Selepas sah bercerai talak satu pada Julai lalu, baru-baru ini bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ada berkongsikan pengalaman mengenai rumah tangganya.
Memetik portal Oh Bulan, Shuhada berkata kedua-dua anaknya tahu apa sebenarnya yang berlaku antara dirinya dan Hafidz agar boleh menerima kenyataan mengenai hubungan ibu bapa mereka.
“Ya, memang anak-anak tahu. Saya tak nak sorok kata ayah dia bekerja jauh, saya tak nak menipu. Sebab dari situ, kita dah didik mereka cakap bohong,” katanya.
Shuhada turut berkongsikan ketika dia hamil anak ketiga, Hafidz tahu mengenai perkara tersebut apatah lagi usia kandungan sudah mencecah tiga bulan lebih.
Lebih mengejutkan apabila menerima laporan polis mengatakan dia menggugurkan kandungan. Kata Shuhada lagi, dia menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.
Dalam pada itu, Suhada turut menitipkan pesanan buat wanita di luar sana agar tidak mengulangi apa yang dia lakukan dan tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang.
“Para wanita di luar sana jangan ulang apa yang saya buat. Kita kena letakkan 10% ragu-ragu pada pasangan, bukan nak timbulkan masalah atau pergaduhan cuma tak nak kita dipergunakan.
“Jangan terlalu selesa dengan kehidupan kita. Macam saya, bila diuji macam ini, saya seperti hilang arah. Tak tahu nak mulakan dari mana,” katanya.
Tambah Shuhada lagi, dia mengakui trauma apabila ada lelaki cuba mendekati dirinya apatah lagi dia pernah memberikan kepercayaan kepada seseorang sebelum ini namun dimusnahkan.
“Bila saya sayang, saya akan sayang sepenuh hati. Cuma saya susah nak terima seseorang dalam hidup saya. Memang saya trauma, kalau ada lelaki nak mendekati saya atau menjaga saya dan anak-anak, orang itu mesti kena kuat.
“Sebab akan timbul ‘trust issues’ yang teramat sangat. Sebab saya pernah letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada seseorang namun dipecahkan sebegitu sahaja,” katanya
Sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.