PENYANYI Dayang Nurfaizah memberitahu dia tidak terasa hati walaupun kerap diajukan soalan mengenai jodoh.
Meskipun mempunyai keinginan untuk menamatkan zaman bujang, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, berkata rezeki itu masih belum berpihak kepadanya.
Justeru itu, dia memohon agar peminat mendoakan semoga cepat dipertemukan jodoh.
“Saya daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama.
“Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting… Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni.
“Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya kepada mStar.
Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan pelbagai isu rumah tangga termasuk perceraian yang berleluasa ketika ini membuatkan dia berasa fobia untuk berkahwin pada masa terdekat.
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini berkata, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup walaupun bakal mencecah usia 31 tahun pada 20 Julai depan.
“Faktor usia tidak menjadi isu buat saya. Malah ibu bapa dan keluarga saya juga tidak pernah bertanya kerana mereka memahami dan menghormati keputusan saya.
“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Dayang berkata kes-kes perceraian dan keruntuhan institusi keluarga yang berlaku di kalangan masyarakat mendatangkan kebimbangan kepadanya.
“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.
“Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya.
“Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelasnya.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.