“Kami selesaikan secara tertutup” Norman Hakim buat pengakuan ank cakap ni sambil menangis

PELAKON Norman Hakim akhirnya tampil bersuara menjelaskan dia mendiamkan diri berhubung ia membabitkan anak perempuannya kerana memilih menyelesaikan masalah keluarga secara tertutup.
Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, berkata, dia dan keluarga mengambil iktibar dan menjadikan inside yang ditimbulkan anak perempuannya itu sebagai pengajaran.

“Terima kasih juga kepada yang prihatin atas ujian buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah gerak hati dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup.
“Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku. Mohon doakan yang baik-baik, katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.
Dalam pada itu, Norman berkata, dia membaca setiap komen ditinggalkan netizen di media sosial miliknya dan memohon maaf bagi pihak anakya iaitu Marrisa Dania Hakim, 18, susulan kekecohan itu.
“Saya happy baca komen semua… Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik daripada kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami.
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya.

“Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari-Nya,” luahnya. Dalam perkembangan lain, Norman memaklumkan dia dan keluarga baru sahaja sembuh daripada jangkitan Influenza A malah anak perempuannya Mikayla Delisha Hakim, 5, terpaksa menerima rawatan di hospital.

Salah satu nikmat paling besar apabila dikurniakan kembali nikmat sihat. Minggu lepas satu keluarga dijangkiti Influenza A bermula dengan saya selepas it berjangkit ke mummy (Memey Suhaiza) kemudian Awish (Muhammad Darwisz Hakim), Kikim (Muhammad Dikhriz Hakim) dan akhir sekali Kayla.
“Kayla saja paling lama demam dekat lima hari tak kebah, kena tahan hospital untuk masuk drip antibiotik sebab dia memang tak pandai makan ubat.
“Dan syukur sangat hari ini dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia,” kongsinya. Pada malam Khamis lalu, seorang wanita dikenali sebagai Umisya Mazlan mendedahkan seorang anak selebriti menjadi penyebab rumah tangganya bersama suami musnah menerusi hantaran di laman X (Twitter).

Ibu kepada dua anak it mendakwa peluang sebanyak tiga kali yang pernah diberikan sebelum in tidak diendahkan sehingga memaksanya mendedahkan perbuatan mereka kepada umum.
Marissa pula pada Sabtu tampil mengakui kesilapan namun menegaskan tidak semua cerita tentang dirinya yang tular adalah benar. Malah remaja itu turut memberitahu hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai Aslam sudah berakhir.
Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *