Connect with us

Keluarga

Istri pilih cincin belah rotan 400lbh. Aku suruh ambil rantai 6k. Tambah lagi gelang 2k lebih. Sejak tu rezeki mencurah

Published

on

Foto sekadar hiasan.Sejujurnya, 9 tahun pertama perkahwinan kami, sebentuk cincin emas murah pun tak pernah aku hadiahkan.

Dan puan isteri aku tak pernah merungut. Tak pernah memujuk, jauh sekali merayu meminta. Kerana dia tahu kemampuan aku.

Hampir 10 tahun berkahwin, anak nak masuk 4 dah, aku tak pernah bawa keluarga aku melancong ke mana mana. Sekadar ke pasar malam, ke supermarket dan tepi pantai sahaja.

Kawan kawan dia, adik beradik, saudara mara pakat tayang emas baru, puan isteri senyum dan diam sahaja. Sekali pun tidak pernah meminta minta.

Saat orang lain melancong ke sana ke sini waktu cuti, kami hanya balik ke kampung. Paling kuat pun ke Pantai Batu Buruk tengok ombak. Anak nak naik kereta kuda pun tak boleh.

Mahal. Ayah tak mampu. Kita tengok saja nak ya. Nanti ayah ada duit kita naik.

Anak anak ajak pergi pulau, duduk resort dan mandi kolam pun ibunya akan bisik kat anak,

“Arshad, Asyraff dan Amar doakan tau. Agar rezeki ayah mencurah. InsyaAllah bila ada rezeki ayah bawa kita. Doa sungguh sungguh”.

Aku yang mendengar hujung telinga ini terkoyak teruk emosi dalaman. Cuma tak luahkan sahaja. Dalam jiwa, menangis berkoyan air mata.

Rasa loser gila. Rasa tak berguna. Rasa bukan seorang suami dan ayah yang baik untuk isteri dan anak anak.

Aku nak sediakan segala. Aku nak tunaikan apa jua permintaan puan isteri dan anak anak. Tapi aku tak mampu.

Gaji diploma, duduk di kota raya. Dengan bebanan hutang peribadi, hutang kereta, hutang rumah, bukan cabaran kecil.

Tolak itu tolak ini, balance tak sampai seribu. Nak kena berjimat sampai akhir bulan. Silap percaturan pasti kena berhutang. Sekali berhutang, akan efek perbelanjaan bulanan seterusnya pula.

Nak bayar roadtax terpaksa main kutu rm50 sebulan. Minta tarikh hari roadtax mati. Aku rm50, puan isteri rm50. Sekali tayar botak, tabung haji jadi penyelamat.

Tabung haji potong rm50 sebulan tak pernah simpanan cecah RM1k. Kejap kejap cucuk, kejap kejap cucuk.

Semua peluang kerja aku buat. Jual simkad, jual air, jual kasut, pelayan kedai makan. Semua aku rembat.

Aku pernah listkan dua tahun lepas, aku buat 16 kerja berbeza untuk mengubah ekonomi keluarga. Pendek kata, asal halal aku akan buat. Penat tolak ke tepi.

Pulang sekolah jam 7 malam, jam 8 malam lepas solat maghrib terus keluar pergi jual kasut bundle. Pulang jam 4 pagi. Dapat la gaji RM30 satu malam. Kadang tak ada pelanggan, tak ada gaji.

Pulang kepenatan, esoknya perlu ke sekolah lagi. Habis musim kasut jadi pelayan kedai makan. Kadang dapat gaji RM10-RM30, kadang dapat makan free tanpa gaji. Pun kerja malam dari jam 8 pagi hingga 3 pagi.

Mujur aku mengajar petang masa tu. Lepas Subuh sambung tidur. Bangkit jam 11 pagi bersiap ke sekolah pula. Begitu rutin bertahun lamanya.

Sedikit demi sedikit aku menabung. Sedikit demi sedikit aku menyimpan. Aku punya hasrat dah lama. Lama sangat sangat.

Nak hadiahkan isteri barang kemas. Nak bawa anak melancong puas puas.

9 tahun bukan tempoh singkat. Bukan sedikit perit, luka, dan airmata yang aku tahan dan telan sendirian selama ini.

Akhirnya, pada anniversary kami ke sembilan pada Jun tahun 2018, buat kali pertama aku memimpin tangan ini; tangan yang aku nikahi 9 tahun lalu masuk ke kedai emas untuk memilih apa jua barang yang dia suka.

Terkejut, terharu puan isteri usah cerita. Hampir saja airmata tumpah dalam kedai emas kerana beliau tak sangka aku nak bawanya masuk ke kedai itu.

Pun masih, betapa setia dan memahaminya seorang isteri. Bilamana aku minta untuk pilih barang kemas kesukaan dia cuma memilih sebentuk cincin belah rotan yang harga lebih kurang RM400 sahaja.

Betapa beliau risau akan membebankan aku. Betapa beliau runsing aku tidak bersedia untuk itu.

Hari tersebut, aku suruh ambil rantai emas harga lebih 6k. Geleng kepala dia tengok harga, siap suruh trade in rantai lama.

Aku senyum dan larang trade rantai lama. Sayang. Bahkan aku suruh pilih seutas lagi gelang emas lebih 2k harga.

“Ambillah. Abang dah bersedia lama untuk saat ini. Abang menahan diri dari berbelanja, abang menyimpan, abang main kutu, abang berjimat cermat bertahun tahun hanya untuk hari ini.

Usah risau. Semua dalam kawalan”.

Saat tu je bergenang mata puan isteri lantas meramas erat tangan aku. Tuan kedai terkebil kebil saja melihat situasi kami.

‘Drama apakah ini?’ agaknya itu yang bermain di dalam kepalanya. Hahaha

Dari hari itu, dari tarikh itu, Tuhan mula melorongkan rezeki mencurah curah. Apa saja aku buat, alhamdulillah berjaya.

Datang seorang demi seorang kawan, mereka yang berjaya tunjukkan jalan dan buka peluang untuk aku terus maju jaya.

Agaknya inilah rezeki yang orang selalu sebut, rezeki belanja untuk isteri. Dalam rezeki suami, terselit rezeki isteri.

Bahkan mungkin berkat doa anak anak yang memohon penuh tulus agar Tuhan buka jalan rezeki untuk ayahnya semata mata mereka hendak tidur hotel dan mandi kolam seperti keluarga lain.

Dan tanggal Disember 2018, setelah gigih menyimpan, akhirnya buat pertama kali aku mampu bawa anak isteri, mak mertua dan adik adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah.

Kawan kawan…

Jika hari ini kalian belum berjaya, jika hari ini kalian belum mampu, jangan pernah menyerah kalah.

Terus usaha dan usaha sahaja. Terus yakin dengan doa dan sedekah. Dua senjata ajaib yang tak mampu mana mana saintis di dunia rungkai kesannya.

Aku menulis hari ini bukan untuk menunjuk nunjuk. Jauh sekali nak bercerita aku dah berjaya, kaya dan seumpamanya.

Sehingga hari ini aku masih gigih berusaha untuk mengubah nasib diri. Sehingga hari ini aku masih banyak menahan diri dan menyimpan untuk masa depan.

Aku belum berjaya. Tapi aku sedang berusaha ke itu. Aku tak pernah berhenti walau sekali. Aku masih gigih dan berjuang, bukan goyang kaki bersenang lenang.

Semoga sedikit perkongsian ini membuka mata dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengambil ‘isi’ di dalam tulisan ini.

Aku doakan kalian semua akan berjaya dan terus maju jaya. Doakan aku juga ya.

Ingatlah firman Allah,

“Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya”.

Hidup ini keras dan memeritkan bagi sebahagian kita. Jangan mengalah, sentiasa bangkit setiap kali jatuh, jangan lupa sedekah dan doa, pasti akan ada jalan terbuka luas terbentang di depan sana.

Ribut yang paling dahsyat pun pasti akan berhenti. Dan sebaik ia berhenti, muncullah pelangi. Begitu juga ujian hidup ini.

Terus kental bertahan. Bahagia dan kejayaan sudah menghampirimu. Yakinlah!

#MFS

– Sesudah ribut, hadirnya limpahan kasih Tuhan

Reaksi warganet

Delaila Ali –
Cikgu, kami masih belum merasa masuk kedai emas kecuali nak kawin 18 tahun dulu. Itupun takde dah, tergadai. Tapi Alhamdulillah, suami kami baik, anak anak kami baik baik.

Kami makan pakai apa yang ada, suami kami rajin usaha untuk kami sekeluarga. Doakan mudah mudahan kami sekeluarga juga bertambah rezeki dan aman sejahtera hingga ke akhirnya ya.

Atikah Mohamad –
Penulisan dia walaupun panjang berjela. Tapi aku tetap baca smpai habis. Walaupun aku jenis orang yang tak suka baca benda panjang2. Maybe sebab penulisan dia jelas, tiada ayat yang susah nk faham, ringkas dan padat. Ye la, penulisan seorang guru barangkali. Btw penyampaian mesej memang terbaik.

Siti Benazair –
Bgus lah jadi suami yang baik, ada juga suami yang tak bagi nafkah untuk isteri dia. Barang keperluan, kegunaan harian, pencuci semua ada isteri beli sendri. Dari situ nak suruh isteri hormat suami lupakan ja lah. Tanggungjawab pun tak jalankan, nak suruh orang hormat plak. Ada juga lelaki macam tu zaman sekarang, takdir.

Paklong Izam –
Suami yang terbaik adalah seorg suami yang mampu berusaha untuk memberikan apa sahaja yang isterinya mahukan…

Dan isteri yang terbaik pula adalah seorg isteri yang tidak akan meminta minta dari suaminya.

Salma Ali –
Tak pernah jugaklah dapat emas dari duit suami. Faham dan tahu setakat mana gaji yang dia ada. Kita wife yang bekerjaya saling topup apa yang kurang. Tak kesah pun tak dapat.

Tapi duit sendiri, kadang kadang tu rewardkan jugak untuk diri sendiri. Hahaha. Lantak pi lah, asalkan tiap bulan dengan gaji sendiri ada reward diri sendiri, walaupun tak dapat duit dari suami.

Suhaili Abu Kassim –
Ya, itulah perkara yang diidamkan oleh semua pasangan yang bersetuju untuk mengikat satu perhubungan perkahwinan.

Sekiranya harta kekayaan yg diutamakan pasti bukan suami yang biasa biasa dipilih. Suami yang sedia maklum tiada harta kekayaan dari awal lagi.

Tetapi sesebuah perkahwinan dibina atas suatu ikatan kepercayaan, kejujuran dan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dalam membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Bak kata,

“suami yang mencorak isterinya dan isteri adalah hasil daripada sikap suaminya” sabda Rasullah s.a.w…”sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya…..”

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Moga menjadi teladan buat kita semua

Keluarga

Istri Pelik Makin Hari Makin Banyak Keputihan. Laki Pulak Suka Sangat Tidur Lewat. Terkedu Rupanya Dalam Diam Masa Istri Tengah Tidur Ini Yang Suami Lakukan

Published

on

By

Gambar sekadar hiasan.Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tia, aku da berkahwin.

Mungkin cerita aku pernah dialami para isteri diluar sana. Aku pasti bukan aku sorang je yang alami situasi macam ni. Cuma bnyak isteri yg berdiam dan tak ambil kisah atau mungkin tuntut perpisahan.

Kisah nya bermula macam ni, tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video bukan bukan non-stop kat situ.

Kantoi dengan saya, saya terus avoid dia. Saya mintak nak berpisah.

Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar.

Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak bersama dengan banyak perempuan macam ni. sy malu ada pertalian suami dengan dia.

Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video bukan bukan.

Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok benda bukan bukan tu praktis kat mana?

Tapi dia mintak untuk sesi kaunseling. Masa tu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh daripada apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin,

saya takkan kawin dengan lelaki macam ni. Sebelum kawin memang saya ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik.

Mungkin saya je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat.

Lelaki cuma sweet talker, tu yang buat wanita tertipu.

Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yang tak kena..

Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada saya. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.

Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu.

Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.

Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia bersama dengan btina-btina lain.

Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?

Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan.

Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada.

Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.

Tapi dalam masa yang sama saya takut jugak makan certain antibiotic masa mengandung, takut risiko kepada baby.

Sebab masatu saya baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.

Banyak kali sangat dah saya berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak.

Tapi sampai bila? Saya dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri.

Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50. Nafkah btin?

Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.

Sedangkan saya dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung.

Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan saya pregnant, mestilah tak period.

Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya saya tidur dalam air mata almost setiap malam.

Sampai saya terfikir nak beli benda yang bukan bukan. Sehingga ke bersalin sy makan hati.

Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk.

So agak-agak kat mana dia lepaskan kat mana? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan keinginan selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.

Lepas keinginan kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah.

Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali. Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan.

Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.

Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri.

Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami..Tolonglah bantu saya. Apa perlu saya buat

Sumber : apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Continue Reading

Keluarga

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali ‘Skandal’ Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Published

on

By

Sebut sahaja TikTok pasti ramai sudah terbayang video lucu yang sering menjadi tontonan ramai.

Semestinya aplikasi ini trend yang makin hangat dan menjadi ikutan ramai orang.

Ramai orang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur.

Akan tetapi, menurutnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Rupanya memang terdapat pelbagai konten yang bukan sahaja ‘fun’ tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Anda hanya perlu ikuti akaun yang menghasilkan konten seperti itu dan TikTok akan berikan feeds yang sama.

Tidak dapat disangkal bahawa aplikasi TikTok ini turut hype di Malaysia.

Apa kata baca artikel berkaitan TikTok yang lucu.

“SIAPA Sharina?”

Itulah soalan yang terpacul daripada mulut seorang isteri tatkala melihat nama wanita tidak dikenali muncul pada skrin telefon suaminya dengan mesej “I miss you sayang.”

Menerusi satu video tular di Twitter, kelihatan wanita itu seolah-olah cuba merebut telefon suaminya sejurus dia melihat mesej berkenaan.

Video Ada di Bawah Sekali

Tampil bercerita kepada mStar, Akmal Hizzat, 29, mengakui mesej yang muncul itu merupakan satu prank yang dibuat menggunakan filter terbaharu di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Akmal, dia mendedahkan isterinya, Fatin Noraishah Shafika, 27, agak marah dan terkejut sebelum dia membuat penjelasan sebenar.

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali 'Skandal' Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Paparan skrin video tular itu di Twitter.

“Masa tu kami dalam kereta nak pergi hantar barang ke rumah saudara.

Masa dia tengah mekap, saya cubalah rakam video TikTok dengan filter terbaharu tu.

“Mula-mula nampak mesej Sharina tu, memang dia percaya.

Reaksi dia agak marah, dia genggam tangan dan baju saya.

“Saya minta dia sabar, saya jelaskan bahawa ia filter TikTok.

Lepas tu pun dia masih tanya siapa Sharina. Sebenarnya saya reka je nama tu,” ujarnya.

Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat.

Menurut Akmal yang juga jurutera projek di ibu negara, dia sama sekali tidak menyangka video TikTok yang dikongsi di Twitter itu menerima lebih 120,000 tontonan.

Malah katanya, ramai netizen yang terhibur, tak kurang juga yang bertanyakan nasibnya selepas ‘kantoi’ dengan isteri sendiri.

“Filter tu sekadar nak kenakan isteri, tak sangka sekali buat terus menjadi.

Saya pun tak jangka akan viral, sebab saya kongsi je di media sosial macam biasa.

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali 'Skandal' Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada September lalu.

“Ada yang kata saya kena tidur luarlah selepas kantoi.

Alhamdulillah tiada yang kecam, orang ramai pun faham ia sekadar jenaka,” katanya.

Menurut Akmal yang menetap di Ampang, Selangor, dia juga mengakui seronok menggunakan aplikasi TikTok.

Malah katanya, ia berbeza dengan pandangan segelintir pihak suatu masa lalu yang menganggap aplikasi itu hanya sesuai untuk remaja.

Video Ada di Bawah Sekali

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali 'Skandal' Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Akmal tak sangka video prank isterinya akan meraih perhatian ramai.

“Mula-mula dulu memang tak dinafikan persepsi mengenai TikTok. Buka je ada budak menari dan sebagainya.

“Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat. Ada yang kongsi video masakan, kereta, perubatan dan sebagainya,” ujarnya.

Bercerita mengenai dia dan isteri, Akmal mendedahkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 29 September lalu.

Video ada di Bawah Sekali

Sehingga kini, video prank itu turut menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Continue Reading

Keluarga

Dasar perampas!’ Kec0h seorang Istri serang majlis kahwin suaminya

Published

on

By

H4ncur luluh hati isteri apabila melihat suami yang dicintainya berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya.

Apatah lagi anak perempuannya yang juga terkesan dari perbuatan si bapa.

Dalam video yang sedang viral di media sosial, si isteri dan anak perempuannya nekad datang ke sebuah rumah di mana suaminya sedang dalam proses menikahi orang ketiga itu.

Tatkala melihat bapanya bernikah lagi, si anak meraung-raung menangis dan cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalang dua lelaki yang bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

Dari luar rumah, wanita itu menjerit ‘Per4mp4s!’ sehingga mengundang perhatian penduduk di sekitar yang datang menyaksikan kekecohan tersebut.

“Per4mp4s! Dasar per4mp4s!” jerit si isteri kepada suami dan perempuan berkenaan.

Ketika itu, mereka yang berada di dalam rumah baru sahaja mula membaca doa selepas selesai akad nikah.

Melihat si isteri yang sah datang menyerbu, suaminya terus berdiri,

manakala pengantin wanita terus masuk ke dalam bilik.

Ketika si isteri ingin masuk ke bilik pengantin,

dia dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai ibu pengantin berkenaan, lalu terus menutup pintu.

Menurut si isteri, suaminya itu sebelum ini pernah cur4ng dan menyebabkan pasangannya yang juga merupakan gadis promoter h4mil.

Katanya lagi, suaminya baru saja membeli kereta sembilan bulan, tetapi masih berhutang dengan pihak bank.

Si anak pula terus meng4muk, menarik baju ayahnya sambil disaksikan oleh penduduk yang terdiam dan tidak melakukan apa-apa.

Videonya di link ini

https://www.facebook.com/vingkiliem/videos/665736744352731/?t=8

Sumber : Indo Zone / Ttk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Artikel lain..

Sedih tengok keluarga ni naik kereta cabuk masuk pusat beli belah. Tapi bila tengok family ni berbelanja memang terkejut. Dia yang pakai kete mahal pun tak mampu.

Dont Judge Book by it Cover” itulah ungkapan bahasa orang putih yang tepat pada cerita ini. Maksudnya Dalam hidup ini,

janganlah kita menilai orang lain secara luaran kerana rezeki masing masing berbeza dan begitu juga amalan gaya hidup setiap orang juga berbeza.

Luahan yang dikongsikan oleh wanita ini bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi juga patut menjadi contoh kepada kita semua.

Apa yang bagusnya, wanita ini menjadikan apa yang berlaku di depan matanya sebagai pengajaran.

Beginilah orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri.

Sentiasa mengkaji diri dan menginsafi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Ambil la bahagian yang positif dalam cerita ini sebagai tauldan pengajaran dalam hidup kita agar kita menjadi insan yang positif setiap hari.

Cerita ini telah diparkan dilaman media maya satu ketika dahulu.

Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul betul memberi

pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya.

Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami.

Kereta itu memang buruk sangat, sampai saya cakap pada suami, “Kesian keluarga tu naik kereta buruk saja.”

Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka.

Tuhan betul betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain.

Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita.

Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini. Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang,

habis saya dimaki dan dikatakan membazir. Kemudian bila nak buat pembayan di kaunter,

sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga.

Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus,

minyak masak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.

Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat.

Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit.

Disini saya rasakan tidak semestinya seseorang yang buruk diluar juga buruk di dalam.

Jangan terlalu merendahkan seseorang dengan apa yang mereka pakai.

Setelah status ini dimuat naik. Warganet tidak ketinggalan meletakkan komen. Berikut adalah komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Wat Eva – Biasala EGO. Hujung hujung kereta hutang. Bekerja untuk bayar kereta. Cuba kreatif sikit. Bekerja untuk pergi melancong ke jalan jalan or shoping shoping ke makan makan ke dengan family. Kan lebih bahagia?

Wajihudin Johari – Kesian kt orang tu pkai kereta “buruk”?? Ayat ni je dh nampak perangai ko macam mana la pompuan oii. kalau laki kau tak pkai honda city tak ada kau nak kt dia. dh mcm tu lg mau salahkan laki. jenis tak reti bersyukur la tu.

Amy Hani – Orang yang pakai kereta so called buruk tuh lah yang banyak duit berkepuk kepuk tahu? belanja barang dapur 600 sebulan steady je. dah beli kereta buruk tuh cash, tak payah fikir beban hutang,duit banyak berkepuk kepuk.

siap boleh bawa family pergi bercuti mandi kolam berenang dalam bilik hotel grand lexis lagi. bahagia hidup bila bebas dari hutang. kau yang pakai kereta mahal tuh nak keluar duit belanja pun berkira kira. takut sangat tak cukup sampai hujung bulan. sedih hidup. HEHEHEHE

Nur Fatin – Setengah darinya p beli belah pkai keta lma tpi kalau jln jauh bru guna keta yang lebih selesa. orang yang dh ada2 ni p jln2 bandar dekat dekat tk kisah sgt pkai keta kecil atau buruk buruk jimat sikit ruang n kos. biasala tu.

Mira Edora – Sebab tu. dengan anak anak isteri. jgn kedekut. kalau kedekut allah akan sempitkan rezeki. kamu wahai lelaki yang brnama suami.

Amira Syahida – tak semestinye kereta buruk tu miskin. knp mentaliti kita mcm tu..ade jutawan relax je naik kapcai. kot kot g beli brg dpur naik saga je. kt umah ade sebijik vellfire

Mohd Safwan – Pakai kereta mahal mahal, hulur dkat bank byar kereta 1k. hulur dkat mak bapak,50 pn mengunkit. makan ala ala artis. gaji 5k kata dk ckp lg. kos sara hdup tnggi katanya. p blahh ahhh.

Abu Syafi darwish – lain orang lain rezekinya. mgkin yang kereta proton tu ade kereta mewah dirumah siapa tahu. betul kau berutang beli kereta. tp kau dh ade kemudahan untuk perjalanan jauh yang lebih selesa.aku pakai kancil beli cash nak ke kedah kn naik bas gak. kereta pun selalu meragam. Ape yang penting kn bersyukur rezeki yang ade insyaallah cukup. jgn sekali compare dengan orang lain..

Aiden Hamir – Kalau nak beli kereta mahal perlu bijak. Ikat 5 tahun kebawah je. cepat settle. Kalau tak tak payah. pakai apo yang hado. sebab kalau bayaran 1300 sebulan. Kalau kumpul setaon macam macam leh beli dan leh settle. Kalau betul2 job dah steady takde masalah nak pakai kete apa pon.

Continue Reading

Trending