Connect with us

Semasa

Kes cov-19 melonjak naik, daerah PK PD di Kedah rayu Makanan

Published

on

MALAYSIA: Semalam rakyat Malaysia sedikit lega apabila angka pesakit cov-19 turun mendadak. Namun hari ini kembali melonjak tinggi apabila 21 kes telah direkodkan pada hari ini. Dengan 15 kes daripada keseluruhan kes import melibatkan warganegara Malaysia.

Pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat 3 lagi tambahan kes positif daripada Kluster PUI Sivagangga Kedah.

Sehingga ke hari ini, jumla kumulatif kes di Malaysia adalah 9023 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 196 kes sahaja.

Pesakit yang pulih pada hari ini pula adalah sebanyak 18 orang dengan jumlah keseluruhan pesakit pulih cov-19 meningkat sebanyak 8702 atau 96.4% daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan ini turut memaklumkan bahawa pada hari ini masih terdapat 2 orang pesakit di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tiada diantaranya memerlukan bantuan pernafasan.

Daerah PKPD di Kedah rayu Makanan

Penduduk sekitar Napoh terutama yang berpendapatan rendah, berharap kerajaan menyalurkan bantuan makanan kerana mereka tidak dapat bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di pekan itu.

Tinjauan mendapati, rata-rata mereka yang bekerja sebagai penoreh dan petani terpaksa akur dengan arahan TEMCO dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas dipakaikan gelang merah jambu.

Penduduk, Bunga Ali, 56, berkata dia berharap bantuan makanan asas dapat diberikan selepas hanya bergantung kepada gaji suami sebanyak RM1,200 sebulan.

“Kami sekeluarga sudah dipakaikan gelang merah jambu, suami hanya menjadi tukang kebun di kilang dan gajinya diguna menanggung dua anak yang masih bersekolah sebelum berlaku wabak Cov-19.

“Suami pula antara kontak rapat kerana pernah singgah membeli makanan di restoran nasi kandar di Napoh. Kami ada membeli bekalan makanan untuk keluarga tetapi tidak pasti sama ada ia cukup selama dua minggu atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bunga yang mula memakai gelang merah jambu hari ini, berkata dengan sumber kewangan yang terhad, dia sangat berharap kerajaan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Seorang lagi penduduk, Azlina Ibrahim, 45, berkata suaminya hanya berkerja sebagai penoreh, selain mengusahakan sawah dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

“Kami ada beli stok makanan, tetapi tak banyak dan sekarang sumber pendapatan suami terputus, saya harap kerajaan lihat nasib kami dan empat anak yang masih bersekolah.

“Jika perintah TEMCO ini disambung lagi selepas ini, ia akan memberi kesan besar buat keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kedai runcit sekitar Napoh mendapati kebanyakan bekalan roti kehabisan sejak semalam lagi.

Peniaga, Sri Thran Nadaraja, 38, berkata permintaan terhadap roti meningkat selepas terdapat berlaku penularan Cov-19 daripada Kluster Sivagangga.

“Sudah beberapa hari pembekal tidak hantar roti apabila ada antara pemandu lori turut dikuarantin sedangkan permintaan terhadap roti semakin meningkat kerana ramai penduduk tidak dapat keluar ke mana-mana.

“Bekalan barang keperluan lain di kedai saya mencukupi kerana tiada belian panik dilakukan penduduk, lagipun hanya ketua keluarga dibenarkan keluar membeli bekalan makanan,” katanya.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat mukim iaitu Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) susulan penularan wabk Cov-19

Sumber : kianimysumber

Semasa

Dah Seminggu Berlaku, Aqilah Satu-Satunya Mngsa Terselamat. Ibu Aqilah Akhirnya Ceritakan Segalanya

Published

on

By

Seminggu berlalu kejadian mengejutkan yang mengorbankan tiga sahabat apabila terhidu karb0n mon0ksida ketika

berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

Dalam kjadian jam 1 pagi itu, keempat-empat mngsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri,

Nor Adilah dan Nor Aqilah Mohd Safwan masing-masing berusia 21 tahun berhenti berehat di stesen minyak berkenaan.

Mereka dikatakan mahu meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Berdasarkan maklumat ahli keluarga, Nor Aqilah yang memandu MPV jenis Honda Odyssey mengalami sakiit kepala

dan memberhentikan kenderaan itu untuk berehat serta membeli makanan.

Selepas berehat seketika, mereka dikatakan tidak menjawab panggilan dan pesanan mesej kerana dipercayai kesemuanya sudah tidak sedarkan diri.

Kesemua mngsa akhirnya ditemui sendiri oleh bapa Allahyrham Ayuni yang keluar mencari selepas anaknya itu gagal dihubungi.

Namun Allah lebih sayangkan mereka apabila bapa mngsa menjumpai keempat-empat mngsa sudah tidak sedarkan diri.

Difahamkan Allahyrham Sharifah Fariesha meninggI dnia ditempat kjadian.

Sementara Ayuni menghmbuskn nfas terakhir beberapa ketika sebaik tiba di hospital.

Manakala Allahyrham Nor Adilah turut meninggI pada hari yang sama pada lewat petang ketika diberi rawatan di hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Aqilah satu-satunya terselamat, ini keadaan terkini beliau

Allahyrham Nor Adilah pergi meninggalkan adik kembarnya,

Nor Aqilah adalah satu-satunya mngsa yang terselamat dalam kejadian yang mengejutkan ramai pihak itu.

Sementara itu, berdasarkan perkongsian ahli keluarga yang dikongsikan rakan lelaki Nor Aqilah, beliau kini berada dalam keadaan stabil.

Menerusi tangkap layar perbualan di applikasi Whatsapp yang dikongsikan di Insta Story,

Aiman Shuhairi berkongsi keadaan terkini Aqilah yang kini masih dalam rawatan rapi.

” Alhamdulillah dah boleh makan dah, tengok muka adik dah kembali macam adik yang dulu..

doakan adik, hari ini doktor dah bagi adik makan melalui tiub.

” Nafas adik pun dah laju, ubat tidur pun dah stop..InsyaAllah adik sedar esok lusa,” tulis ahli keluarga dipercayai ibu Aqilah.

Kata ibu Aqilah lagi, kulit wajah Aqilah kelihatan kuning disebabkan hati tidak berapa berfungsi,

namun hari ini alhamdulillah kuning tersebut sudah berkurangan.

” Adik alhamdulillah, doktor dah buang ubat-ubat dia, nampak macam adik sedar dah, kerap batuk tapi tak keluar macam kita..kesian tengok dia”

” Doa kat adik, kesian tengok duk batuk macam terangkat badan-badan..” tulis ibu Aqilah lagi.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata

kesemua mngsa dipercayai terhidu keracunan karb0n mon0ksida ketika berehat dalam kereta itu.

Kesemua mereka yang menuntut di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves, Selangor itu dikatakan singgah berehat di stesen minyak berkenaan

pada 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta jenis Honda Odyssey pening dan muntah.

Dipercayai mereka terhidu gas itu ketika dalam perjalanan lagi, sehingga mereka berhenti kerana berasa pening.

Sumber : Aimanshuhairi / asiaunited

Continue Reading

Semasa

Permaisuri Bergegas Pulang Dari Kota Bharu, Agong Dimasukkan ke IJN. Ini Keadaan Terkini Baginda

Published

on

By

Terkini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin,

baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

” Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan

Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

” Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat.

” Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu,

Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Tunku Hajah Azizah membatalkan lawatan itu yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok.

Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera

serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Sekilas info tentang Al-Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah Al-Haj diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaya).

Baginada adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6 yang dimasyhurkan pada 15 Januari 2019.

Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.

Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16

dan akan memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan pada 31 Januari 2019.

Kehidupan awal

Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal,

Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV.

Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang ketika itu (Tengku Ahmad Shah),

merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah.

Baginda ialah anakanda keempat daripada lapan adik-beradik. Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam.

Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas,

Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw.

Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Sumber : Hm

Continue Reading

Semasa

Polis cakap tiada unsur jenayah, kejadian kubur berdarah. Ini Pekerjaan arwah ketika hidup

Published

on

By

ALOR SETAR: Imam Masjid Al Irfan di Derga, di sini, Abdul Hadi Awang, 55,

merayu kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran video “kubur berdarah”

seperti yang sedang tular di media sosial.
Menurutnya, seluruh jemaah masjid terkilan dengan penyebaran berita “kubur berdarah”

itu kerana boleh mengundang pelbagai andaian selain mengaibkan jenazah berkenaan.

Katanya, dia juga berharap keluarga Allahyarham bersabar dan bertenang kerana perkara itu sudah menjadi kes polis.

Menceritakan keperibadian arwah, Abdul Hadi berkata, sepanjang hayatnya,

Allahyarham merupakan seorang yang berperibadi mulia dan sentiasa memberi sumbangan kepada khariah masjid.

Abdul Hadi berkata, Allahyarham meninggal dunia dan dikebumikan tiga minggu lalu pada usia 78 tahun akibat sakit tua.

Kata Abdul Hadi, ketika berkunjung ke tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan kepada jenazahj tempoh hari,

beliau dan rakan-rakan jemaah lain menyedari terdapat cecair merah di kubur sekitar pukul 11 pagi.

Namun begitu, Abdul Hadi tidak pula menyangka ada pihak yang meramkan kubur berkenaan dan menyebarkannya

menerusi aplikasi mesej WhatsApp selain tular di media sosial lain beberapa jam kemudian

Arwaah seorang cikgu

“(Penyebaran video) mengaibkan keluarga jenazah itu sedangkan dia (Allahyarham) orang bagus,

(seorang) cikgu, banyak buat kebajikan pada masjid ini.

Pejabat agama kata perkara macam ini jangan cepat percaya (viral) mereka seronok (sebarkan),” kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Setiausaha masjid berkenaan, Yahya Saad, malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata,

sehingga kini pihaknya sedang menunggu siasatan pihak p0lis sebelum mengulas lanjut mengenai isu terbabit.

Terdahulu, pasukan Forensik P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di perkarangan tanah perkuburan itu untuk melakukan siasatan

Tiada unsur j33nayah

ALOR SETAR – Tiada unsur jenayah ataupun khianat yang boleh dikaitkan dengan kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan Derga.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor bagaimanapun berkata,

sampel tanah telah diambil untuk pengesahan jabatan kimia.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ni.

Pejabat Agama Daerah Kota Setar hari ini turut memaklumkan tidak dapat mengesahkan punca kejadian

‘kubur berdarah’ yang tular dan menyerahkan perkara terbabit kepada polis untuk siasatan.

Semalam, video berdurasi 19 saat memaparkan keadaan kubur dengan cecair warna merah menjadi tular

di media sosial sehingga ramai yang datang ke lokasi itu untuk melihat kejadian berkenaan.

Continue Reading

Trending