MENGIDAM merupakan perkara biasa yang sering dialami kebanyakan wanita hamil.
Namun ada kalanya, permintaan si isteri yang berbadan dua ternyata luar biasa.
Tular di media sosial mengenai seorang lelaki berkongsi pengalamannya tentang keinginan isterinya yang mengandung.
Wanita ini ternampak seorang tentera yang ingin dipegang pinggulnya.
Mungkin kedengaran pelik, tetapi isterinya menyuarakan hasrat yang mahu memegang badan tentera laut lelaki yang dilihatnya ketika itu.
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu memanggil salah seorang tentera laut bagi menyatakan permintaan isterinya.
“Isteri saya ni tengah mengidam. Teringin nak pegang pinggang. Boleh?” katanya yang meminta keizinan daripada anggota keselamatan tersebut.
Berpakaian seragam putih, pegawai lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dan bersetuju untuk memenuhi permintaan tersebut dengan memusingkan badannya.
Dengan reaksi yang tersipu-sipu malu, wanita hamil itu berpeluang untuk memegang pinggang tentera tersebut selama beberapa saat sambil dirakamkan oleh suaminya.
“Kalau minta pegang benda lain pun suami dia bagi juga ke?
NETIZEN”
Pasangan suami isteri dengan wajah yang ceria kemudian mengucapkan terima kasih atas kesudian anggota beruniform itu kerana melayani permintaan pelik.
Video suami isteri yang dimuat naik di laman TikTok itu meraih lebih 2.6 juta tontonan.
Ramai yang terhibur dengan rakaman tersebut, namun pada masa sama segelintirnya berasa kurang senang dengan menyifatkan keinginan wanita itu sebagai keterlaluan.
Komen netizen pada video.
“Yang pelik-pelik je. Kalau minta pegang benda lain pun suami dia bagi juga ke?
“Anaknya besar nanti mungkin nak jadi tentera laut.
“Aku ulang-ulang terus tengok video tersebut sebab kelakar,” komen netizen.
Video yang memaparkan wanita hamil yang mengidam luar biasa itu dipercayai berlaku di Jawa Barat, Indonesia dan kisah mereka turut meraih perhatian netizen di Malaysia.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.