“Kalau Islam Tak Perlu Bangga” Nia Atasha Dipilih Jadi Model ‘Victoria Secret’, Ada Yang Tak Senang Hati Melihat Videonya

Sebelum ini, model terkenal, Nia Atasha telah dipilih untuk menjadi salah seorang muka hadpan untuk kempen terbaru jenama pakaian dalam wanita, Victoria Secret.

Menerusi temu bual bersama Eh!, Nia atau nama penuhnya Nia Atasha binti Rosli berkata ianya satu penghormatan baginya untuk dipilih dan diberi peluang menjadi model kepada jenama terkenal itu.

Bukan itu sahaja, model berusia 26 tahun itu memaklumkan dia sudah lama mempunyai impian untuk menjadi model jenama itu sejak memulakan karier.

@ehmalaysia Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou ♬ original sound – ehmalaysia

Meninjau di ruangan komen, rara-rata rakan artis telah memuji dan mengucapkan tahniah kepada Nia kerana menjadi model pertama yang  berbangsa Melayu di jenama Victoria’s Secret.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan pemilihan Nia sebagai jenama pakaian dalam itu.

Malah, ramai yang tidak menyokong model beragama Islam menjadikan peragaan pakaian dalam sebagai satu kerjaya yang patut dibanggakan.

komen

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *