“Kau ank bod0h.. duduk diam2” Baru nak buat mama bangga, tak sngka ini respond ank Kak KM

USAHAWAN sensasi Liana Rosli sekali lagi secara terbuka menghambur kata-kata kasar terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan keputusan cemerlang diperoleh anaknya iaitu Nabila Razman.

“Aku tidak peduli dengan mulut-mulut bangsat di luar sana. Aku tahu anak aku bijak pandai, yang lain pergi mampus.

“Kau anak bodoh, duduk diam-diam,” tulisnya di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Sebelum itu, Liana berkongsi keputusan cemerlang Nabila bagi peperiksaan semester pendek yang didudukinya baru-baru ini di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Rasa bangga Liana itu bagaimanapun diperlekeh segelintir pihak hanya kerana Nabila hanya mengambil dua subjek untuk semester berkenaan bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan.

Dalam pada itu, Liana berkata, dikurniakan anak yang bijak juga adalah satu nikmat dan rezeki kurniaan Allah dan pencapaian Nabila itu adalah hasil usahanya sendiri.

“Anak bijak pun rezeki. Ingat senang ke nak cemerlang? Kena tekun belajar… Syukur semua hasil usaha anak mama sendiri,” ujarnya.

Menerusi satu perkongsian lain dibuat Nabila di Instagram miliknya memberitahu keputusan diperolehinya itu sebagai membalas kekecewaan kerana gagal mendapat Anugerah Dekan bagi semester lalu.

“Bagi saya ini pencapaian untuk diri sendiri. Semester lepas saya menangis sebab dapat 3.6… Saya nak sangat simpan satu sijil Anugerah Dekan.

“Harapan saya nak buat mama bangga dan bukan satu Malaysia bangga dengan saya,” jelasnya.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *