“Ibu jaga ank2 kita.. Kalau abg takde nanti jangan..” Ina sebak luah wasiat terakhir suami

TUGAS dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mendekatkan anak-anak kepada Allah dan agama sudah selesai.

Itulah antara perkara yang dikongsi Nordiana Mohd Naim mengenai suaminya, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad ketika ditemui di kediamannya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor hari ini.

Nordiana atau lebih dikenali sebagai Ina Naim berkata, suaminya meluahkan rasa syukur kerana dapat memberi didikan agama yang sepatutnya kepada anak-anak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut Ina lagi, dia juga besyukur kerana Allah mempermudahkan urusan pengebumian suaminya apabila dapat diselesaikan lebih awal daripada apa yang dirancang.

“Alhamdulillah, rancang pukul 10 kebumi tapi dalam pukul 9 pagi sudah selamat dikebumikan. Allah mudahkan daripada hembus nafas terakhir sampailah pagi ini, alhamdulillah.

“Bila kami sembang enam beranak dia akan pesan kepada anak-anak, abang jaga ibu ayah, ibu jaga anak-anak. Katanya, alhamdulillah tanggungjawab sebagai ayah sudah selesai kenalkan kepada Allah, al-Quran, hadis kena pegang kuat-kuat.

“Itu antara yang arwah pesan semasa dia dalam keadaan sakit. Kami juga saling bemaafan, minta halal makan minum,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, buat masa ini dia menghabiskan tempoh idah di rumah ibu bapanya di Felcra Sungai Ara.

Katanya dia juga masih belum memikirkan perancangan untuk masa hadapan dan akan fokus kepada tempoh idah terlebih dahulu.

“Saya akan habiskan iddah di rumah orang tua, selepas itu saya akan fikirkan apa rancangan untuk keluarga. Saya percaya Allah akan mudahkan urusan saya dan anak-anak,” ujarnya.

Sumber : HIBGLAM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *