Connect with us

Infomaklumat

Isu Boikot Jakel Ini Antara Luahan Hati Dan Rayuan Dari Pekerja jakel Sendiri

Published

on

ISU BOIKOT JAKEL | INI LUAHAN HATI DAN RAYUAN DARI PEKERJA JAKEL SENDIRI

Antara reaksi netizen

Faham perasaan puan InsyaAllah ada jln rezeki anak2 puan nati..rezeki kita Allah yang atur..semuga ada jln rezeki utk puan dan ank2 puan nti

Sedangkan nabi ampunkan umat apalah kita sesama melayu…

pengajaran ni. Rezeki Ditangan Allah. beraya dengan covid tahun ni. pakai baju tahun lepas masih cantik lagi. buat apa2 buang2 duit. baik beli mkanan stock makan untuk semiggu 2 ni.

Asal Raya nak beli JAKEL yer? Mungkin Aidilfitri taun ni xmeriah mcm dlu sbb PKP, jgn sbb kes tu org igt boikot, ade sbb2 lain dgn keadaan. Kene phm, ekonomi pn baru nak pulih, idup bkn hanya utk jakel, dah bersyukur kita masih sihat walafiat dari covid19

Nii la pepatah selalu menyebut kerana nila setitik rosak susu sebelanga..mungkin dia xpnh dgr pepatah nii..so skg da bole belajar dan amik iktibar..

Allah swt. Yg memberi rezeki, inshAllah org melayu tak boikot, masa ni PKP, mungkin seminggu lagi orang akan berpusu pusu seperti sedia kala Aamiin.

Sumber : Bang kuchai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan semua. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih!

Infomaklumat

Isteri Bingung Bila Tidak Dapat Keluar Duit KWSP Suami Dia Yang Meniinggall. Sijil Nikah Dan Surat Kem4tian Semua Dah Bawa

Published

on

By

TIADA siapa yang mampu meneka bilakah mereka akan dijemput menghadap pencipta-Nya.

Justeru, adalah digalakkan untuk setiap daripada kita khususnya ketua keluarga untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi apa jua kemungkinan andai kata ajal menjemput secara mengejut.

Mungkin ramai yang masih belum sedar atau menganggap ia isu yang tidak perlu dirisaukan, tetapi hakikatnya ketiadaan persedian awal daripada pihak suami atau ketua keluarga bakal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah berkaitan urusan pembahagian harta sebagaimana yang dikongsikan seorang perunding takaful bernama Asyraf Zakhi ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf turut menceritakan kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah meninggal dunia.

Hal tersebut berlaku kerana arwah suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan.

Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kem4tian suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu.

“Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.

“Tahu tak surat kuasa tu menatang apa? Sila ingat ya. Sijil kem4tian dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka.

“Berlaku saja kem4tian dan setelah didaftarkan kem4tian tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si m4ti.

Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful.

Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si m4ti, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.

Asyraf Zakhi sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful.

“Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain.

“Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

“Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

“Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang arwah dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian,” kata lelaki berusia 30 tahun ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut menekan betapa perlunya seseorang ketua keluarga untuk mengambil perlindungan insurans serta pelan hibah (pemberian harta) untuk keluarganya sebagai persediaan awal, tambahan pula jika si isteri merupakan seorang suri rumah sahaja.

“Banyak sebenarnya manfaat hibah ni. Ia boleh digunakan sebagai nafkah oleh isteri dan waris untuk meneruskan kehidupan.

“Ia juga digunakan untuk membantu proses faraid terutama berkaitan dokumentasi dan proses lain, dan ia juga boleh digunakan untuk membantu membayar hutang si m4ti.

Suami sebagai ketua keluarga perlu membuat persiapan awal untuk ditinggalkan kepada waris sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka. Gambar hiasan.

“Tapi masih ada segelintir yang mempunyai ‘mindset’ konon kalau ambil hibah, nanti bila dia m4ti, isterinya boleh bersenang lenang dengan pasangan baru. Sebenarnya, ia untuk kemudahan isteri dia sendiri.

“Senang cerita, semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita. Buatlah pelantikan pentadbir harta supaya apabila kita meninggal kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat,” katanya lagi.

Sumber : M STAR

Continue Reading

Infomaklumat

Ada yang sanggup abaikan isteri yang nak bersalin. Selamba sahaja suami ada kat hospital tengah mengorat jururawat. Peguam ini kongsi kisah realiti sebenar

Published

on

By

SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati.

Jika masing-masing ego, nescaya masalah itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan kertakan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan. Menurut Sheikh Muadz,

perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.

“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara. Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perpisahan di Malaysia ni.

Pasal ubat gigi pun boleh pisah,” katanya dalam satu posting di Instagram. Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang

jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.

Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertrung nyawa melahirkan zuriat mereka.

“Di wad, isteri tak sedar diri, sempat mengorat staf yang bertugas. Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.

Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecctan.

Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.

“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun. “Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cact,” katanya.

Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi kena jaundis.

“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice. “Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya.

Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nfsu mereka selepas bersalin.

“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitn di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya.

Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.

“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja.

“Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu. Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.

“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah. Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat.

Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya. Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.

Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhn.

Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak? Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.

“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5.

Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.

Sumber : mS tar

Continue Reading

Infomaklumat

Akhirnya mistri ketuk pintu berjaya dirungkai. Brader solo ambvsh tampil b0ngkarkn apa yang beliau temui

Published

on

By

SABAK BERNAM: Selepas 18 hari mengh.antui penduduk di daerah ini, mlsteri gangg.uan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhlr apabila tiada lagi kess terbaharu dilap0rkan berlaku.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superlntendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya tetap melakukan kawalan r0ndaan di kampung dan taman perumahan meskipun gang.guan itu telah berakhir.

“Kita juga menggalakkan penduduk supaya membuat r0ndaan di kawasan masing-masing bagi mengela.kkan perkara tidak dilngini berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Agus Salim menglngatkan masyarakat agar tidak memperbesarkan lagi lsu gang.guan ketukan pintu mlsteri itu.

“Orang ramai diminta tidak men0kok tambah perkara sedia ada selain menyebarkan maklumat tidak sahlh hingga menlmbulkan ketidak.tenteraman kepada penduduk,” katanya.

Sebelum ini dilap0rkan, penduduk daerah Sabak Bernam dilanda tanda-tanya dan keta.kutan susulan gang.guan ketukan pintu mlsteri yang berlaku sejak 18 November lalu.

Menerusi hantaran terbaru dari individu yang terkenal dengan keberanlan beliau menylasat dan menjejaki l0kasi-l0kasi secara berseorangan, solo ambush tampil beritahu apa yang beliau jumpa selama 2 hari beliau di sabak bernam.

S0lo Ambvsh ( Rungkalan Mlsteri di Sabak Bernam)

Ok geng ..seperti yg di janjlkan….Aku dah upload video di YouTube tentang data,analisls dan stra.tegy yg ringkas selama dua hari aku di Sabak Bernam.

Ninndiaa..sila share dan beritahu semua ye.

Reaksi Orang Ramai

Alhamdulillah..semakin upgradee video SA..analisls SA memng tinggal tanda tanya bila terjumpe kotak r0kok yg sama,botol air dn tmpat lepak..kalau benar ia adalah perbvatan manusia patut la 2 hari SA kat sana tiada gang.guan sbb depa tau sifu menyelusurl setiap sudut. Takut terkant0i..tu pendapat sy kalau betul manusia…kalau sebaliknya memng seramm..apa2 pon semoga sabak bernam kembali aman seperti sedia kala..aamin.

Sepanjang men0nton bkn rlsau makhlvk haluss yg muncul tp risau ada blnatang buass/berblsa yg keluar and ada org pr0voke or buat sesuatu semoga dilindvngi selalu ya bro hani.

Ketuk2 pintu ni sebelum sabak bernam pernah kec0h kt kampung sy di gunung semanggol. Pastu sampai ke rumah sy di bukit gntang ni. Rumah abg ipar sy 2 org kena ketuk. 1 umah kg 1 umah taman. Takutt org kg nk keluar mlam. Awal2 dah ketuk. Ketuk pulak x beragak..nk r0boh pintu.. pastu senyap jap..ni dengar balik kt sabak bernam.. pastu ada kata jalan p Selangor dah..ni kat melaka pulak.. sebenarnya yg ketuk tu nak apa.

Misteri Ketukan Pintu Beralih Ke Negeri Sembilan

BELUM reda misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Selangor, pada bulan lalu, kini khabar angin bertiup kencang mengenai kejadian itu berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.

Menerusi satu mesej yang kini tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp, penduduk di beberapa kawasan di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak membuka pintu sekiranya terdapat ketukan sebanyak tujuh kali.

“Minta penduduk di sekitar kawasan Ampangan, Sikamat, Panchor, Taman Tasik Jaya untuk tidak membuka pintu jika diketuk tujuh kali.

“Ketukan misteri dari Sabak Bernam sudah ke Negeri Sembilan,” menurut dakwaan menerusi maklumat yang kini tular.

Maklumat tersebut turut mendakwa 25 penghuni kediaman di Taman Tasik Jaya di Seremban telah membuat aduan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di lokasi berkenaan.

“Betul ke bunyi ketuk-ketuk pintu sebanyak tujuh kali tu dah sampai Negeri Sembilan dan Melaka. Kalau dengar bunyi ketukan tu jangan buka tau,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan, lewat Isnin malam.

Mesej yang tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, kejadian misteri ketukan pintu itu dinafikan oleh Pengerusi KRT Taman Tasik Jaya, Abu Hassan Osman selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, Abu Hassan dipetik sebagai berkata, penduduk di sekitar Taman Tasik Jaya tidak perlu bimbang kerana maklumat yang tular itu adalah tidak benar.

“Saya telah membuat pemeriksaan, memantau dan bertanya kepada semua penduduk di taman ini mengenai perkara tersebut, namun tidak ada yang kena kacau.

“Tiada pun orang ketuk pintu, misteri ketukan pintu tidak berlaku di taman ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengada-adakan cerita,” katanya.

Kita tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa mengunci pintu rumah dan tingkap dengan kemas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
ABU HASSAN OSMAN

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduudk di sekitar taman tersebut supaya berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.

“Walaupun ini adalah sekadar maklumat palsu yang ditularkan dan diada-adakan, namun kita tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa mengunci pintu rumah dan tingkap dengan kemas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya sambil menambah perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak polis namun tiada laporan polis dibuat.

Menurut Abu Hassan, beliau dan beberapa penduduk KRT membuat rondaan di kawasan Taman Tasik Jaya pada Isnin, namun tiada sebarang kejadian yang mencurigakan berlaku.

Ciapan yang tular di laman Twitter sejak Isnin.

Bulan lalu, kecoh mengenai misteri ketukan pintu yang kuat sehingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam.

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah itu, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan perkara itu sambil menambah pihaknya tetap melakukan kawalan rondaan di kampung dan taman perumahan meskipun gangguan itu telah berakhir.

Selepas ketukan misteri di Sabak Bernam, kejadian aneh itu turut dilaporkan menghantui penduduk di Alor Gajah, Melaka dan Klang, Selangor.

Lebih menyeramkan, ketukan misteri tanpa salam itu bukan lagi hanya berbunyi di pintu rumah, malah dilaporkan berlaku di pintu bilik tidur.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi berhubung perkara itu.

Kredit : FBSoloAmbush/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Trending