Pelakon Iqram Dinzly meluahkan rasa tertekan dipercayai berhubung video tular memaparkan babak lakonannya bersama rakan artis, Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.
Menerusi perkongsian di video InstaStory miliknya, pelakon berusia 41 tahun itu dilihat dalam keadaan menangis yang menyifatkan isu tersebut adalah dugaan berat untuk ditempuhi
Malah, pelakon filem Dunia Baru The Movie itu turut merindui dan memerlukan kehadiran bapanya Allahyarham Muhammad Saipuddin yang telah meninggal dunia pada lima tahun lalu.
“Stress dowh setiap hari aku nak mulakan kebaikan pasti ada ujian dugaan yang aku rasa terlalu beban untuk aku tempuhi. Papa I need you!
“Ya Allah, kenapa Kau selalu biarkan diri ini selalu dalam tergantung sepi. Rasa macam nak tergantung dengan tali. Allahuakbar,” tulisnya dalam video tersebut.
Selain itu, dia juga berkongsi semula beberapa InstaStory daripada portal yang melaporkan mengenai isu berkenaan dengan menggambarkan dirinya seolah-olah reda apatah lagi hanya memikul tanggungjawab sebagai pelakon.
Sebelum ini, Mona bengang apabila dikatakan dicekik terlalu kuat oleh Iqram ketika menjayakan satu babak aksi dalam drama berjumlah 146 episod itu.
Berdasarkan satu laporan media, Mona mengatakan pelakon lelaki terbabit masih bertindak melakukan perkara sama walaupun sudah berkali-kali ditegur.
“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul. Method sangat. Lepas ini jangan harap nak ada babak bersama. Kau punya meroyan sama macam dalam live.
“Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit. Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” luahnya.
Sumber : news24u
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.