Connect with us

Infomaklumat

Kelayakan BPN Terbatal, Ramai Yang Tidak Mengetahui Puncanya Sehinggalah Didedah Pemuda ini

Published

on

Semasa pengumuman pekej rangsangan ek0nomi yang lalu oleh PM, ramai yang mengambil maklum tentang pemberian bntuan prihatin buat golongan B40 dan M40.

Pengumuman tersebut sedikit sebanyak melegakan majoriti rakyat yang terkesan dengan PKP kerana ramai yang terjejas dari segi sumber pendapatan apabila tidak boleh keluar bekerja.

Pekej rangsangan ekonomi yang diumum tersebut jelas meningkatkan popularitu TSMY kerana ia berbentuk inklusif tanpa mengabaikan mana-mana pihak dengan pengunaan tagline “no one left behind”.

Namun begitu baru-baru ini heboh dilaman s0sial apabila ramai yang merungut apabila kelayakan mereka dibtlkan kerana mereka atau pasangan mereka mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM.

Berikut merupakan salah satu entri yang mendapat banyak perkongsian di laman sosial apabila beliau mempertlkaikan SSM sebagai indikator pemberian bantuan.

“Kalau betul tak dapat bantuan sebab ada ssm, memang kesian. Apa kaitan ssm dengan kelayakan pemohon?”

“Ssm bukan indikator kekayaan/kemisknan. Ada orang tak ada sekeping ssm pun, tapi tanah bendang berpuluh relung. Ada orang ada 4-5 keping ssm, tapi masih susah berniaga rvgi siap berhutng.”

“Ada pula orang dia ada ssm setakat ada ssm, berniaga apa pun tidak, hidup struggle macam tu juga. Jadi apa kaitan ssm dengan skim bantuan yang dijanjikan?”

“Kita semakin hilang sekuriti pekerjaan (dah hilang beribu dan akan hilang beribu lagi) yet ssm pula jadi indikator kelayakan.”

“GiIa punya struggle manusia sekarang jual kuih yang untng entah berapa kupang tu pun sanggup redah hujan panas naik motor hantar ke rumah orang woih.”

Nak tunggu ssh macam mana lagi?” tulis Fdaus Ahmad.

Namun begitu ramai juga yang hanya tahu mempertikaikan tentang keperluan merujuk SSM dalam pemberian BPN sehinggalah diterangkan oleh pemilik akaun fb Johan al Fateh ini.

“Saya ada baca banyak posting yang mengeluh, mereka tak dapat BPN sb dh ada SSM”

“Ini bg saya benda yg pelik tak pernah lg saya jumpa kes mcm ni, btw, yang masih belum mengenali saya, Kerja saya setiap hari duk bantu perniaga2 yang ada SSM ni, buat akaun dan submit cvkai mereka”

“Mostly plngan saya yang B40 (ada SSM) semuanya LAYAK dapat BPN. Takda Masalah pun. Malah Ada yang pada tahun 2019 mereka dh capai tahap pendapatan T20 tetapi mereka masih layak dapat BPN RM 1,600”

“Ini bukan cerita ada SSM ke tak, Ini cerita awak buat akaun dan declare cvkai ke idok itu je? Bukan slh k’jaan, bukan slh SSM, sb data yg saya ada menunjukkan kesemua pelanggan saya yg pndapatan kurang rm8,000 (seperti yg mereka declare dalam borang B) semuanya dapat.”

“Bukan tu sahaja, malah kesemua mereka ni sedang menunggu kelulusan Geran Khas Perihatin RM 3,000”

“Cuba tepuk dada, tanya diri sendiri, adakah aku dh submit dan declare pndapatan aku kpd k’jaan? Kalau tak tau macam mana haa”.

Perkongsian beliau mendapat pelbagai reaksi masyarakat sehinggakan ramai yang meninghalkan komen.

“Senang je.. Ikut arahan.. Ape sush…ni duk pusing2 takut nk declare itu ini..kite xtolong diri kite mcm mn org nk tolong kn…pastu bising xdpt bntuan…. Bnde simple…usaha sikit je, proaktif.. Man jadda wajada… Semua ada penyelesaian, kite yg xcari…” kata Ibnu Arsad

“sy ade ssm.mmg xde declare pdpatan ke cukai ke sbb ssm yg ade pon utk nege pasar malam yg purata pndapatan xmnntu. dapat duit pon xtau kemane habis blnjer.. ssm skdr xnk kene saman je nege. nege plk ibarat kais pg makan pg jer…” tulis Ruzita Yakob.

“Rakyat msia ni org berniaga dia nak berniaga jugak, dah niaga kena ikutlah garis panduan berniaga. Makcik Kiah jual goreng pisang untung pasti tak cerita, pendapatan melebihi org makan gaji pun tak cerita, so kat mana Gomen nak tahu untung rugi korang mestilah diberitahu melalui LHDN bukan buku 555 … kalau berniaga mesti ada akaun untung rugi…ko declare pun tak semestinya nya ko kena bayar cukai…aduyai..” tambah Itah Mdtahir pula.

Nampaknya ramai juga yang tidak memahami keperluan untuk mengesahkan pndpatan. Walaupun sekadar memiliki perniagaan yang kecil atau tidak mengvntvngkan sekalipun, semua pemilik syarikat perlu untuk membuat pengesahan pndapatan.

Jadi melalui pengesahan tersebut barulah kerajaan dapat membuat penilaian sama ada pemilik syarikat tersebut layak untuk menerima bantuan atau tidak.

Ada juga penjual produk kosmetik dalam talian yang mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, jadi adakah individu tersebut layak untuk menerima bantuan?

“Orang cerita pasal declare pndapatan. Depa cerita pasal cvkai. Memang kurang faham kot ntizen ni. Declare pndapatan tu semua kena buat. Baru lah tahu layak dapat ke tak.”, kata Ummu Razin.

Infomaklumat

8 Lapan Kali Bergelar Juara Dunia, Jumlah Pencen Datuk Nicol David Setaraf Pemenang Medal Olimpik!

Published

on

By

LAYAN Datuk Nicol (David) seperti pemenang Olimpik.” Itu pandangan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen Daud yang melihat elaun bulanan sepanjang hayat wajar dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada ikon negara itu.

 

 

Walaupun skuasy tidak dipertandingkan di Olimpik, beliau melihat pemberian elaun bulanan kepada Nicol seperti pemenang pingat Olimpik adalah salah satu cara menghargai penat lelahnya.

 

 

“Selama 20 tahun dia berusaha menaikkan nama negara. Lapan kali bergelar juara dunia, sembilan tahun berada di kedudukan nombor satu dunia.

“Mana pernah atlet Malaysia lain meraih pencapaian sepertinya. Atlet seperti Nicol seharusnya dibantu dari segenap aspek. Pencen adalah salah satu perkara yang wajar dipertimbangkan,” menurut Nik Razeen.

 

Untuk rekod, pencen hanya diberikan kepada atlet negara yang meraih podium di Olimpik atau Paralimpik di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO).

Pemenang emas di Olimpik akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM5,000, perak RM3,000, manakala gangsa RM2,000 yang diterima sepanjang hayat.

Antara penerimanya adalah Datuk Lee Chong Wei (perak Olimpik Rio), Azizulhasni Awang (gangsa Olimpik Rio), selain tiga atlet paralimpik negara yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio iaitu Mohd Ridzuan Puzi, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

“Sayangnya skuasy masih belum tersenarai di Olimpik, jika sebaliknya sudah pasti emas berjaya diraih. Namun, dia wajar dipertimbangkan untuk dilayan seperti pemenang medal Olimpik.

“Malah bukan saja kepada skuasy, namun sukan lain yang mempunyai juara dunia turut wajar diberikan layanan sama,” tambahnya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengarahkan MSN mewujudkan satu insentif istimewa bagi memastikan perancangan atlet berusia 35 tahun itu yang bakal bersara dapat dijayakan.

Nicol yang bakal bersara pada Jun ini, turut meraih 81 kejuaraan Jelajah PSA, selain lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel.

Pada masa sama, Nik Razeen menjelaskan pihaknya sedia mendengar perancangan Nicol dan memberikan sokongan penuh kepadanya nanti. Sumber harian metro

Sebut sahaja sukan skuasy, nama Datuk Nicol Ann David pastinya tokoh sukan paling disegani sehingga diberi jolokan ratu skuasy negara. Kejuaraan demi kejuaraan dirangkul saban tahun sehingga mendapat gelaran pemain profesional dunia.

Terbaru, dunia sukan dikejutkan dengan pengumuman terbaru Nicol David yang menyatakan hasrat persaraannya, semalam.

Nicol menerusi laman sosialnya mengesahkan akan bersara selepas Jelajah Profesional Squash Assosiation (PSA) pada Jun depan. Keputusan itu diambilnya setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan. Paling membanggakan Nicol pernah berada di kedudukan pemain nombor satu dunia 9 tahun berturut-turut bermula 2006 hingga 2015.

Menurutnya, keputusan itu amat tepat buat dirinya ketika ini. Walaubagaimanapun, Nicol mengakui akan kekal aktif dalam sukan yang sudah menjadi darah dagingnya itu.

Selepas lebih 20 tahun mewakili negara dalam sukan skuasy, beraksi dalam jelajah profesional dan menikm4ti beberapa kejayaan, saya sekarang ini sudah bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan pada penghujung musim ini.

Ujarnya, keputusan bersara telah lama difikirkan dan dia sedia maklum musim ini adalah yang terakhir untuknya. Tambahnya lagi, dia telah berjuang fizikal dan mental untuk kekal yang terbaik sebelum ini dan hanya tinggal tenaga terakhir sebelum ke peringkat seterusnya.

Keputusan ini telah difikirkan masak-masak dan saya tahu ini adalah musim terakhir untuk saya sertai. Minda dan tubuh daya telah lama berjuang untuk kekal berada di tempat teratas, kekal menjuarai untuk masa yang panjang.

Saya rasakan hanya ada tenaga terakhir untuk musim terakhir sebelum melangkah ke fasa berikutnya dalam hidup.

Selain kejayaannya memenangi 8 kali kejuaraan dunia, Nicol juga pernah merangkul piala Terbuka Britain, 2 pingat emas Sukan Komanwel, 5 emas Sukan Asia dan 3 emas di Sukan Dunia.

Zaman kegemilangan Nicol di ranking dunia PSA berakhir pada September 2015 namun dia mengukir sejarah dengan rekod paling lama memegang takhta top 5 selama 143 bulan dan top 10 selama 177 bulan.

Selepas bergelar pemain profesional pada 2000, pemain kacukan Cina-India ini memenangi 81 gelaran, ke final sebanyak 102 kali dan memenangi 567 dari 680 perlawanan. Kejuaraan terbarunya adalah di Ciudad de Floridablanca pada Mac 2017.

Anak kelahiran Pulau Mutira ini juga berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian pada musim panas tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Bernama / Nalurikini / petuadanresepibonda

Continue Reading

Infomaklumat

Mangkat Di Usia 38 Tahun, Ini Pekerjaan Putera Azim Yg Ramai Tak Tahu

Published

on

By

RAKYAT Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar

Pergi pada usia 38 tahun, Almarhum dikenali sebagai seorang yang penyayang dan begitu prihatin kepada rakyatnya.

Biodata Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz. 

Almarhum merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.

Lahir di Bandar Seri Begawan, Brunei, 29 Julai 1982, Almarhum adalah anak sulung Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Pengiran Isteri Hajah Mariam.

Pangeran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.

Pada tahun 2008, Putera Azim dihantar untuk mengikuti kursus latihan pegawai selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, tetapi dia berhenti selepas satu minggu.

Kenangan arwah bersama kekanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen

Pangeran Haji Abdul Azim juga dikenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Pada tahun 2009, Almarhum menubuhkan dana di mana hasilnya disumbangkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.

Pada bulan Mei 2011, ketika di sebuah pertunjukan amal yang diadakan di Dewan Indera Samudra Empire Hotel dan Country Club, Brunei, di mana 31 orang dengan autisme tampil, Putera Azim mengatakan bahawa mereka yang menderita autisme harus dilayan dengan terhormat, “seperti mana-mana ahli keluarga anda”.

Penerbit Filem

Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions yang menerbitkan filem You Not You.

Sikap pro-Islamik ayahnya telah memberi kesan neg-atif terhadap campur tangan pangeran di kalangan penggiat seni di Hollywood.

Bersahabat Baik Dengan Mariah Carey

Pengiran Abdul Azim dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey. Di pesta ulang tahun Azim ke-30, sekitar pertengahan 2012, Carey turut serta hadir memeriahkan acara. Turut hadir,  aktres Pamela Anderson dan Raquel Welch.

Komplikasi Kesihatan

Terdahulu dalam satu hantaran di laman sosial media instagram Bruneiroyalfamily, telah memaklumkan Pemergian Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.

Berikut status penuh di laman instagram tersebut Bruneiroyalfamily petang tadi

” Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

” Dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

” Jnazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.

” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Continue Reading

Infomaklumat

“Suka tayang harta” Wartawan terkejut tengok senarai 50 org terkaya di Malaysia

Published

on

By

Negara kecooh apabila berita penagkapan boss Macau Sca4m terbesar rupanya di dalangi rakyat tempatan

Apa yang lebih mengejvtkan, beberapa artis ternama Malaysia turut terpalit sama kerana ada antara mereka turut menerima sebhagian wang h4ram tersebut untuk tujuan perniagaan

Mesti ramai yang nak tahu, siapakah individu-individu tersebut. Katanya, mereka ini sangat terkenal dalam kalangan seIebriti tanah air kita dan menjalani kehidupan yang sangat me-wah

Seorang senior wartawan Syahril A. Kadir tampil mengulas isu tersebut. Berikut tulisan beliau yang kita boleh renungi bersama

Manusia  “Baru Nak Up” Suka Tayang Harta

“AKU perhati je senarai 50 nama orang-orang terkaya di Malaysia menurut data terkini (2020) yang dikeluarkan oleh Forbes.

Nokharam, takdak satu pun nama yang tersenarai di bawah ini terselit nama geng-geng Insta yang suka tayang rumah banglo depa, kereta mewah depa,

percutian depa, bini dan awek depa yang seksi meksi semua tu. Kalau ikut gaya tu dah macam kaya-kaya sangat dah!

Hairan betul manusia ‘baru nak up’ macam geng2 Macau Scam, geng-geng MLM, geng-geng taukeh kosmetik etc ni…

bukan main lagi berbangga dok tayang selagi boleh aset yang depa miliki.

Nasib baik belum ada company yang buat spenda dan coli bertatahkan berlian kat Malaysia ni, kalau ada, tu pun depa akan beli, pakai dan tayang kat socmed.

Apa punya b0doh dok tayang kekayaan kat orang ramai, semua tu ‘madu’ yang akan menarik perhatian abang-abang LHDN, SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk ‘menghurunginya’.

Apatah lagi bila korang buat kerja haram macam ni.

Ibarat kata korang korek lubang kubur dan korang juga yang tanam diri sendiri.Bingai.

KISAH TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI

“SAYA pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

“Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini.

“Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,

boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.

Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

“Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

“Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal,

biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

“Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan,

mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

“Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

” – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

kredit: Syahril A. Kadir

Sumber : kecohape

Continue Reading

Trending