayang. Menyampah, konfem dia buat lagi lepas ni.

Akhirnya aku cakap lepas PKP ni habis, aku nak cari kerja dan hidup berdua je dengan anak aku.

Aku stress aku cakap aku nak hidup sendiri, aku dah tak nak kat dia. Aku cakap je sebab aku lepaskan tertekan aku ni. Orang time PKP bestlah duduk rumah, aku entahlah stress.

Sebelum PKP jarang makan angin, jarang jalan jalan even nak ikut beli barang pun suami tak bagi sebab tambang mahal suami naik moto je.

Aku ingat segala kebaikan dia, dia memang sangat baik hati dan caring dengan aku. Terutamanya bila pregnant dan berpantang dia jaga aku sangat baik.

Tak culas pun bab nafkah zahir dan ikut kemampuan dia. Memang dia terima sakit aku dan sakit ni memang buat aku jadi pemarah.

Bukan saja saja tapi aku stress. Dia macam orang lelaki kalau tak dapat boleh jadi marah tak tentu pasal, sama juga macam orang perempuan.

Aku terima duduk rumah tak siap dan tak dibaiki, atap bocor hampir semua basah bila hujan. Aku terima. Aku terima gaji takat camtu tapi cukup je makan.

Kadang balik ada juga suami belikan kek, kfc, time pregnant macam macam juga. Aku bersyukur sebab bila ingat kata kata dia, dia cakap kalau dia banyak duit memang dia mewahkan aku.

Bagi semua apa aku mau dari A-Z tapi camna dia tak mampu. Aku tak paksa aku faham tapi takkan bab nafkah batin pun macam ni. Aku perlukan itu, itu tanggungjawab utama dia. Entahlah rasa macam akan diketawakan je oleh pembaca semua.

Akhir kata, bagi aku solution nak buat apa pasa suami macam ni. Kalau ada amalan bubuh kat komen, janganlah gelak nanti kau yang kahwin jadi macam tu atau kena pada family adik beradik perempuan korang. Korang sure ke yang senyum senyum tu memang bahagia??

Sampai sekarang aku masih sakit dada. Suami pujuk tadi belikan aku burger. Aku cakap nak coklat dan kami gelak gelak balik.

Aku cakap aku sakit dada, dia tanya apa ubat yang boleh dia beli. Aku tau ubat sakit ni bukan boleh beli dekat farmasi dan belum diagn0sed clinically(aku lupa ejaan yang betul, sekarang aku pelupa even mengeja pun).

Dia cakap dia yang bersalah dan aku hantar dia sampai pintu salam dan cium peluk setiap kali dia keluar. Macam tulah lepas setiap kali benda sama berulang dan aku marah akhirnya suami pujuk dan kami berbaik saling memaafkan.

Doakan rumahtangga kami berkekalan, doakan suami aku dapat kerja. Doakan semoga c0vid-19 ni segera berlalu.

Doakan aku cepat sembuh aku nak normal balik macam dulu, aku takut hilang kawalan bila marah dan aku tak tau sampai bila macam ni. Thank you for your attention.

Reaksi Warganet

Siti Nor Fatimah –
Kenapa semua orang salahkan TT? Memang nafkah zahir dan batin tu tanggungjawab suami kan? Kan dia cakap suami dia lepas settle je terus tido tinggalkan dia terkotang kating macamtu..

Dia dah banyak kali bgtau tapi suami dia takde pun put effort. Zahir failed, batin pun failed. Entah apa lah nak diharapkan lagi suami macamni..

Julie Anme –
Rasulullah sendiri menekankan hak isteri dalam hal ini. Pada yang anggap benda ini remeh, lawak dll rajin rajinlah membaca. Sebab itu isteri boleh menuntut cerrai kerana masalah ini.

Isteri yang kurang sabar memang mungkin berlaku curang. Senaman dan pemakanan selalu boleh membantu selain daripada ubat ubatan. Ada orang menjadikan urusan batin sebagai proses menghilangkan tekanan sebab ini adalah nikmat dunia yang Allah turunkan kepada semua makhluk.

Cuma kena bersederhana dengannya antara batin dan zahir. Antara mcari dunia dan mencari akhirat dan antara amal, takwa dan iman…

Amynity Emanon –
Kesian TT, saya pernah je baca cerita macam ni. Banyak luahan macam ni, dari macam macam negara lak tu, memang sampai cerrai berai pon ada.

Maaf ye, konklusi tak ada. Tapi saya takkan gelakkan TT, sebab saya tau wujud masalah ni. Kalau ada lelaki yang stress sebab bini kurang nfsu, ada jugak bini yang masalah serupa.

Masalah ni bukan terhad dekat satu jantina je. Tapi tu la kan, orang malu nak cari doktor sebab masalah ni aib bagi diorang.

Tapi kalau boleh, saya nak tekankan, jangan maki maki suami tu. Takut dia stress sebab nak kena perform. Saya pernah baca yang lelaki takleh perform kalau stress sangat. Lagipun dosa kot.

Yang lain lain, mungkin boleh cari tips dari tukang komen yang lain, huhu. Idea diorang macam ada yang lagi bagus je.

Hadrawati Kasi –
Jangan pandang rendah orang macam TT. Ramai bercerrai sebab suami gagal memenuhi kehendak batin dia. Lebih menyakitkan kalau bini yang ada pun tak mampu diberikan kepuasan tapi berangan tambah cawangan. Buat penat mandi hadas aje tapi tak dapat apa.

Perkahwinan ni bukan one side aje yang kena korban segala tapi suami dan isteri kena sama sama.

Jangan sebab suami ego dan tak mau usaha lama lama isteri cari makan kat luar.

Benda begini ramai je wanita pura pura puas dan tutup mata. Malah mengajak wanita lain ikut aje macam mereka asalkan suami tu baik kononnya.

Hello, berdosa tau bila isteri tidak diperlakukan sama adil semacam mana suami berkehendak. Benda macam ni memang ramai sangat menderita dalam senyap pura pura okey, pura pura puas konon walhal hmmm.

Sakina Abdullah –
Semoga di permudahkan urusan confessor.
Keperluan manusia ni tak sama. So tak patut kita merendahkan kehendak confessor.

Dah la dia stress kat rumah, tak bersocial, taraf ekonomi pun biasa biasa je. Ada sebab untk confessor stress. Mungkin bagi dia, kehendak batin tu dapat meredakan tekanan dia.

Cuma nak bincang dengan lelaki bab gini susah la kot. Dorang ego tinggi menggunung. Mungkin lepas ni confessor kena ada kawan, kena ada aktiviti social sikit. At least kurang skit tekanan stress /ingatan pada kelemahan suami. Good luck confessor.

Sumber : Dandelion / IIUMC

Continue Reading

Keluarga

Suami Jatuhkan Talak 3 Dkt Isteri Lepas Tujuh Tahun Kahwin. Pelik Isteri Rasa Seronok Bila Ditalakkan

Published

on

By

Dilepaskan Suami Talak 3 Selepas 7 Tahun Berkahwin, Namun Ia Hari Paling Bahagia Buat Wanita Ini. Tiada wanita yang inginkan perpisahan berlaku dalam rumahtangga yang dibina.

Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini. Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah, yang baru sahaja bergelar janda selepas dilepaskan suami dengan talak 3 akibat campur tangan keluarga mertua dan keselingkuhan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Terima kasih siarkan cerita ni..

Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah. Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah. Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Yup, saya bongok.

-Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuhh sakitt. Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara. Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya. Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya. Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan. Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar. Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh. Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”

“Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai. Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah. Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar. Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus. Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah. Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay. Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tangkap jais. Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya. Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar. Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar. Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar. Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya

Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.” Sebenarnya sepanjang dia mabuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat. Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too. Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya. doakan saya ya.

-Anisah..

Buat wanita ini, sesungguhnya anda memang seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah! Bukan mudah untuk bangkit, membina benteng kekuatan diri untuk persiapan masa depan. Namun anda berjaya membuktikannya dan tidak mengharap simpati daripada bekas suami.

Buat wanita lain, yang mungkin senasib dan sama perjalanan seperti wanita ini, Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Berani lah untuk ‘melangkah’ lebih jauh. Sentiasalah bersedia, persiapkan diri dengan ilmu, kewangan, kerjaya dan paling penting mampu berdikari walaupun tanpa insan yang bernama suami.

Sumber : IIUM Confessions / kisah rakyat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Trending