Kadang kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka – Ali puteh bahan Abby

Isu rumah tangga seorang wanita yang retak akibat orang ketiga membabitkan anak pasangan selebriti mengundang perhatian banyak pihak termasuk rakan-rakan selebriti.

Keadaan bertambah hangat apabila orang ketiga berkenaan tampil mengaku bersalah atas perbuatannya itu membuatkan ramai terkedu kerana tidak menyangka di usia mash remaja seperti itu sudah menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, turut tampil mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai ia berkenaan.

“2020 berlalu, kini 2023. Moga baik sahaja buat keluarganya. “Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” tulisnya dalam kapsyen gambar di Instastory semalam.

Dua gambar tersebut menunjukkan keratan laporan berita yang mengutip kenyataan Abby Abadi berhubung is Ali Puteh dengan kakak iparnya. Di mana, Abby mengatakan dia tetap menyebelahi balu kepada arwah Abam dalam isu tersebut.

Manakala gambar kedua laporan berita terkini berhubung kes yang membabitkan anak selebriti berkenaan, Marissa Dania Hakim, yang didakwa menyondol suami orang sehingga pasangan itu bercerai berai.

Sumber : therepoter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *