“Jelas memesong ke arah ajaran tersebut!” Iirik Iagu peIukan angkasa ada unsur akidah kebatinan ‘New Age’

Lirik lagu Pelukan Angkasa oleh kumpulan SOG dan Shila Amzah yang menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu malam tadi didakwa menerapkan elemen ajaran akidah kebatinan New Age.

Dakwaan itu dibuat oleh Ustaz Ahmad Ikram dalam satu hantaran di facebooknya selepas ditanya mengenai lirik lagu tersebut melalui satu tangkap layar yang dikongsikan.

“Setelah mendapat mesej ini saya mula mencari liriknya dan dibaca lirik lagu tersebut memang sukar difahami secara zahir.

Tetapi bila dibaca dengan kaca mata akidah kebatinan (New Age) maka akan dapat difahami dengan jelas apa yang cuba dimaksudkan.”

     


Ehsan FB Ustaz Ahmad Iqram.

“Setelah saya meneliti lirik tersebut dengan menterjemahkan beberapa perkataan yang sinonim dengan ajaran kebatinan seperti Universe (semesta / angkasa).” katanya.

Beliau mendakwa antara  teras akidah kebatinan yang jelas dapat difahami dalam lirik lagu itu adalah:

1) eleman menyatu dengan alam (wahdah-panentisme),
2) Cinta yang membebaskan (universal oneness),
3) Menyedari dari khayalan (mendapat gnosis-jnana dari segala maya/ilusi),
4)Bebaskan radiasi meluluh lumat batin (samadhi).

Video ehsan TV3:

Persembahan SOG dan Shila Amzah, Video ehsan TV3

Menutup hal itu, katanya perkara sedemikian sebenarnya tidak pelik kerana akidah “sebegini disebar melalui lagu kerana kita telah melihat beberapa lagu yang terkenal di alam melayu ni turut melakukan perkara yang sama.”

Dihubungi Buletin TTKM, Ustaz Ahmad Iqram turut berharap supaya penulis lirik lagu tersebut memberikan respon balas terhadap dakwaan yang dibuat.

“Sangat cantik jika penulis lirik turut respon balas. Supaya saya boleh balas secara terperinci yang dimaksudkan elemen new age pada lirik tu nanti.” katanya.

Buletin TTKM sudah menghubungi penulis lirik lagu tersebut, Fazleena Hishamuddin dan sedang menunggu maklum balas dari beliau.

Untuk rekod, Ustaz Ahmad Iqram merupakan penulis buku bertajuk “Tersesat Kebatilan New Age” yang diterbitkan pada tahun 2021.

Setakat ini, hantaran tersebut mendapat 358 perkongsian dengan 384 tanda suka dan 233 emoji ketawa dan hangat diperdebatkan di ruang komen.

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mencipta kejutan.

Ini apabila mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan lagu pemuzik ‘underground’ itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bersalut emas.

Lagu ini mula disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi SOG pada 18 September 2019.

Ia menjadi runut bunyi bagi filem KL Vampires yang ditayangkan pada 14 November 2019.

Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga SOG berjudul Second Voyage -Buletin TTKM-

Berikut merupakan lirik penuh lagu tersebut:

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu,Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu,Langit gelita sematkan bintang di dadamu,Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu,Angin bersiul,Bersiul hembus,Menghembus luka,Dingin menusuk,Menusuk meratah rongga,Pangkulah aku wahai semesta,Katakan cinta itu membebaskan,Peluklah aku wahai angkasa,Hangatkan tubuhku di alam khayalan,Terik suria suluh logika rohku yang gelap,Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa,Kalian takkan mampu,Mampu memecahkan bongkah ini,Rangkul tanganku,Kita bersatu lawan dunia,Pangkulah aku wahai semesta,Katakan cinta itu membebaskan,Peluklah aku wahai angkasa,Hangatkan tubuhku di alam khayalan,Dua jiwa dua dunia,Ingin mengecap damai bahagia,Tahukah bahawa cinta itu satu dosaHahPangkulah aku wahai semesta,Katakan cinta itu membebaskan,Pangkulah aku wahai semesta,Katakan cinta itu,Katakan cinta itu,Peluklah aku wahai angkasa,Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Sumber : TTKM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *