“Kenapa eh..hram ke pakai..” Bengang dihina artis miskin. Mrah betul Jasmin sampai ‘s0und’ macam ini

SELEPAS beberapa tahun tidak digunakan di atas jalan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, akhirnya kereta kesayangan pelakon Jasmin Hamid kembali berfungsi.

Mengimbau banyak jasa kereta jenis Proton Wira itu, Jasmin turut mengakui dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin gara-gara masih menggunakan kenderaan lama.

“Alhamdulillah my felari (kereta saya) sudah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya.

“Takkan artis pakai wira lama? Dah jatuh miskin ke?” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.

 

Dalam hantaran tersebut, Jasmin kelihatan sangat gembira menaiki Bobob sambil ditemani suaminya iaitu Nazmir Abdul Rahim.

Meskipun cacian tersebut sering kali dilontarkan, aktres ini memilih untuk tidak mengendahkan hal itu.

“Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay sahaja pakai Wira lama, yang awak alahan kenapa?

“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga rapat-rapat,” ujarnya

sebagi rekod, PELAKON Jasmin Hamid memaklumkan bakal menjalani proses pengimejan resonans magnet (MRI) selepas doktor mengesan terdapat kelainan pada bahagian urat jantungnya.

Jasmin, 51, berkata, keadaan itu jarang-jarang berlaku kepada pesakit jantung dan MRI perlu dilakukan bagi mengesan sebab sebenar masalah tersebut.

Pun begitu kata Jasmin, secara keseluruhan jantungnya berada dalam keadaan baik selepas menjalani prosedur angiogram di Hospital Serdang, Selangor pada Jumaat lalu.

“Syukur Alhamdulillah berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mentua, keluarga, sahabat handai dan penyokong-penyokong yang sayangkan saya, doktor memaklumkan saya bebas sumbatan. Ini adalah berita baik yang saya terima.

“Berita buruk pula, saya harus menjalani ujian MRI kerana doktor mendapati urat jantung saya agak pelik sedikit berbanding biasa… Agak jarang kes sebegini katanya,” katanya.

Jasmin berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaannya di hospital.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *