Hiburan

“Kena Berlajar Berjalan Balik Kalau Nak Cepat Sembuh..” Ramai Tertanya Tanya Keadaan Terkini Kuza

Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan dan tidak ada juga manusia yang tidak ditimpa sakit. Begitulah resam kehidupan ini selain menikmati kesenangan, kebahagian dan keseronokan, sakit juga datang dan pergi menjadi sebahagian bentuk ujian dalam kehidupan ini.

Memetik berita yang dikongsikan di page artis maIaysia, dikatakan pelakon Kuza menderita sakit lutut hampir sebulan selepas mengalami keced3raan ‘ch0ndral’ pada bahagian kaki kanan. Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani, 48, berkata, keced3raan itu menyebabkan lututnya tidak dapat dibengk0k selain sukar untuk bersila.

“Saya kena sakit itu ketika sedang berjalan. Ingatkan sakit biasa saja tapi ia tidak hilang dan lama-lama jadi bengkak selain ada cecair dalam lutut. Lutut saya mula tak boleh nak bengkok dan susah bersila. Saya cuba urut sendiri dan sapu ubat tapi tidak juga hilang selepas hampir sebulan,” katanya.

Lebih Baik Jumpa D0ktor

Kuza akhirnya membuat keputusan mendapatkan rawatn d0oktor dan hasil pemeriksaan mendapati bahagian dalam lutut memang ada keced3raan. Menurut Kuza, dia sudah menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan x-ray serta prosedur wajib lain.

Katanya, keced3raan itu mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh. Dalam pada itu, dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai sakit lutut seperti itu.

“Daripada pengalaman saya, sesiapa yang ada rasa sakit lutut dan tak juga baik-baik, lebih baik pergi jumpa d0ktor pakar. Jangan dibiarkan sebab kalau sudah teruk akan mudarat pada diri kita,” ujarnya.

“Doakan Saya…”

Terdahulu, Kuza berkongsi gambarnya bertongkat dan sukar berjalan menerusi Instagram. Dia turut dihujani komen mendoakan supaya cepat sembuh oleh rakan artis serta pengikutnya.

Ujarnya, “Alhamdulillah sy beransur pulih.. tak boleh manjakan sangat kaki kena jugak berlajar berjalan balik kalau nak cepat sembuh..Hati kena kuat kena tahan rase sakit sikit ,kena cuba jalan .Doakan saya cepat sembuh.

“This is my journey… keep going..slowly but surely.. Nanti saya akan share macammane saya injured lutut ye…”

Sumber : kuzamuzani_officiaI / artis MaIaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *