“Jangan cakap macam tu” tak sampai hati.. lbu Syamsul sedih baca mesej Puteri Sarah

Pasangan kontroversi Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya telah sah bercerai talak satu semalam.

Mereka difahamkan mencapai kata sepakat demi kebahagiaan dua anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Di Instagram, pelakon ini meluahkan perasaannya selepas semua kemelut selesai. Menurut Sarah, satu ketika dahulu dia sangat takut untuk melepaskan dan berpisah dengan orang tersayang.

Dia terlalu takut memikirkan apa yang terjadi seandainya berpisah menyebabkan segalanya rumit. Namun, kini dia dapat menerima perpisahan itu sebenarnya indah.

Terbaru, pelakon ini berkongsi screenshot mesej yang dihantarnya kepada ibu Syamsul iaitu Datin Patimah. Kelihatan Puteri Sarah meminta izin ibu mentuanya untuk bermalam di rumah bersama anak-anak.

puteri sarah

Ibu mentuanya membalas ‘boleh’ beserta emoji sedih berkata tiada apa yang berubah di antara mereka meskipun telah berpisah.

Jelasnya, Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam kekal seperti biasa sama seperti sebelum ini.

Sumber : r-pg

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *