“Inilah bila musibat yang salah jadi nakhoda.” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya baru-baru ini berkenaan bayaran yang diterima pelakon utama siri drama popular Netflix, Squid Game iaitu Lee Jun Jae yang menerima bayaran sebanyak RM4.6 juta bagi setiap episod siri terbaharu drama berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz, 37, dilihat seakan memuji produksi negara itu yang sanggup memberikan bayaran lumayan kepada pelakon mereka berbanding di negara ini.

“Malaysia? Masih kejar payment?.

“Ini lah bila musibat yang salah jadi nakhoda,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah memberikan pendapatnya secara terbuka mengenai waktu bekerja selama 20 jam melibatkan pelakon dan krew produksi dek kerana sifat tamak segelintir penerbit.

Bahkan, dia menyifatkan ini bukanlah zaman di mana para pelakon dikerah dan dijadikan sebagai ‘hamba’ dek kerana mereka telah mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Peduli pula aku kau puas hati atau tak puas hati apa aku cakap. Kepada director dan produser yang manipulate the story, salahkan artis atau kru datang lambat, itu pendapat mereka.  Mereka yang produce sendiri dan mereka yang direct sendiri.

“Benda tu tak salah tapi aku as director dan producer juga, jadi aku faham kerja ni. Aku seorang pelakon dan bekerja bersama kru as a family, kau bayar artis bukan tiket untuk kau lenjan orang suka hati, semata-mata kau nak maksimumkan keuntungan kau kepada produksi,” katanya.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *