“Kalau saya letak rate sebenar, memang tak mampulah mereka nak bayar” Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha akui tidak memilih sebarang tawaran berlakon yang diterimanya meskipun sudah 18 tahun dalam dunia seni hiburan.

Kata aktres berusia 39 tahun itu, bidang lakonan memang diminatinya dan tidak semua perkara dilakukan hanya kerana wang ringgit.

Disebabkan itu jugalah, dia tidak menolak tawaran lakonan di bawah arahan Haizul Anafer Ali menerusi filem Biduk Bu Merah meskipun dibayar dengan kadar yang rendah.

Filem itu boleh dikategorikan sebagai filem bajet rendah dan Fasha akui menerima tawaran tersebut kerana minat dalam bidang ini.

Hazrul ni dah lama dalam industri, dia cakap minta tolong tu sebab filem ini bajetnya tidak besar… jadi saya tidak boleh caj dengan rate saya.

Tambah isteri Aidil itu lagi, selain bayaran pelakon juga perlu ambil kira beberapa perkara lain termasuklah pengalaman bekerja dengan orang lama dalam industri seni.

Setiap artis akan menjaga rate masing-masing. Kalau kita bekerja kena ikut bajet penerbit tersebut. Mereka ini hanya ingin berkarya tetapi nak berkarya harus menggunakan bajet jadi saya faham perkara itu… kalau saya letak rate sebenar memang tak mampulah mereka nak bayar.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *