Tidak dapat dinafikan, nama isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan hangat ramai sebaik sahaja berkongsi beberapa buah gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya sudah tidak bertudung lagi.
Perkara tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak memandangkan sebelum ini Anis dikenali dengan imej berhijab namun, segalanya telah berubah dalam sekelip mata.
Tidak terkecuali, penerbit David Teo memberi pandangan mengenai perubahan imej yang ditunjukkan oleh Anis dengan memaklumkan untuk kekal istiqamah adalah bukan satu perkara yang mudah.
“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqomah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita,” katanya.
Dalam pada itu, penerbit yang berusia 58 tahun itu menyeru kepada semua pihak agar mendoakan yang terbaik buat isteri penyanyi tersebut dan berharap dia kembali ke pangkal jalan.
“Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini,” jelasnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara David Teo memberi nasihat dengan menggunakan bahasa yang positif tanpa mengeluarkan sebarang kata makian atau cacian.
Bagaimanapun, netizen berharap hati Anis akan kembali ‘diketuk’ untuk berhijab semula dan mereka sentiasa mendoakan yang terbaik dirinya.
Sumber: ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.