Infomaklumat

Jangan Terus Masuk Gear ‘P’, Lelaki Ini Ajar Cara Yang Betul Masuk Gear Masa ‘Parking’ Untuk Kreta Auto

Zaman sekarang, mesti ramai yang dah pakai kereta automatik kan? Tak dapat dinafikan, kereta automatik lebih senang dikendalikan berbanding kereta manual. Start enjin, masuk gear, tekan minyak, kereta dah jalan. Jarang dah kita dengar rungutan lenguh kaki tekan clutch macam waktu pakai kereta manual dulu.

Kereta jenis automatik ni walaupun nampak mudah dikendalikan, tapi senang jugak timbul masalah hanya disebabkan cara pemanduan kita sehari-hari. Salah satunya cara masuk gear masa parking.

Bila nak parking kereta, berapa ramai pemandu kereta automatik yang terus masuk gear ‘P’ lepas tu tarik hand brake? Tahu tak sebenarnya, benda yang anda buat hari-hari ni boleh menyebabkan masalah pada gear box. Macam mana boleh jadi macam tu?

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @ciktiva ini menjawab persoalan kenapa cara yang selalu anda buat masa parking tu salah, selain menunjukkan langkah yang betul. Video ini mendapat 805.9 ribu tontonan dan 69.1 ribu sukaan setakat ini.

Jom tengok video di bawah ni untuk ‘selamatkan’ gear box anda.

Sumber : TikTok ciktiva / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *