Hiburan

“Kebaikan Buat Saya Dibalas Cash,” Suami Mira Filzah Dedh Sesuatu Yang Mengejvtkan Ramai

Suami kepada pelakon cantik Mira Filzah, Wan Emir Astar mended4hkan dirinya pernah terper4ngkap dalam taman surga Raudhah bersebelahan makam Rasulullah S.A.W ketika mengerjakan ibadah di Masjid Nabawi, Madinah.

Kongsinya, perancangan awal untuk solat malam di Raudhah menjadi lebih panjang hingga ke Subuh ekoran situasi terbabit.

“Suka saya berkongsi semula kisah ini, di mana perancangan awal saya untuk solat malam di Raudhah biarpun sekejap, tukar menjadi berjam-jam lamanya akibat ‘terper4ngkap’ di dalamnya.

“Pada asalnya, saya sedang melaksanakan ibadah saya dan kelihatan ramai yang menunggu peluang mereka untuk mengambil tempat saya.

“Sedar dengan situasti itu, saya berniat untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mengambil tempat saya dalam saf dan beredar keluar daripada kawasan Raudhah.

“Dengan kuasa Allah SWT, perjalanan saya untuk keluar dari situ dih4lang dengan kuatnya oleh barisan-barisan saf di hadapan saya, membuatkan saya terper4ngkap dalam ‘Taman Syurga’ sehingga Solat Subuh.

“Erti lain, menjadi kebaikan buat saya dengan serta merta, dibalas ‘cash’. Bersandarkan tiang Raudhah itu, saya cuba manfaatkan setiap saat dengan beramal sehingga masuk waktu Solat Subuh, dan teristimewanya adalah tiang itu antara yang berdekatan dengan Rasulullah kekasih Allah SWT.. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Tambah Wan Emir lagi, peristiwa itu menjadi sebahagian daripada momen paling istimewa ketika berada di Tanah Haram.

“Ya, sebolehnya kita semua hendak berada di tempat seistimewa Raudhah dengan lebih lama, ataupun memiliki sesuatu yang cukup berharga kepada kita, tetapi jika kita berkongsi/memberi sesuatu kepada saudara kita seperti mana yang kita mahukan buat diri kita, maka itulah yang sebaik-baiknya.

“Syukur ya Allah atas petunjukmu dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola yang sebenar-benarnya buat kita semua.

“Moga perkongsian peristiwa ini dapat mendekatkan kita dengan sunnah dan tauladan Rasulullah, pemilik sebaik-baik akhlak untuk kita jadikan ikutan dan panduan hingga akhir zaman. Dan semoga setiap daripada kita bakal menjadi tetamu Allah SWT di tanah-tanah suci Nya, aamin YRA,” tambahnya.

Sudut Raudhah merupakan tempat sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke dalam masjid itu akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalamnya.

Raudhah antara tempat doa dimakbulkan dan mengikut sejarah merupakan salah satu tempat Rasulullah S.A.W dan sahabat beribadah dan tempat diturunkan wahyu.

Sumber: Gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *