Pada malam Ahad, telah berlangsungnya progam realiti Famili Duo musim ke-3 dan pada minggu tersebut, duo Shila dan Syahir Amzah kembali mengecewakan para juri dengan persembahan yang kurang memuaskan secara keseluruhan.
Pasangan yang membawa lagu Baby One More Time ini gagal untuk menambat hati juri lagi lagi apabila nyanyian Syahir Amzah dikatakan tidak setaraf dengan kakaknya. Kata Mas Idayu, persembahan mereka malam ini hanyalah bergantung pada Shila sahaja.
Syahir, lepas habis pertandingan, menyanyi bukan bidang awak.
Memang jelas nampak macam Shila yang menguasai patutnya energi kena setara dengan kakak awak.
Namun begitu, apabila ditanya oleh juri jika pelantun lagu Patah Seribu itu menyesal memilih Syahir sebagai pasangan duo, dirinya bertegas tindakan tersebut memang kerana ingin memperkenalkan adiknya itu kepada dunia nyanyian.
Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga menyanggap pertandingan ini merupakan satu cabaran dan mereka akan tetap berkerja keras untuk kekal bertanding selagi mampu.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.