Infomaklumat

Kerajaan Tiada Pilihan Lain Terpaksa Laksana Semula PKP Jika Kes C0vid19 Cecah Angka Ini

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kes Covid-19 kembali mencecah tiga angka.

Amaran tersebut disuarakan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik.

“Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat perkara ini.

“Saya memahami kalau PKP ini dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia bersempena Program Cakna Veteran ATM di Wakaf Mek Zainab di Kota Bharu pada Ahad.

Mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini, Ismail berkata perkembangan itu berpunca daripada kealpaan masyarakat termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Esok akan ada satu mesyuarat membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan akan memutuskan pelbagai perkara, rakyat mestilah mematuhi SOP itu nanti,” katanya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang pulang bersempena Hari Raya Aidiladha supaya mematuhi SOP termasuk ketika menghadiri ibadah korban.

Sumber : mstar

ARTICLE BERLAINAN :

C0vid-19 Individu Gag4l Buat Ujian Saringan Kedua Ditangk4p Mulai Es0k

Bermula esok, polis akan menahan dan mendakwa individu yang belum menjalani ujian saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata individu terbabit telah diarahkan menghubungi pejabat kesihatan daerah berdekatan untuk menjalani ujian saringan kedua berkenaan.

Bermula 24 Julai lalu, kerajaan memutuskan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang masuk ke Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin termasuk kos ujian saringan COVID-19.

Keputusan itu dibuat berikutan sikap segelintir individu yang pulang ke tanah air melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah dengan keluar serta berada di tempat awam selain menanggalkan gelang tangan yang wajib dipakai dalam tempoh tersebut.

Menurut Ismail Sabri, setakat ini seramai 839 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di enam stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

“Mereka pulang dari 17 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, China dan Australia,” katanya.

Sumber : Bernama/KKM

ARTICLE BERLAINAN :

Det!k Epik Menteri Luar Negeri Malaysia Dan Singapura Bersua Di Atas Tambak Johor

Menarik perhatian pengguna media sosial, beberapa keping gambar antara dua orang Menteri Luar Negeri Malaysia dan juga Singapura, iaitu Datuk Seri Hishammuddin dan Dr Vivian Balakrishnan.

Kedua-dua menteri ini dilihat telah mengadakan pertemuan ringkas serta perbincangan di sepadan Malaysia dan Singapura, melalui perjumpaan di atas Tambak, Johor.

Kejayaan membuka sempadan Malaysia dan Singapura bakal dijadikan “template” untuk rintis perbincangan green travel bubble dengan negara lain.

Tambahan, pergerakan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura dikatakan akan bermula paling awal 17 Ogos 2020 ini.

Sumber : KLM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *