Semasa

Ini Sebabnya Kenapa Janna Nick Sound Netizen Jgn Campuri Urusan Syuk Hotfm, Rupanya ini yg Berlaku

Sehubungan kontroversi yang berlarutan, PELAWAK Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan.

Ini untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat.

Ini apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferh mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Ianya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Digantung Tugas Serta Merta

Pengurus Besar Kumpulan, Audiens & Pemasaran, Ripple, Anida Mohd Tahrim memaklumkan pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar.

Ia berhadapan penggantungan sementara perkhidmatannya di stesen itu kerana masalah peribadi.

Terdahulu, hari ini pihak pengurusan Hot FM mengeluarkan kenyataan mengesahkan penggantungan sementara.

Ini berkaitan perkhidmatan Shuk yang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot berkuat kuasa serta merta.

Anida dihubungi berkata Shuk sudah dimaklumkan mengenai penggantungan sementara perkhidmatannya itu yang berkuat kuasa serta merta, sejak semalam.

“Sehingga bila tempoh penggantumgan perkhidmatan sementara Shuk itu tidak dapat dipastikan.

Ini kerana buat masa ini siasatan dalaman masih dibuat oleh pihak pengurusan berkaitan isu tular membabitkannya.

“Apa yang boleh dikata, ia berkaitan isu peribadi Shuk.

Bagaimanapun, untuk perkembangan terkini berhubung penggantungan perkhidmatan sementara itu akan dimaklumkan sebaik siasatan dalaman selesai,” katanya kepada Harian Meteo.

KENYATAAN Media dari pihak pengurusan Hot FM.

Sementara itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang cuba dihubungi Harian Metro tidak menjawab panggilan.

Manakala kiriman mesej menerusi WhatsApp dan Telegram juga tidak dibalas.

Menerusi Instagram Shuk, kali terakhir dia kemaskini hantaran sekitar empat hari lalu mengenai rakaman video yang dibuat di rumah baharu.

Namun yang kedengaran suara wanita menangis.

Menurut Shuk dalam kapsyen di tulis, kediaman itu baharu didudukinya bersama isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah dan keluarga.

Malah mereka belum berkesempatan membuat kenduri doa selamat.

Menerusi ruangan komen ditulis, rata-rata ia menjadi medium ‘serangan’ segelintir warganet kepada Syuk.

Ia berikutan isu tular membabitkan kisah pergolakan rumah tangganya yang berlaku ketika ini.

Berapa Tangga Gaji Syuk Sebagai DJ

Jika dilihat pada beberapa rekod laporan yang lepas, tangga gaji ini pernah didedahkan oleh media massa.

Antara gaji yang pernah didedahkan ialah gaji Saleh Yakob, dan juga beberapa dj yang lain.

Sebagai contoh, sebelum bersara dari Sinar fm pada 2013, gaji yang diterima oleh Saleh Yakob sebanyak RM32,000 tidak termasuk bonus.

Farah Fauzana juga pernah dikaitkan gaji sebanyak RM30,000 sebulan di Hotfm sebelum bersara pada tahun 2016.

Malah kebanyakkan deejay ini mempinyai beberapa perkerjaan yang lain sebagai emcee, atau pun rancangan komedi.

Jika pada 5-10 tahun lepas pun dah gaji macam tu, agaknya berapa gaji deejay sekarang, seperti Syuk.

Anda pikirkan.

Janna Nick Sound Netizen Jgn Campuri Urusan Syuk Hotfm

ISU pergolakan rumah tangga yang sedang dihadapi pelawak Shuk Sahar masih terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang mempunyai pendapat tersendiri berhubung kisah yang melibatkan kehidupan peribadi rakan selebriti itu.

Janna yang meluahkan pandangannya di laman Instagram meminta agar masyarakat tidak perlu mencampuri urusan peribadi seseorang artis berbanding dengan kerjaya mereka.

“Bukan nak backup Shuk, tapi kita tidak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang di luar sana yang ada skandal semua, bezanya mereka bukan artis.

“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.

“Ni sembang lebih-lebih, satgi kena marah…” katanya.

Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.

Janna berkongsikan pendapatnya di Instagram.

Menurut Janna lagi, orang luar tidak perlu melontarkan komen buruk mengenai kisah peribadi artis kerana risau ia akan memakan diri satu hari nanti.

“Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.

“Jadi lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna.

“Silap-silap esok-esok mereka suami isteri baik balik,” ujarnya.

Hasil perkahwinan, Shuk dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku curang sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun menerusi pengakuan secara eksklusif kepada mStar, Fara berkata hubungannya dengan Sudah lama berakhir sejak kali pertama isu skandal antara mereka dihidu pihak media.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.

Sumber : lamanmayapw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *